Semasa Emak dan Abah datang ke rumah minggu lepas, rancangan-rancangan televisyen pun perlu serasi dengan jiwa Haji Manshor dan Hajah Fatimah itu, Astro Oasis lah. CSI, Dr. House, 24, dan lain-lain hiburan yang agak "lagha" perlu direhatkan sementara.

Aa Gym dalam ceramah di Astro Oasis berkata, "Semasa saya di Korea, orang di sana hanya menggunakan telefon bimbit yang terlalu simple. Tidak ada kamera, dan tidak ada berwarna warni. Kata orang Korea, 'Yang kami perlukan hanya mendengar suara dan mengirimkan SMS'." Tambah Aa Gym lagi, "Maksudnya dalam hidup kita ini, kita perlu mengutamakan keperluan, bukannya kehendak."

Memang terkesanlah kata-kata Aa Gym itu. Sekarang, saya cadangnya mahu membeli cermin besar untuk menghiasi ruang tamu. Supaya ruang tamu kelihatan lebih besar seperti rumah Emak dan Mama. Namun tanya Isteri, "Itu keperluan ataupun kehendak?" Maka terpaksalah saya akur menyatakan itu adalah kehendak. Jawapannya, beli nanti-nantilah.

Semalam semasa menghadiri Workshop on New Tools For Media Reporting anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di BERNAMA, Profesor Dr. Stephen Quinn mencadangkan supaya semua wartawan kini memiliki telefon bimbit yang lengkap dengan kamera dan aplikasi Internet (di Malaysia: 3G). Alasannya, wartawan kini tidak boleh lagi bergantung kepada jurukamera. Manakala bahan berita perlu dihantar cepat ke pejabat.

Namun saya bukan orang yang selalu update telefon bimbit. Sepanjang hidup ini, pernah dua kali membeli telefon bimbit. Yang digunakan sekarang, satu daripada pemberian Abang, yang lengkap dengan kamera (second hand). Satu lagi yang cuma berharga RM150, yang tidak ada apa-apa yang menarik.

Pada mulanya, saya terpengaruh dengan kata-kata Aa Gym. Namun apabila mendengar Quinn kata, ada benarnya juga, tetapi terpaksalah berbelanja lebih.

Saya tetap percaya keperluan perlu mengatasi kehendak.

16 komen:

Zalisa Maz @ ZN Isa berkata...

Betul pendapat saudara. itulah gaya hidup saya dan suami. Kalau tak percaya mailah rumah. Nak nampak2 yang mewah2 mamang tak ada :)

asybedazzle berkata...

tak payah membazir. :)

Pok Li berkata...

Semalam beli majalah initial, saja nak tahu model telefon terkini. Nanti buta sangat pulak pasal teknologi baru ni ni. Caiyo :)

hans berkata...

banyak duit beli jer yg mahal

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

kebetulan pula, baru saja beli pdaphone...setelah sekian lama memakai handphone zaman drakula....tapi, belinya pun kerana keperluan bukan kehendak..hehe

.: mama cute :. berkata...

Tp kalau keje mcm encik anuar ni.. saya rasa wajib pakai telefon canggih.
yang kehendak tu selalunya berlaku pada geng muda belia yang gilekan barang baru.. so nak tayang kat orang kununnye dia punya paling latest.. kuikuikui..

mcm contoh: anak bekas jiran saya handphonenye lebih canggih dan up-to-date dari cikgu2 di skolahnya. ada 3G lagi.. padahal baru darjah 5.. huhu..

dasat kan.. kita berkerja btahun2 br nak pakai 3G.. tu pong dok bodo lg tak reti nak operate... wakakakakkaaka

As berkata...

keperluan mengatasi kehendak
macam kisah wartawan itu, satu kehendak bg orang biasa adalah satu keperluan bg wartawan ;)

Anuar Manshor berkata...

Puan Zalisa,
Teringat kata-kata Nik Aziz dalam Off The Edge terbaharu yang lebih kurang maksudnya, "Saya tidak menggunakan pen-pen yang mahal untuk meningkatkan status diri saya."

Tuan Asyraf,
Ya betul.

Pok Li,
Perlu kita mengetahui, tetapi usah terpengaruh.

Tuan Hans,
Pun betul.

Tuan Khairusy,
Itu sudah menjadi keperluan tuan.

Puan Mamida,
Memang saya memerlukan telefon yang lengkap dengan penyimpanan data, gambar dan aplikasi 3G. Namun saya masih lagi boleh bertahan dengan yang sedia ada. Belum sampai tahap terlalu perlu rasanya.

Anuar Manshor berkata...

Cik As,
Bezanya saya cuma editor/wartawan majalah. Tidaklah terlalu teruk berbanding dengan wartawan akhbar.

Marliza Radzi. berkata...

haah saya pun guna telefon untuk telefon dan sms saja.

tapi telefon yang sekarang ni dah canggih sikit sebab ibu dapat telefon baru, jadi telefon lamanya yang masih baru dan canggih, diberi pada saya. hehe.

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Samalah kita.

madulebah berkata...

Baru setahun saya bertukar ke telefon sekarang yang ada kamera, skrin berwarna dan boleh melayari internet. Itupun hanya setelah telefon lama (8250) sudah rosak alat pendengarannya.

Kalau tidak mungkin saya masih setia pada yang satu.

Ha ha ha

Anuar Manshor berkata...

Cik Madu Lebah,
Kadangkala yang klasik itu lebih berkualiti. Tidak rugi pun setia kepada yang satu itu.

3p4h berkata...

Entry yg bagus...

Kene bezakan dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat...

Ni yg nk kne baca buku Fiqh Aulawiyah karangan Yusuf al-Qaradawi. =)

Anuar Manshor berkata...

Cik 3p4h,
Wah! Terimbas semula zaman belajar Usul Fiqh dahulu.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ