Tunang asyik menghitung hari menghadapi hari pernikahan sahaja. Biasanya saya akan membetulkan hari yang dibilangnya. Dia mengira mengikut tarikh Masihi, saya pula mengikut tarikh Hijrah. Kalau ikut tarikh Islam, waktu maghrib sudah dikira hari berikutnya.
Adat. Emak kata akan merebus telur pindang untuk diberikan kepada tetamu. Tidak salah sekiranya disamakan telur pindang dengan telur herba Cina yang biasa dijual di pasar raya (ada dua kedai di Mid Valley). Telur pindang banyak khasiatnya. Tiga hari diperlukan untuk merebus telur itu sehingga menjadi hitam.
Pengalaman semasa walimah Abang, banyak telur yang retak, ada juga yang pecah. Ada orang kata, untuk mengelakkan telur pecah, titiskan beberapa titik CUKA ke dalam periuk rebus. Benarkah?
Telur mempunyai dua bahagian, hujungnya yang agak besar mengandungi sel udara (air cell) yang mengembang apabila telur dipanaskan (sama seperti tayar kereta). Sekiranya pundi udara itu mengembang terlalu cepat, sudah tentu memberikan tekanan pada kulit telur, lalu menyebabkan retak ataupun pecah.
Biasanya ada orang melubangkan sedikit lubang pada sel udara telur itu dengan menggunakan jarum tajam. Lubang ini dapat memberikan sedikit ruang keluar kepada udara tanpa perlu meretakkan kulit telur.
Cuka bukanlah memberikan ketahanan kepada kulit telur, tetapi sebaliknya menjadikan putih telur bergumpal. Sekiranya telur retak, tidak banyak putih telur yang keluar dari kulitnya.
Saya suka telur goreng, tetapi tidak telur rebus. Telur adalah makanan asli paling bagus. Semua vitamin dan zat terkandung dalam telur kecuali vitamin C. Harap-harap berakhirlah "zaman" telur goreng kurang dua minggu ini.

11 komen:
hah nuar,
berakhir zaman telur goreng. gantinya zaman telur apa pula?
saya suka telur pindang.
emmmm... majlis kat kelana jaya tu, ada ke telur pindang?
Tuan Adnan,
Telur apa ya...telur masak lemak kot.haha
Telur pindang di JB sahaja. Jom pi sana!
Nuar,
Kalau nak telur tak pecah, masuk ketika air sejuk lagi. Kalau masuk telur tengah panas atau menggelagak, memang telur akan retak. Satu lagi, api kena perlahan, api yang kuat akan juga menyebabkan telur pecah. Masuk cuka? Baru pertama kali dengar..hmmmm. Untuk telur pendang ok kot...
Apa-apapun, selamat menamatkan zaman bujang.
Puan Zaitun,
Sebab itulah ditulis "Sekiranya pundi udara itu mengembang terlalu cepat". Terima kasih kak Zaitun!
:))
Puan Shahriah,
;)
saya juga suka telo goreng tapi tak suka telo rebus!
orang Johor, mestila beri telo pindang :D
my dad just love telur pindang.. even bila my sis got back from spore.. dia akan suruh my sis cari telur pindang kat mana2 area johor.. kalau p air hitam, telur hitam pasti dicari dulu.. heheh.. anyway, selamat menghadapi hari bahagia.. gud luck to both of u!
Puan Am,
Nanti ada orang pakai "baju biru muda" dtg rumah.
Puan Mama,
Tapi saya pula tidak suka telur rebus. huhu
Hehe, telur pindang boleh dikatakan 'acquired taste'. Ada orang memang tak suka makan telur pindang walaupun dah kahwin dengan orang Johor.
Saya sendiri walau lahir di Pahang, ber'perut Johor' kerana mengikut selera Mak! Telur pindang memang sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Tahniah atas pernikahan yang mendatang!
Tuan Firdaus,
Saya ini pula macam tidak berperut Johor. Laksa Johor pun tidak gemar. Entahlah...
Catat Ulasan