Fatimah Bte Ahmad, emak saya.

Dia sanggup menanti di luar kelas Tadika Bukit Chagar semasa saya masih lagi kekok dengan kawan-kawan baharu. Malah sanggup juga dia meluangkan masa yang lama berada di SRK Saint Joseph semasa saya tidak serasi dengan sistem pembelajaran formal di sekolah itu, walaupun dalam masa yang sama dia perlu menguruskan rumah tangga.

Sejak saya mengenal erti kehidupan dunia, emak tidak lagi bekerja. Walaupun gaji abah sehingga bersara pun tidak dapat mengatasi gaji saya kini, emak dan abah tetap berusaha membesarkan tiga orang anaknya sehingga saya dan abang berjaya ke universiti, manakala Nur dapat menghabiskan pengajian diploma.

Sungguhpun begitu, tidak pernah emak dan abah mengeluh sekiranya saya menelefon untuk meminta wang perbelanjaan yang bukan sedikit jumlahnya. Sehingga kini saya merasa pelik bagaimana emak dan abah menguruskan kewangan untuk membesarkan kami bertiga. Apabila saya membelek balik slip gaji abah yang disimpan kemas di dalam laci almari, menitis air mata melihat jumlah pendapatan bulanannya.

Mungkin kesunyian dek kerana anak-anaknya pergi merantau untuk belajar dan bekerja, emak mengamalkan bangun seawal empat pagi menunaikan qiyamullail, kemudian memasak nasi lemak dan mengadun kuih untuk dijual di gerai Makcik Kiah. Selain itu, emak tidak segan silu menjaga Faiz dan adik-adiknya; Firdaus dan Fatin, dan juga Luqman dan adik-adiknya; Maisarah dan Irfan. Alhamdulillah berkat semua kerja sambilan itu, emak dapat menunaikan dua kali ibadah haji dan mengerjakan umrah sebanyak tiga kali.

Emak yang saya kenali sangat memahami apa sahaja perilaku dan keputusan anak-anaknya. Dalam hidup saya, dua keputusan besar yang saya lakukan disokong penuh oleh emak; kerjaya dan perkahwinan. Emak tidak membantah saya "lari" daripada kursus ijazah malah menyokong penuh apa yang kini saya lakukan. Emak juga tidak membantah keputusan saya untuk menikahi Fadhilah walaupun pada masa itu dia sangat sibuk dengan urusan ke Mekah.

Pernah sekali emak menelefon sekolah membantah penyertaan aktif saya dalam beberapa persatuan. Emak meminta Ustazah Khamsah menghadkan penglibatan saya supaya dapat diberikan fokus kepada pelajaran.

Emak juga seorang yang sangat memendam rasa. Tidak pernah mengharapkan sesuatu yang lebih daripada anak-anaknya. Selalulah semasa kecil dahulu saya tidak mahu ke kedai untuk membeli barang, akhirnya emak sendiri yang pergi membeli. Sehingga kini pun, saya akan bertanya dahulu sebelum pulang ke Johor, "Emak mahu kirim apa-apa?" Jawapan biasa, "Tak ada apa-apa." Namun kalau dibawa pulang tudung ataupun sebarang cenderahati, gembiranya sangat terpancar melalui riak wajahnya.

Kini emak berumur 57 tahun. Abah pula setahun lebih usia daripada emak. Teringat betapa sukarnya emak berulang alik ke Muar menjaga arwah atuk semasa akhir hayatnya. Apabila terfikir hal ini, saya tidak membayangkan akan kemampuan saya menjaga mereka pada masa akan datang. Yang terdaya kini, setiap minggu menziarah ibu bapa mentua di Subang, dan setiap bulan pulang ke Johor. Terfikir juga suatu hari nanti membawa emak dan abah tinggal di Kuala Lumpur ini, dan selalu juga menyuarakan hal itu kepada mereka. Biasanya emak membalas, "Bila lagi nak balik sini?"

Muka emak kelihatan serba salah apabila disarungkan jubah semasa konvokesyen saya. Namun saya puas melihat dia memakai jubah itu. Seolah-olah memberikan dia kegembiraan membesarkan saya selama ini.

11 komen:

Tanpa Nama berkata...

SSAAAYyaaanngg Mak!

Cikgu Ibrahim berkata...

Sudilah kiranya melawat ke blog saya, walaupun kandungannya tentang pelajaran sekolah. Blog itu baru dibangunkan beberapa minggu.

Nida Shaari berkata...

Saya ada 10 orang adik beradik.. Arwah ayah cuma seorang guru sekolah rendah.. dan juga seorang petani.

Jika difikirkan bagaimana kedua orang tua membesarkan kami, berkorban wang ringgit memberi pendidikan sehingga ke menara gading, ternyata memang tak akan tercapai dek akal kita.

Sebab tu, sementara mak masih ada saya rasa mahu buat dia gembira. sentiasa

Roseriana CA berkata...

awak beruntung anuar...ada ibu yang baik...dapat isteri yang juga baik...

Unknown berkata...

Isteri,
Menantu pilihan:)

Tuan Ibrahim,
Wah sudah berblog. Aku sudah masukkan dalam senarai blog yang kemas kini.

Cik Hanida,
Rasanya cik puan lebih banyak pengalaman berbanding saya. Kongsilah!

Cik Camelia,
Alhamdulillah. Kami pun mendoakan yang baik-baik untuk cik puan.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eiffa akmal berkata...

agak terharu bila saya membacanya..teringat pengorbanan kedua org tua..tak terbalas jasa mereka ke akhir hayat..

Sitie BUm BUm berkata...

touching!

Pok Li berkata...

Kenangan yang mengusik jiwa terutamanya kepada ibu dan ayah. Saya kini sudah menjadi bapa kepada lima anak. Memang berat tangungjawabnya.

S.YanaZ berkata...

Sejuk perut MakCik Fatimaahhh...mengandungkan Enche Annuar.

:]]

Unknown berkata...

Cik Sharifah,
Jangan lupa pulang ke kampung;)

Cik Siti,
Penghormatan untuk ibu.

Pok Li,
Semoga anak tuan menjadi soleh selamanya.

Cikgu Shahriah,
Selamat hari guru:)