Semasa bersiar-siar di Pavilion, masuk sebentar ke kedai buku Times. Besar seperti Kinokuniya KLCC. Dalam masa yang sebentar, saya tidak menemui buku berbahasa Melayu. Hmm tipikal Times. Agaknya Times tidak belajar sebab-sebab penutupan rangkaian kedainya di Carrefour Subang, Plaza Angsana Johor, Suria KLCC, dan City Square Johor.

Filem Slumdog Millionaire rupa-rupanya diadaptasi daripada novel Q & A, karya Vikas Swarup, Diplomat Kerajaan India. Kini judul buku diubah sama seperti judul filem.

Maknanya filem yang diadaptasikan daripada buku hakikatnya ada potensi besar. Oh tuan-tuan pengarah filem Malaysia, silalah baca buku/novel karya orang Malaysia. Manalah tahu anda menjadi kaya dengan filem adaptasi buku itu.

Filem yang menggunakan "sedikit peruntukan" ini dikatakan akan memenangi beberapa anugerah daripada 10 pencalonan di Oscars 2009. Sebelum itu, filem ini sudah banyak merangkul anugerah di peringkat antarabangsa. Peruntukan filem ini AS$15 juta; sedikit dalam konteks filem Amerika, tetapi sangat besar dalam industri filem tempatan.

Filem ini dikategorikan dalam filem indie. Sama seperti kumpulan Meet Uncle Hussein yang menjuarai Juara Lagu 2008. Pada tahun lepas, Estraged pun menjuarai anugerah yang sama. Mereka kumpulan indie. Buku Amir Muhammad pun saya anggap sebagai buku indie.

Agaknya semua industri yang diterbitkan secara indie menjadi kegemaran orang masa kini.

4 komen:

Closeup berkata...

filem/buku indie tu ape? tidak faham maksud indie tu?

Anuar Manshor berkata...

Umi,
Indie itu singkatan daripada indipendent. Kalau filem indie, dibuat secara "underground". Tidak terlalu komersial. Ngerti?

Marliza Radzi berkata...

saya terlalu suka buku Q&A itu. ketika saya baca, saya kata pada suami saya, alangkah bestnya kalau buku ini difilemkan. tiba-tiba ia difilemkan. dan saya suka filemnya. tapi tentulah, versi buku lebih memuaskan. cubalah baca.

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Ada cadangan: Berilah pinjam! haha. Jumaat ini saya balik JB. Sebab malas mahu beli, banyak lagi buku tak terbaca lagi. huhu.