Jumaat lalu, terbacalah berita berkenaan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar menerima RM 1.2 juta hasil daripada ceramah dan syarahan beliau. Malam itu, semasa Majlis Anugerah Citra Wangsa (saya main gamelan), saya pelik kerana Aznil yang sepatutnya menerima hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa (Televisyen), tidak pula hadir.

Patutlah... Pada masa yang sama beliau turut menerima hadiah di Anugerah Skrin TV3. Eh! Dr. SMS pun menyampaikan hadiah juga pada Anugerah Skrin itu.

Seminggu sebelum hangat isu Dr. SMS menerima bayaran sebanyak itu, di Berita Harian terpapar judul "Ucapan 90 minit Blair RM1.09j".

Pendapatan Blair selepas meninggalkan Downing Street mencecah RM84 juta, sebahagiannya daripada jemputan berceramah. Kata pegawai perhubungan awamnya (PA), “Beliau antara bintang terkemuka di dunia. Siapa lagi yang ada?”

Samalah dengan Dr. SMS, "Siapa lagi angkasawan negara yang ada selain beliau?" Ironinya, kalau menjemput artis untuk menyanyikan sekadar sebuah lagu yang sudah berpuluh kali nyanyi pun paling kurang RM1000 (ada lagikah?).

Jadi apa masalahnya?

5 komen:

Wasunni Al-Kelantani berkata...

tuan annuar,

aku juga mempertikaikan jika benar Dr. SMS ni mengenakan bayaran terhadap segala ceramahnya. Ini kerana duit yg diperuntukkan utk menjadikan beliau 'pelancong angkasa' itu adalah hasil daripada duit rakyat bukan duit dia ataupun mana2 agensi swasta. Jadi, sudah semestinya ilmu yg beliau dapati itu perlulah disebarkan secara percuma terhadap sekalian rakyat Malaysia..bukannya caj apa2 bayaran atau buka pula consultant company...

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Sebenarnya kontrak Dr. SMS dengan MOSTI hanya setahun sahaja. Selepas itu, segala perbelanjaan seharian beliau ditanggung beliau sendiri. Kini MOSTI tidak menanggung beliau apa-apa lagi.

Marliza Radzi berkata...

Itulah! Saya tak nampak langsung masalah dengan jumlah pendapatan dia dari ceramah? Biasalah tu! Tak fahamlah!

Unknown berkata...

Puan Am,
Isu ini dimainkan oleh pembangkang. Maksudnya faham-faham sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

biarlah... dr sms pon nak kawin dgn harlina... ada belanja kawin dia.. apa yang kecoh ni... bua juta sikit je...