Minggu lepas, saya jenuh menyelongkar bilik mencari buku Abdullah Ahmad, Pandangan dari Tudor City, New York untuk refresh semula skil penulisan. Saya suka penulisan Abdullah Ahmad kerana banyak fakta, maklumat, kupasan yang kritis dan cadangan idea yang bernas. Mungkin ketajaman penulisannya itulah menyebabkan beliau "dipecat".

Saya belum siap lagi mengemas bilik ketiga itu. Baru sahaja siap mengecat dengan warna jingga (oren). Kata Dr. Fadzilah Kamsah, warna jingga di bilik belajar terbukti menyebabkan anaknya tekun belajar lama-lama di dalam bilik. Patutlah saya dan Tunang (kini Isteri) seronok sangat berkursus nikah di Masjid Shah Alam kerana bilik kuliah itupun berwarna jingga.

Cadangnya mahu menjadikan bilik ketiga itu sebagai bilik bacaan/tempat menulis. Yang sudah tersedia ada cuma meja menulis dan rak buku kecil. Rak buku lama sudah reput, maka disimpan sahaja di dalam stor. Cadangnya mahu membeli rak buku Ikea pada akhir bulan ini, semasa gaji masuk ataupun dapat bonus. Ahaks! Disebabkan itulah buku-buku disusun bertingkat-tingkat.

Masuk ke bilik itu memang ada zouk (bukan kelab di sebelah KLCC, tetapi ia perkataan bahasa Arab yang bermaksud perasaan seronok). Kalau saya di dalam bilik itu, memang Isteri tidak akan mengganggu. Paling menyeronokkan ialah suasana aroma bau buku!

Kajian membuktikan 43 peratus pelajar universiti menggemari sesebuah buku disebabkan bau yang ada pada buku itu. Sekiranya benar fakta ini, bagaimana sekiranya suatu hari nanti semua buku sudah berubah menjadi bentuk e-buku (e-book)?

Mungkin terpengaruh dengan statistik ini, CaféScribe yang merupakan salah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan e-buku mencipta e-buku yang mempunyai bau buku. Caranya, setiap e-buku yang dimuat turun, pelanggan itu akan dikirimkan pelekat untuk dilekatkan di laptop yang mengandungi bau 'buku lama". Mungkin kaedah ini dapat mempengaruhi psikologi pembaca buku.

Kalau saya datang Borders Times Square, asyik terbau kopi pula.

12 komen:

Ticer Syah berkata...

kami pun suka bau buku. especially buku baru beli.. besnyer bau.. macam hmm.. addicted plak..kkekekekee

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Menghidu bau buku seperti menghidu kad kahwin, kan!

mariahsj berkata...

Selamat membaca dengan haruman buku. Bau buku memang mempunyai keunikannya sendiri. Cuba bau kayu dan bau rumput selepas dipotong ketika musim hujan. Mengingatkan saya yang juga suka bau buku di rumah kayu di kampung. Jika atuk memotong rumput, alangkah nikmatnya bau itu senikmat bau aroma kopi panas di musim hujan.

Unknown berkata...

Kak Zaitun,
Jom baca buku di kampung Kak Tun!

Adlan berkata...

ish3.. bau tu kan ada kimia dia. nanti jangan sampai ketagih bau buku macam mat2 yg hidu gam sudah.. haha

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Rasanya bau ini membuatkan orang ketagih dengan buku.

Ticer Syah berkata...

kad kawin kan ke baru cetak..tu yg bau bes tu...kekekeke

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Antara buku lain yang berbau;
1. Buku Lali
2. Buku Tiga Lima
3. Buku dengan Ruas
4. Buku Lima
5. FAB Buku Biru
6. Sebuku Roti Benggali
7. Buku kaki

p/s : sekadar meluah apa yg terbuku! :)

Tanpa Nama berkata...

hehehe... saya suka catatan ini yg bab "dia dipecat".
Kalau anda mengenal dia, anda akan tahu dia memang patut dipecat... heheheh

Tanpa Nama berkata...

hehehe... saya suka catatan ini yg bab "dia dipecat".
Kalau anda mengenal dia, anda akan tahu dia memang patut dipecat... heheheh

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Kad kahwin saya tiada bau. Hitam putih pula. Tapi ada nilai tersendiri kerana rekaan sendiri.

Tuan Rozlan,
Sebab itu rasanya banyak orang suka baca buku.

Tanpa Nama,
Walaupun komen yang diberikan banyak negatif, sila berikan nama sebenar atau nama samaran. Saya akan buang komen walaupun komen yang diberikan itu positif.

Ticer Syah berkata...

haha... syok baca si RMN punya komen.. btol la.. suma buku yang disenaraikan mmg ada bau jugak..kekeke