Klik Mingguan Malaysia untuk membaca lanjut artikel Pengarang Rencana Mingguan Malaysia ini.

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak rungutan berkenaan nama baharu kereta MPV Proton, Ixora. Zin "menembak" Proton dengan kenyataan, "Ketika kereta nasional mula diperkenalkan, tentunya rakyat negara ini berbangga dengan nama Saga, Iswara, Satria, Waja dan Juara. Begitu juga dengan Perodua yang memiliki nama seperti Kancil, Rusa, Kelisa dan Kenari. Lepas itu nama Melayu pun hilang."

Banyak pihak "ditembak" Zin pada kali ini. Kalau mereka merasakan tidak terkena "tembakan" itu, memang hebatlah.

Saya tinggal di D' Puncak Suasana, Bandar Tun Hussein Onn. Bangga dengan nama rumah dan bandar yang menggunakan nama Melayu, tetapi saya masih tidak tahu maksud D' dan relevannya huruf itu di pangkal nama.

5 komen:

Pok Li berkata...

Kita suka guna bahasa lain yang mungkin dirasakan lebih maju. D tu tak tahu lah. Cuma selalu tengok kereta plat D asalnya dari Kelantan :)

Anuar Manshor berkata...

Tuan Pok Li,
Haha. Ada benarnya juga!

kamal berkata...

Beberapa hari ni berulang-alik ke Hospital Sultan Islam, Pandan, Johor Bahru. Alamat hospital tu sendiri di Taman Mount Austin. Sepanjang perjalanan saya akan melalui Taman Siera Palma, Setia Tropika + (Ada dua nama asing, tak ingat), Adda Heights, Austin Boulevard dan beberapa lagi. Setiap kali hati menangis ...

Anuar Manshor berkata...

Encik Kamal,
Walaupun orang Johorlah yang rasanya paling kuat jati diri Melayu, ada juga pihak tidak mempedulikan hal bahasa Melayu.

kamal berkata...

Saya orang Kelantan ;)