Saya mula menggunakan motosikal semasa bulan pertama, tahun pertama memasuki kampus induk UIA. Mahallah Bilal yang berada di atas bukit ke Kulliyyah IRK boleh tahan jauh kalau mahu "menapak". Itu ke Kulliyyah IRK, bagaimana pula kalau kelas di Kulliyyah Education? Huh sangat jauh!

WJE 9184 masih lagi menjadi hak milik Abang. Nama pemilik masih tidak diubah walaupun saya menyambung bayaran bulanan (sudah lama langsai) dan cukai kenderaan pada setiap tahun.

Alhamdulillah. Dengan bantuan motosikal inilah saya berjaya menghabiskan pengajian degree, pergi temu duga di PTS, berulang alik dari USJ Subang ke Wangsa Melawati (pejabat PTS) setiap hari selama setahun, ke temu duga DBP, berjasa dua tahun semasa di DBP.

Namun kini saya berulang alik ke tempat kerja ITNM dengan menaiki kereta sama ada Mimi (Isteri menggelarkan keretanya sedemikian kerana berwarna merah) dan Bubu (kereta saya berwarna kelabu, Isteri juga yang berikan nama). Pejabat Isteri 10 minit sahaja ke pejabat saya.

WJE 9184 sudah berhabuk.

Saya tidak pernah stres dengan kerja, rakan sekerja ataupun aktiviti kehidupan. Walaupun ketua unit saya terlalu kreatif melakukan benda baharu, saya sangat suka kerana dapat mempelajari benda baharu. Jangan terkejut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April nanti, sesiapa yang membeli buku ITNM berpeluang membawa pulang Perodua Myvi. Ini semua "kerja" bos baharu saya itu.

Namun saya stres dengan kesesakan lalu lintas! Isteri selalu menjadi mangsa apabila saya stres di dalam kereta. Maaf!

Itulah sebab saya lebih suka menunggang motosikal walaupun nampak macam lekeh. Kalau hujan, lagilah saya suka. Adanya rain coat... Sejuk!
Di PTS, saya pernah bertangungjawab menerbitkan buku Mengurus Stres. Buku itu sesuai dalam konteks kerjaya. Rasanya saya perlu belajar mengadaptasikannya dalam konteks di dalam kereta.

10 komen:

Pok Li berkata...

Saya suka menunggang motorsikal. Tapi sejak tinggal di Marang ni motor saya pun jugak berhabuk. Tapi belum ada nama lagi.... :)

ZulDeanz berkata...

Saya memang tunggu peraduan tu... takder hadiah pergi melancung luar negri ker?

Anuar Manshor berkata...

Tuan Pok Li,
Baik diberikan nama sebelum habuk itu kekal di motosikal itu! haha

Tuan Zul,
Adalah cadangan begitu, tetapi ada orang mahu ke Pesta Buku Frankfurt kah? Peraduan itu tertakluk kepada terma dan syarat! haha

Zool Blogger berkata...

Tempat keje saya tak jem..
tapi rasa nak naik moto gak..
tapi belum mampu beli lagi..

BLog Zool

Closeup berkata...

pergh...siap ade name lagi..dahsyat la kaklong...satu perkembangan yang bagus itu( i think so)....hmmmm ingatkan kaklong yang stress out instead of abg nuar. nampaknye tahap kesabaran kakakku semakin tinggi.

sekali sekala bwk la kaklong naik motor, pusing2 McD tu, jgn jauh2 bahaya ooo...

Anuar Manshor berkata...

Tuan Zool,
Hikmahnya, berjalan kaki demi kebaikan kesihatanlah itu!

Umi,
Kak Long memang selalu berimaginasi! Yang itulah, yang inilah... Haha.

Pernah sekali bawa motor ke pejabat. Kak Long terus fobia. Taubat tidak mahu naik lagi katanya.

Firdaus Ibnu Ariff berkata...

Kesesakan jalan raya memang membuatkan saya naik darah! Tetapi, saya masih suka diam di KL. Oleh itu sedang membuat perancangan untuk sukses sebagai freelancer bila sudah grad kelak.

Studio Inspirasi

Anuar Manshor berkata...

Tuan Firdaus,
Bagus perancangan saudara. Semoga saudara dapat mengubah persepsi bahawa penulis bebas/freelancer mampu menjana lebih kewangan selain Faisal Tehrani.

Atie_sl berkata...

Kita pun dulu naik motor juge. Sampai satu ketika masuk hospital seminggu. Pnuemonia. Mana taknya, balik malam dan kadang-kadang (banyak kadang) kena hujan. Pagi pulak dingin mencucuk ke tulang...

Anuar Manshor berkata...

Kak Atie,
Kak Atie memang perlu menaiki kereta. Saya rasanya akan menaiki motor juga nanti. Sebab stres! huhu.