Puan Mamida tag saya. Tag daripada Cikgu Jane pun tidak berjawab lagi. Maaf ya Cikgu Jane.

Ini antara gambar majlis perkahwinan saya yang digemari. Sebenarnya ada banyak lagi. Cukuplah sekadar tiga ini sahaja. Yang lain pernah dimuat naik sebelum ini. Nanti orang menyampah pula. Hehe. Klik ini dan ini untuk pelbagai foto perkahwinan saya.

Gambar ini belum menjadi klasik lagi kerana kami baru sahaja berkahwin. Masih berbulan madu lagi:)Ada suatu hari, saya pernah memakai baju ini semasa hari Jumaat. Ada pula yang perasan ini baju perkahwinan saya. Mata Nazmi memang cekap! Baju Isteri masih lagi tersimpan di dalam almari. Saya cadangkan supaya dia memakai semasa malam fairy-tale di Melaka minggu lalu. Segan pula katanya.

Gambar ini banyak orang yang suka. Cantik kata mereka. Jurugambar, Abang Kamal pun suka dengan hasil kerja dia yang sebegini. Katanya, "Ini pertama kali saya merakam shot sebegini."

Walaupun Isteri bertugas di Kementerian Pertahanan, dia tidak terpilih mengawal Ratu di Istana Buckingham. Lebih baik menjaga rumah sendiri. Rumah kuarters Kastam yang kini diduduki Nur (adik). Abah dan Emak sudah berpindah ke Kota Tinggi.

11 komen:

As berkata...

gambar kedua dan ketiga sangat unik. Hehe :)
moga kekal ke syurga, amen.

mariahsj berkata...

Waah, anda ni romantik juga ye....

Pok Li berkata...

selamat pengantin baru. :)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

mariahsj:memang dia sangat romantik!kadang2 'mati kutu' juga saya dibuatnya!
p/s sayang,i'm keep on falling in love with you nearly everyday..haha!(pengakuan tulus ikhlas,terima kasih)

Unknown berkata...

Cik As,
Terima kasih dan semoga dimakbulkan doa itu:)

Kak Zaitun,
Saya memang romantik! haha.

Pok Li,
Terima kasih. Tidaklah baru sangat.

Isteri,
Hehe. Ini yang perlu dibelanja makan di tempat menarik!

jane berkata...

salam nuar,

sangat suka melihat gambar perkahwinan zaman sekarang. unik dan sangat istimewa. cantiknya gambar2 nuar dan fadhilah. dekat blog isteri anda pun saya dah lihat.

gambar saya yg dah hampir 15 tahun tu dah rasa malu nak tayang sebab diambil oleh sepupu...x cantik langsung. x mampu nak taja jurugambar...saya ada cara tersendiri nak menyelesaikan tag puan mamida ini...! tunggu!

Unknown berkata...

Dato' Adil,
Saya memohon maaf kerana tepaksa membuang komen tuan kerana saya kurang selesa dengan keadaan sekarang.

Secara terus terang, saya "serabut" dengan keadaan ini dalam masa tiga minggu. Sudah tentu mengganggu tugasan hakiki saya.

Maaf.

Ticer Syah berkata...

salam annuar...
thanks sbb melayan tag saya.. ekekeke.. apa pon.. gambar zaman skarang mmg unik sbb jurugambar sekarang ni banyak tempat yang mereka boleh refer berbanding dengan zaman dulu.
hehhe.. syoknye kalau boleh amik gambar lagi.. kekekek

to cikgu jane..
lekas2 fikir mcm mana nak letak gambar you plak. kekekekek..

to fadhilah
tahniah sbb berjaya menawan hati mamat ini.. ekkekeke

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Terbitkanlah gamabr-gambar itu. Mungkin pada pandangan orang lain, gambar itu unik.

Puan Mamida,
Namun banyak gambar sekarang yang di"photoshop"kan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Dan Salam Hormat.

Tak apalah Encik Anuar, saya doakan semoga saudara dan isteri sihat-sihat sahaja. KAlau saudara tertekan, baliklah rumah dan lihat wajah isteri, pasti tenang. Bercutilah sempena krismas ini untuk mendapatkan semangat baru menjelang tahun 2009.

Sekian, dan selamat menyambut Awal Muharram.

Yang Ikhlas,

Dato, Adil
Bangsar, KL.