Semalam saya diminta menjadi panel penemuduga menggantikan Puan Bos yang sangat sibuk menguruskan persiapan satu majlis tidak lama lagi ini.
1. Ada lebih kurang 15 calon yang hadir untuk mengisi tiga kekosongan jawatan. Rata-rata yang hadir sebaya dengan Nur, adik saya yang berumur 25 tahun. Sebelum bermulanya sesi temuduga, awal-awal saya menyatakan kepada Kak Ijah (sumber manusia), "Saya risau kalau berat sebelah dalam pemberian markah."
2. Saya lahir pada bulan Mac. Kata orang, individu yang lahir pada bulan tersebut sangat sensitif. Saya tidak menafikan hal itu. Oleh kerana itu, saya sangat kasihan pada dua calon yang menggunakan sentimen "keluarga sakit" dalam jawapan balas temuduga. Isteri kata, "Berlakon rasanya." Seorang calon lelaki, "Saya berhenti kerja di tempat lama kerana mahu menjaga ayah yang sakit." Apabila ditanya khabar ayahnya, jawabnya, "Ayah saya sudah meninggal dunia." Seorang calon perempuan pun sama menyatakan berhenti kerja di tempat lama kerana mahu menjaga emaknya yang sakit di Melaka.
3. Sukar untuk menerima hakikat ada calon yang menamatkan sesi temuduga dengan ucapan, "Terima kasih abang!" Abang? Wah sangatlah tidak sesuai memanggil panel penemuduga dengan gelaran itu. Saya sedarlah diri ini masih lagi muda, tetapi tidak perlulah memuji saya sedemikian dalam sesi temuduga! haha.
4. Saya juga tidak dapat menerima hakikat ada calon yang memasuki bilik temuduga tanpa membawa fail sijil asal. "Mana sijil?" Barulah dia tersedar dan keluar mendapatkan sijil di luar bilik. Hendak dikatakan terlalu gugup, tidaklah diterima akal kerana dia berpengalaman bekerja selama lapan tahun di bank.
5. Ada seorang calon yang baru lepas dibedah pada sebelah pagi sebelum temuduga! Katanya ada masalah semasa melahirkan anak. Jelas kelihatan dia menahan kesakitan melalui pergerakan jalan dan terdapat tiub salur darah yang masih melekat di tangannya. Berlakon? Tidak rasanya sebab saya tahu tempat kerjanya. Memang sah dia baru sahaja bersalin.
6. Isu masalah bahasa Inggeris memang ketara dalam kalangan calon yang hadir ke sesi temuduga. Namun ada juga yang terlalu hebat bertutur bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan keutamaan untuk diterima, tetapi ITNM yang sentiasa berhadapan dengan klien asing memang perlu pertuturan dalam bahasa Inggeris.
7. Selepas setiap calon keluar dari pintu bilik, kami bertiga terus berbincang sama ada calon itu perlu dipertimbangkan ataupun terus ditolak. Rasanya setiap calon dapat mengagak sama ada dirinya layak ataupun tidak. Saya memahami rasa kecewa sekiranya mereka merasakan diri mereka tidak layak mengisi jawatan di ITNM.
8. Malamnya selepas solat Maghrib, saya, Khalil, Ridwan, dan Saiful bercerita berkenaan pengalaman bekerja. Saya cuma pernah bertukar tiga tempat kerja. Saiful pernah membayar RM600 kerana berhenti kerja sebelum tamat notis selama dua bulan selain pernah gagal dalam bisnes sendiri. Ridwan pernah menjadi pelayan makanan hotel dan katering yang dibayar hanya cukup sekadar membeli majalah Pedang Setiawan. Manakala Khalil yang paling tua sudah tentu paling banyak bertukar kerja. Pengalaman kerjanya yang paling teruk adalah kerja membuat rumah/bangunan. Pernah berdiri di bawah pengetuk batang cerucuk!
9. Selepas sesi temuduga itu, saya sangat insaf melihat kesukaran untuk memperoleh rezeki. Saya dan Isteri saling menasihati apabila kadangkala mengeluh kepenatan bekerja, "Orang lain yang tidak mempunyai kerja lebih malang berbanding kita yang ada kerja yang baik." Memang benar kata Bos Besar saya, "Lebih baik sibuk bekerja daripada sibuk mencari kerja."
10. Saya mengakui Abah bertukar gelap kulitnya kerana banyak berada di lautan, berpanas dan berhujan demi menjalankan tugas Kastam. Ya Allah bersyukurnya dapat bekerja tanpa perlu berpanas apatah lagi berhujan. Siap memakai jaket pula apabila kesejukan dengan penghawa dingin.

11 komen:
ish2 baru lepas bersalin pun leh gi temuduga!dasyatnya...
Itu macam memang mahu kerja.
Ya, terlalu susah mencari kerja dan bersyukurlah dengan kerja yg kita ada walaupun ada kalanya ia bermaksud mengadai nyawa.. aduh!
Saya pernah merasa peritnya mencari kerja kerana grad pada zaman gawat.
Alhamdulillah, setahun berhempas pulas bekerja rencam-rencam dapat pula tawaran kerja di sektor awam.
Fikir jangka masa panjang, saya terus terima tawaran.
Puan Munira,
Sukar 'kan mencari rezeki.
Tuan Zamri,
Kerja dan kerja lagi.
Puan Fizahanid,
Lebih baik bekerja dengan rezeki yang halal.
Cik Hanida,
Alhamdulillah. Banyak lagi yang mengidam mahu menyertai sektor awam, walaupun suatu masa dulu bukan menjadi pilihan.
2 hari bulan ni, aku pun jadi penemuduga, tapi untuk calon2 pensyarah bahasa sepanyol di UMP. Nak mampus kena sedia.
menariknya jadi penemuduga.
Tuan Azli,
Kau janganlah beri soalan yang "menakutkan" ya!
Puan Am,
Seronok juga.
Kadang-kadang jadi panel ni kena pandai 'berlakon' ..
Dah biasa jd panel temuduga ni, malah jadi panel nak pilih artis pun pernah kubuat..wpun asas seni tu sikit sgt..ala-ala macam panel nak pilih calon AF tu laa...
alamak. kena bersedia. ada interview minggu depan.
Ikan Emas,
Berlakon itu boleh dikatakan "macam berlagak bagus". Namun itu perlu juga bagi memastikan tidak tersalah pilih orang 'kan!
Tuan Adlan,
Semoga berjaya!
Catat Ulasan