Faktanya: Satu daripada 10 orang adalah kidal (1:10). Kadar purata ini dikatakan bermula sejak 5000 tahun lalu, tidak berubah sehingga kini. Ini keunikan yang Allah kurniakan kepada kita.

Bagaimana pula dengan binatang? Adakah haiwan juga ada cenderung menggunakan tangan kiri? Binatang di sini maksudnya seperti beruk, monyet, cimpanzi dan lain-lain yang lebih kurang bentuknya. Tidak ada kena mengena dengan ikan, kerang, ataupun ular.

Ada kajian menyatakan kecenderungan binatang seperti monyet menggunakan tangan kidal atau kanan adalah 50:50. Maksudnya kadang-kadang tangan kiri untuk mengendong anaknya, kadang-kadang tangan kanan untuk memakan pisang.

Walau bagaimanapun, cimpanzi dikatakan sebagai binatang yang kidal. Semasa binatang ini mengadakan persembahan sarkas, cimpanzi kerap menggunakan tangan kiri 60:40, berbanding dengan manusia yang kidal, iaitu 90:10.

Namun penulis buku Right Hand, Left Hand, Chris McManus, menyatakan tikus juga cenderung kepada kidal. Misteri...

10 komen:

jane berkata...

salam nuar,

saya dan suami kidal. anak perempuan seorang kidal. ini tidak menjadi masalah pada saya. yang jadi masalah, kemudahan tempat duduk di u. sukar menulis dengan meja lipat untuk orang bertangan kanan. lenguh!

peeler buah2an pun saya guna dengan cara terbalik. macam orang india membuang kulit sayuran...

mesin kukur kelapa, antara mesin yg sukar saya kendalikan...dan ada beberapa masalah yg saya anggap kecil tapi, itulah kekurangannya!

asybedazzle berkata...

saya tak kidal. fakta ni menarik. :)

hans berkata...

susah owh jumpa kidal
tapi diorang nih unik n selalunya pintar
best2

Pok Li berkata...

anak perempuan saya kidal. kesian pula guna alatan untuk orang tak kidal

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Kasihan pula nasib orang kidal. Namun tidak pula diperjuangkan kemudahan untuk orang kidal ya (seperti kemudahan untuk OKU). Saya rasa banyak lagi barangan yang hanya sesuai untuk orang kanan. Gitar, tetikus, motosikal dan lain-lain.

Tuan Asyraf,
Saya pun tidak juga.

Tuan Hans,
Kebanyakan mereka bijak matematik kerana keaktifan otak kanan.

Pok Li,
Namun anak tuan mesti ada banyak kelebihan lain.

As berkata...

huu...tikus pun kidal :p

.: mama cute :. berkata...

orang kata kalau kita dapat kesan anak kita kidal dari kecik, jgn cuba nak paksa dia guna tangan kanan.. nnti ganggu perkembangan otak plak.. betul ke? apa pun.. anda ditag oleh saya.. kekekke.. selamat mencuba ye :p

Anuar Manshor berkata...

Cik AS,
Saya pun tidak pernah melihat "kekidalan" tikus.

Puan Mamida,
Aduh...Kena tag pula. Cikgu Jane tag saya pun tidak berjawab lagi. huhu

.: mama cute :. berkata...

kuang kuang kuang.. jawab jangan tak jawab.. wakakkkaa..

err.. fadhilah balik dah kaaa? kalau dah balik.. msti lagi lambat nak jawab tag tu kan.. kuikuikui :p

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Semasa ke pejabat pagi tadi, terfikir untuk menjawab tag itu. Bilalah agaknya ya.

Fadhilah sudah pulang. Lagi lambatlah ya:)