Abraham Lincoln dilantik ke Kongres pada 1846.
John F. Kennedy pula dilantik ke Kongres pada 1946.

Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden pada 1860.
John F. Kennedy pula terpilih sebagai Presiden pada 1960.

Kedua-duanya daripada bidang undang-undang.
Kedua-duanya kematian anak semasa menduduki Rumah Putih.

Kedua-dua Presiden ditembak pada hari Jumaat.
Kedua-dua Presiden ditembak di kepala.

Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha Kennedy pula bernama Lincoln.

Kedua-duanya dibunuh oleh orang Selatan Amerika.
Kedua-duanya digantikan dengan orang Selatan Amerika bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln, dilahirkan pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, dilahirkan pada 1908.

John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , dilahirkan pada 1839.
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, dilahirkan pada 1939.
Kedua-dua pembunuh mempunyai nama yang terdiri daripada tiga perkataan.
Kedua-dua nama pembunuh mempunyai 15 huruf.

Lincoln ditembak semasa teater bertajuk "Ford".
Kennedy pula ditembak di kereta yang dikenal sebagai "Lincoln" buatan "Ford".

Lincoln ditembak di dalam teater, kemudian pembunuh itu lari dan bersembunyi di gudang.
Kennedy pula ditembak dari gudang, kemudian pembunuh itu lari dan bersembunyi di dalam teater.

Booth dan Oswald dibunuh sebelum sempat dibicarakan.

Seminggu sebelum pembunuhan Lincoln, dia berada di Monroe, Maryland.
Seminggu sebelum pembunuhan Kennedy, dia berada bersama-sama Marilyn Monroe.

Ada kaitan sains di sebalik semua kebetulan ini. Saharil Hasrin Sanin menulisnya dalam Dewan Kosmik keluaran Jun 2008 halaman 34-35 berjudul Sains di Sebalik Kebetulan.

12 komen:

Tanpa Nama berkata...

wah, hebatnya..subhanallah..

suratan atau kebetulan?

kena beli dewan kosmik..nak baca..

nadmin

Anuar Manshor berkata...

Tuan NAdmin,
Aku suka sebutan Subhanallah itu. Allah jua penentu segalanya.

S.YanaZ berkata...

Nuar,
terima kasih; kad 'misteri' yg comel sudah diterima.

Pernah baca ttg kebetulan ini tetapi lupa di mana.

Anuar Manshor berkata...

Puan Shahriah,
Jemputlah hadir ya!

Usratika berkata...

salam

Encik Anuar..Alamak,aku tak baca lagi Dewan Kosmik..hehehe..kejap lagi aku pergi cari...

Apa cerita pasal bulan kemerdekaan kita?Cerita '2'(mahkamah dan pilihanraya) perkara sudah menenggelami bulan kemerdekaan kita ni.Apa komen DBP ek?

salam bulan kemerdekaan.

malie

Anuar Manshor berkata...

Tuan Malie,
Kalau nak percuma, kau kenalah dtg tingkat 20 DBP.
Kau tunggulah aku jadi ketua pengarah, nanti aku komen ya. hehe

ZulDeanz berkata...

apa pasal aku masih lom dapat kad misteri macam cikgu s.yanaz?... bulan ini musim editor DBP khawin tapi aku satu pun lom dapat kad misteri!!

AM berkata...

wow. kebetulan-kebetulan yang sungguh menarik.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Zul,
Insya-Allah akan menyusul.

Puan Am,
Saya pun tertarik.

Tanpa Nama berkata...

Komen ringkas...maaf kalau terover..

Dalam dunia nii tiada yang kebetulan, pada manusia sahaja yang menilainya secara kebetulan kerana pencapaian pengetahuan manusia yang terbatas.

Maksud saya ialah setiap yang berjalan atau yang tak berjalan di dunia ni adalah atas kehendak Tuhan. ( Kita belajar tauhid semua kaann... ).

Yang nampak atau tak nampak. Semuanya dibawah percaturan yang Maha Agong, Perkasa Lagi Esa.

Orang yang tajam mata hati sahaja yang dapat menilai dengan sebaiknya apa yang tersurat dan tersirat.

Nak mengetahui dan memahami perkara-perkara tersurat dan tersirat nii... kena lah ikut syarat macam Allah Ta'ala sebut ( Firman ) dalam Al-Qur'an :
"Wattaqullaha wayua`limukumullahu"

Maksudnya: "Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu." (Al Baqarah:282)

Itu kisah orang kafir. Keruntuhan dan kejatuhan sistem mereka pun adalah di kehendaki Tuhan , hanya masanya saja yang belum terjadi. Tapi gambarannya sudah terbukti. Selain sistem demokrasi mereka yang sudah dirosakkan oleh mereka sendiri, sistem hidup mereka juga sedang dihancurkan Tuhan dengan berbagai-bagai malapetaka.

Tepat sekali Sabda Nabi : " Akhir zaman nanti Islam akan bangkit di sebelah timur...".

Apa yang berlaku bukan lagi kebetulan tapi adalah kehendak Tuhan. Wallahu'alam.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Tanpa Nama,
Oleh kerana itulah Allah menyarankan supaya manusia mengkaji segala isi kandungan al-Quran. Caranya dengan penyelidikan sains.

"Orang belum Islam" tidak akan menerima Islam kalau tidak diberikan kehebatan Islam secara saintifik.

Tanpa Nama berkata...

Betul lah tu kata Tuan Anuar,

Kalau untuk orang bukan Islam atau yang tak faham Islam, elok lah dengan pendekatan begitu.