Saya menghabiskan masa cuti sempena Hari Pekerja (dulu Hari Buruh) dengan beratur membeli tiket wayang (The Kite Runner). Pelik. Rata-rata yang menonton filem itu adalah orang tua. Tambah pelik lagi kerana ada dua pawagam sahaja yang menayangkan filem itu di Malaysia.
Filem ini salah satu lagi hasil daripada adaptasi buku yang ditulis oleh Khaled Hosseini, warga Afghanistan yang tinggal di Amerika, juga pengarang novel A Thousand Splendid Suns. Beliau baru menerbitkan dua novel, tetapi karyanya sudah diangkat menjadi filem.
Filem yang diterbitkan oleh DreamWorks dan diarahkan oleh Marc Forster sudah tentu banyak propaganda yang mengarut. Abaikan adegan liwat, minum arak, main daun terup dan keganasan Taliban (termasuk hukuman rejam bagi penzina). Mungkin ia realiti kehidupan di Afghanistan, tetapi paparan buruk berkenaan orang Afghan cukup meluatkan penonton.
Filem ini mengingatkan saya pada filem Iran, Children of Heaven, yang menggambarkan pengorbahan abang kepada adiknya. Namun filem The Kite Runner adalah kisah pengorbanan seorang sahabat kepada sahabatnya. Pengorbanan melampau Hassan kepada Amir menyebabkan hampir satu pawagam terharu (terdengar juga sedu sedan). Namun tidak semua pengorbanan itu dibalas dengan kebaikan. Amir yang merupakan majikan Hassan tidak mengetahui Hassan adalah saudara kandungnya (hasil hubungan sulit luar nikah bapanya) sehingga sanggup memfitnah Hassan.
Saya tidak nampak adegan dakwah dalam filem ini, walaupun ada beberapa babak ibadat yang dipaparkan. Yang saya faham, banyak digambarkan secara tersirat keburukan peribadi seorang Muslim. Tidak cukup sekiranya filem ini dijadikan sebagai "peluru serangan balas" kepada filem Fitna. Namun sewajarnya filem ini diusahakan oleh penerbit filem Malaysia. Indonesia sudah ada Ayat-ayat Cinta dan Kun Fayakuun, Malaysia tidak seharusnya berbangga dengan Syukur 21 yang gagal itu.
10 komen:
kebanyakan reviu yang saya baca menyatakan bahawa peminat versi buku akan hampa dengan versi filem. benarkah?
nota: sememangnya ia bukanlah cerita berunsur dakwah.
Am,
Bergantung pada persepsi masing-masing bukan?
Erm, aku nonton Kite Runner di DVD, awal tahun ini. Tatau pun filem ni akan masuk panggung.
Rumusan setelah menonton filem in:
1.Saya memberi kredit kpd diri sy kerana memaksa anda utk menonton filem ini,haha!
2.Ini adalah filem yg patut ditonton dari sudut kemanusiaan/humanity berdasarkan kpd ketaatan membabi-buta manusia terhadap manusia.Isu persahabatan terlalu dipropagandakan sehingga terdetik rasa meluat dan betapa saya benci pada sifat 'bendul' yg ada pada watak Hassan.
3.Saya menangis bukan kerana sedih melihat kezaliman atau ketidak-adilan dalam filem ini tetapi sedih melihat masih wujud lagi manusia seperti Hassan..
Sinaganaga,
DVD halalkah?
Fadhilah,
Yang benar selalu betul.
itulah bertanya pendapat anda
Nuar,
DVD pirate yang original-lah! Mana mampu nak beli yang tulen - beras 5 kilo dah RM13.00, Dunhill 14 dah RM5.90, teh tarik RM0.90 - gaji kat Syarikat D ciput mcm tu gak laa... HA HA.
Am,
Kadang-kadang orang lebih rasa hebat apabila membaca buku, tetapi hampa dengan jalan cerita yang tidak selari dengan buku asal.
Jarang pula orang hampa dengan buku yang diadaptasikan daripada filem seperti filem Cathch Me if You can.
Sinaganaga,
Nasib baik bukan versi download dari Anas. hehe
Catat Ulasan