Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 yang dicalonkan.

Wah nampaknya semakin sakit hati dan meranalah Rohan Antao. Walaupun Rohan menyumpah dan menganggap filem itu sebagai punca kehancuran cintanya, ternyata Freida Pinto adalah musketeer ketiga dalam hidup Dev Patel. Haha.

Satu babak yang menyebabkan saya terkilan dalam Slumdog Millionaire, iaitu semasa abang Jamal, Salim sedang menunaikan solat. Dalam masa yang sama Salim tetap melakukan kejahatan/jenayah. Itulah persepsi buruk filem Barat yang didogmakan kepada umat Islam.

Sedangkan dalam Quran, Surah al-Baqarah ayat 42, "Jangan kamu campurkan yang hak dan yang batil."

Saya terkenang zaman semasa di Matrikulasi UIA. Di Kolej Abu Bakar nombor 719, saya, Ijad, Syawal dan Ajib tinggal dalam bilik yang kecil. Saya bersyukur dapat tinggal bersendirian di Mahallah Bilal E4.10 di UIA Gombak yang lebih besar biliknya daripada 719. Terima kasih "abang kolej"! Haha.

Walaupun 719 kecil, kami dapat solat berjemaah yang kerap dilakukan pada waktu Maghrib. Kami percaya dengan cara itulah hubungan ukhwah dapat menjadi lebih erat. Biasanya saya ataupun Ajib yang menjadi imam. Alhamdulillah, berkat doa rabitah yang mengandungi maksud silaturrahim, hubungan kami masih lagi erat.

Ijad pula terus konsisten menunaikan solat walaupun pada awal perkenalan, beliau bukanlah "kaki solat". Katanya, "Kaulah orang pertama yang mengajak aku solat berjemaah. Bapa aku pun tidak pernah mengajak aku."

Solat berjemaah tetap diamalkan dalam setiap solat bersama-sama Isteri. Saya tetap menyelitkan bacaan doa rabitah yang saya hafal semasa aktif dalam PKPIM pada setiap kali selepas solat. Namun saya suka dengan bacaan doa Isteri yang menggunakan bahasa Melayu. Lagi menusuk jiwa maksudnya.

7 komen:

Closeup berkata...

alhamdulillah..mudah2han istiqamah..bila nak dapat perkhabaran gembira ni???:)

Fizahanid berkata...

Saya juga mengamalkan solat berjemaah dengan hubby, selalunya waktu subuh, sebab rakaatnya pendek.
Waktu lain-lain, selalu tidak sempat. Dan suami saya kadang kala baca doa dalam bahasa Thai (bhs ibundanya).
Saya aminkan saja, harap-harap yang baiklah.. jgn dia doa nak kahwin lagi dan saya aminkan sudahlah... hahahahahah...

Anuar Manshor berkata...

Umi,
Sabarlah Umi. Jangan tanya hal ini lagi ya. Nanti Kak Long stres pula.

Puan Fizahanid,
Wah lagilah banyak bahasa ya. Semoga keluarga saudari diberkati.

Closeup berkata...

ooopsss, i'll be careful next time..:)

Anuar Manshor berkata...

Umi,
Hoho.

Hasniza Aarif - zaza berkata...

samalah kite. saya tengok dengan kawan masa tu. tak sangka sempat jugak menyelit dorg ni...tak bestlah! better baca novel.

Anuar Manshor berkata...

Cik Zaza,
Saya pun kepingin membaca novel Q & A nanti. Wah banyaknya kerja!