Dipetik dari www.saharil.com

Maaflah sekiranya agak SX. Maklumat untuk dikongsi. Baguslah sekiranya menjadi ilmu.

Saya tidak tahu apa-apa yang orang lain alami, tetapi saya sendiri banyak mendapat e-mel "sampah" atau spam (biasanya melalui akaun Yahoo!). Bukan itu sahaja. Dalam majalah, akhbar, dan pelekat yang mengotorkan dinding pun banyak mengiklankan berkenaan pemanjangan zakar!

Namun saya tahu itu semua gimik untuk memperoleh wang dalam masa yang singkat. Bayangkanlah dengan tagline, "PANJANGKAN ZAKAR ANDA!" mata siapalah tidak tertancap dengan iklan itu. Caj yang dikenakan biasanya RM100 ke atas.

Mudahnya mendapat wang! Sekiranya rawatan atau pil pemanjangan zakar tidak berkesan, sudah tentu tidak ada lelaki yang berani tampil membuat aduan tribunal ataupun polis. Untung si penjual ubat zakar!
saharil.com punya lagi.

Banyak orang menyatakan sekiranya zakar suami panjang, ia boleh membahagiakan isteri seterusnya membahagiakan kehidupan rumah tangga. Agaknyalah, tetapi ini bukan fakta. Banyak lagi faktor yang boleh membahagiakan rumah tangga.

Sebenarnya banyak lelaki yang tidak memahami saiz normal zakar. Pertama yang perlu difahami, saiz zakar semasa tidak tegang jauh berbeza dengan semasa tegang. Ada lelaki yang mempunyai zakar kecil semasa tidak tegang yang boleh mengembang besar semasa tegang. Namun ada juga yang tidak sebesar mana semasa tegang. Saiz normal zakar biasa semasa tegang antara 4-6 inci sahaja.
Saharil ini penulis ruangan Sains dan Kehidupan dalam Dewan Kosmik.

Penerangan secara mudah... Zakar yang diwujudkan untuk lelaki direka bentuk secara genetik. Maksudnya, ia terbentuk melalui DNA yang kita dapat daripada ibu bapa. Keadaan ini samalah penerangan sekiranya mata anak sama dengan ibu ataupun hidung bapa sama dengan anak.

Sekiranya zakar sama keadaan dengan hidung, maka mustahillah sekiranya mahu mengubah panjang zakar dengan pil, krim ataupun mesin vakum. Hidung boleh diubah dengan melalui pembedahan yang sudah tentu haram hukumnya. Namun sekiranya mahu dibedah zakar yang elastik itu, saya tidak fikir itu idea yang bijak.

Daripada menghabiskan duit semata-mata mahu mencari "kebahagian" yang tidak pasti itu, lebih baik mengamalkan cara Nabi membahagiakan isteri-isterinya. Mudah sahaja.
Saharil orang Johor!

20 komen:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Saya kira yang selalu berfikir nak panjangkan anu, juga punya akal yang pendek! Elok usahakan panjangkan akal saja, itu tidak mustahil.

Adlan berkata...

aouch.. sakit skali kalau memotong zakar sendiri.. tak sanggup bro..

bersyukur la dengan apa yang kita ada. yang penting saiz ke tenaga dalam hubungan intim ni?

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Akal orang itu mungkin banyak dan panjang, tetapi sengaja dipendekkan.

Tuan Adlan,
Paling penting kaedah memimpin keluarga. Seks bukan segalanya.

Tanpa Nama berkata...

alamak, rosli dan lebai manan membuatkan penampilan mereka di sini.. hahaha.

teringat kisah pakcik membuat urut batin banyak2 kali. terlalu kerap sampai berdarah2 - dalam tabloid beberapa minggu lepas..

Unknown berkata...

Tuan Saharil,
Minta izin menggunakan ilustrasi itu ya.

Kalau sampai berdarah-darah, punahlah harapan menggunung.

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar.. saudara ni sejak kahwin suka sangat cerita seks. Anu saudara panjang berapa inci....

Unknown berkata...

Tanpa Nama,
Saya juga bercerita berkenaan isu sains dan teknologi yang lain.

Ticer Syah berkata...

apa la si tanpa ni.. tak berani ngata depan-depan.. chicken btoi.. wakakakkaa.. anyway kan anuar.. kalau panjang mana pong.. tapi skill hampeh, tetap tak kemana.. opsss.. larikkk....

Tanpa Nama berkata...

Mama Cute.. apa maksud skil hampeh ni... boleh jelaskan tak?

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya... panjang berapa inci yang baik ah.. dan kalau dah potong macam dalam gambar tu.. tumbuh balik tak macam rambut atau kuku.. best juga kalau tulis kat majalah ni?

Tanpa Nama berkata...

aku nak kongsi satu teori la Encik Anuar, kata orang saiz atau panjang z---r seseorang sama dengan jari telunjuk dia. Benda ni ada tulis kat journal. Betul ke ni?

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar.. bila pula nak posting yang perempuan? Tak adillah kalau lelaki je? Harap dapat posting tentang perempuan pula ye.. ini bagus, dipanggil sains biologi.

Ticer Syah berkata...

aiyoo.. ini tanpa nama terlebe suda.. kuikui.. enta bubuh nama baru leh diskus.. ni stakat blindung di sebalik tanpa nama.. no meaning laaa

Unknown berkata...

Tanpa Nama,
Sila berikan nama sebenar atau nama samaran. Sekiranya tidak, saya akan membuang semua komen anda seperti yang biasa saya lakukan. Maaf.

Puan Mamida,
Berikan air pada yang panas.

Ticer Syah berkata...

buang jangan tak buang... ekkeekekke

bg air mineral avian.. ahaks

Tanpa Nama berkata...

Alah Encik Anuar.. aku bukan orang lain... satu tempat kerja dengan kau.. cuma kau Jabatan Penerbitan, aku Pejabat Ketua Pengarah .. apalah Encik Anuar ni.. Jawablah soalan saya yang 4 tu..

Saya gred 41 Encik Anuar pun sama.. Saya selalu jugak dengar / tengok Encik Anuar buat persembahan Gamelan...

Gamelan tu boleh panjangkan Zakar tak.. bos aku tanya... he..he

Bos aku bos kau juga.. alah.. bos kita..

Tanpa Nama berkata...

sambungan...
Encik Anuar memang gatal sikit.. tak tahulah kenapa ustaz ni lkepas kahwin suka sangat tentang seks ni...
sebab tu aku (kamilah semua) nak tahu sangat pula tentang wanita tu... boleh encik Anuar tampal kat notis bawah tempat punch card kat lif tu... alah.. macam dulu-dulu kulit majalah seks tu.. buatlah selalu dan tampal pula tentang wanita.. biar satu dewan tahu hobi encik anuar tu... Padilah suka ke...

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Assalamualaikum,

Encik Tanpa Nama,
Kalau Encik Tanpa Nama 'Excited' sangat entri ni, jangan la sesatkan orang lain dengan menyamar staf "Pejabat Ketua Pengarah" buat malu kaum je!

Unknown berkata...

Ustaz Azman,
Apa kata kita minta Bhgn. Sistem Maklumat kesan IP Tanpa Nama ini.

hans berkata...

tanpa nama nih entah apa2....
xpaham tul....