YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari kiri: Dato' Alimuddin (KP Pelajaran), Tan Sri Zulkurnain (KSU KPM), YAB Tan Sri Muhyiddin, Dato' Wan Hashim Wan Teh (Pengerusi ITNM), Encik Mohd Khair (Bos ITNM) semasa gimik pelancaran Koleksi Buku Terjemahan Siri Sastera Malaysia.

Tarikh: 19 Mei 2009
Masa: 3.00 petang
Tempat: Hotel Shangri-La Putrajaya

Di semua akhbar hari ini menyatakan pengumuman "Kota Buku" oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap semalam.

Manakala di blog beberapa sasterawan yang hadir semalam menyambut baik penganjuran majlis semalam. Cuma hampir kebanyakannya inkuiri majlis semalam dengan tanggungjawab DBP. Ujar mereka, majlis tersebut sepatutnya dianjurkan oleh DBP. Malah ada juga yang mempertikaikan kewibawaan DBP dalam memartabatkan sastera kebangsaan.

Bukanlah ITNM bertujuan mengambil alih tugas DBP. ITNM tetap memerlukan kerjasama daripada DBP dalam segala hal. Malah pelancaran 28 buku terjemahan sastera semalam kebanyakannya daripada hak cipta DBP. Dalam kata yang mudah, ITNM dan DBP saling lengkap melengkapi.

Syukur majlis semalam berlangsung dengan damai. Para pejuang bahasa dan sastera pun sempat berbisik dari hati ke hati dengan TPM, terutamanya berkenaan isu PPSMI dan sastera. Paling manis, para sasterawan dapat berhimpun setelah kian lama mereka tidak dapat bertemu.

Berkenaan penubuhan Kota Buku, saya tidak langsung skeptikal dengan pengumuman tersebut. Malah tidak menganggap ia sebagai "gula-gula" BN. Khabarnya, lokasi yang dipilih pun sangat strategik, iaitu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bak kata Mr. Law (Presiden MABOPA), "Di KL, apa-apa sahaja yang dijual pasti laris!" yang merujuk kepada kekurangan pengunjung semasa Pesta Buku Terengganu baru-baru ini.

Gambar lain akan menyusul.

5 komen:

Alamanda berkata...

Syabas ITNM!
Sekurang-kurangnya sasterawan Malaysia ada tempat baru untuk mengajukan karya yang selama ini dimonopoli oleh DBP.
Saudara melihat ITNM dan DBP saling melengkapi, tapi ada juga yang kata saling menyaingi...
Apa pun, persaingan akan membawa kemajuan.
Asalkan semua pihak gembira, apa salahnya?

Nisah Haji Haron berkata...

Suka dengan buku cenderamata yang diberikan kepada semua sasterawan, comel dan bermaklumat. Buku comel itu sepatutnya DBP yang buat dan jual di kedai bukunya sebagai cenderamata kepada pengunjung yang suka buat koleksi tentang pengarang. Syabas ITNM kerana mendahului!

Fizahanid berkata...

Anuar,
mendengar khabar tentang kota buku ini sudah cukup gembira. apatah lagi bila ia jadi nyata (maksudnya bila sudah boleh 'diguna')

Anuar Manshor berkata...

Alamanda,
Saya lebih suka dengan terma "saling melengkapi". Kerana dalam apa jua "persaingan", sudah tentu ada yang kalah.

Puan Nisah,
Kami suka sekiranya sasterawan suka. Dengan harapan selepas ini tiada lagi omongan menyatakan sasterawan didwistandardkan.

Puan Fizahanid,
Sama-sama berdoa semoga ia menjadi realiti dan terus "hidup".

Alamanda berkata...

Apa yang saudara suka tidak semestinya yang ditafsirkan orang atau ditanggapi orang.
Apa pun saya tabik pada Bos ITNM, seorang yang bekerja keras, bervisi jauh, dan paling penting, mengotakan janjinya pada penulis.