Baru tadi membentangkan perancangan Dewan Kosmik (DK) untuk keluaran 2009. Alhamdulillah daripada 12 cadangan yang diberikan, sembilan diterima tanpa sebarang perubahan, satu ditolak, dan dua diubah konsep.

DK 2009 lebih menyentuh kepada isu-isu polemik dan mendekati masyarakat. Agak ralatlah juga apabila isu yang saya rasakan boleh punch terpaksa ditolak, iaitu isu "Apabila Sains Menjadi Agama". Tidak kisahlah dihebahkan isu yang tidak jadi ini. Kalau ada mana-mana pihak penerbit majalah lain berminat dengan isu ini, amatlah dipersilakan.

"Sains menjadi agama" dikenal sebagai Scientology. Saya memperoleh idea ini semasa mengetahui pegangan agama Tom Cruise. Secara ringkas, scientology merupakan agama yang bona fide. Namun ada juga yang menyatakan scientology adalah agama pseudo atau ajaran sesat.
Lambang Scientology

Scientology mungkin tidak jauh bezanya dengan agama "Maradona Hand of God" ataupun Jedi yang terkenal dalam Star Wars.

Walau bagaimanapun, isu ini digantikan dengan isu yang lebih hebat juga. Nantikan isu terbaharu ini nanti. Semasa bos dan Azli mencadangkan isu ini, saya terus sahut, "Saya suka isu ini!"

Terima kasih kepada Tuan Faizal, Puan Mamida, Dato' Adil, Cik Siti, Nik Khartina dan rakan-rakan sepejabat kerana memberikan idea untuk pembaikan DK tahun hadapan.

2 komen:

SITI berkata...

Sama-sama. :)

Erm, saya juga kurang bersetuju dengan tajuk Scientology itu. Ini dewan Kosmik, perlulah sangat sains dan sangat teknologi. Saya harap kamu lebih fokus.

Ini adalah pandangan peribadi saya. No offense. :)

Unknown berkata...

Cik Siti,
Saya sangat teruja dengan isu itu. Namun bos mencadangkan isu itu ditulis dalam bentuk artikel biasa sahaja, bukan fokus.