Malam Jumaat, saya ke Hotel One World, Damansara bagi menghadiri Majlis Anugerah Malaysian Press Institute (MPI). Azli (Dewan Ekonomi), Aninah dan Suria (Dewan Masyarakat) menjadi calon akhir hadiah kategori masing-masing.
Esoknya, pagi-pagi lagi sudah tercongok di Stadium Putra, Bukit Jalil kerana menjadi wakil DBP untuk Perhimpunan Hari Pekerja 2008.

Petangnya saya ke Temerloh, Pahang bagi menghadiri majlis perkahwinan Suhada (junior gamelan). Malamnya saya sudah berada di Johor juga kerana majlis perkahwinan anak Pak Long.

Ke Hotel One World, saya dapat bertemu dengan semua wakil media yang ada di Malaysia. Sekurang-kurangnya saya terserempak dengan rakan-rakan di UIA, Dayne Azmin di Utusan Malaysia dan Nizam di Sinar Harian. Walaupun Azli, Aninah dan Suria tidak memenangi sebarang hadiah, pencalonan nama mereka sudah membuatkan saya cemburu. Harap-harap MPI dapat membuka kategori sains pada tahun hadapan.
Tahun lepas saya menyertai juga Perhimpunan Hari Pekerja. Itupun kerana mahu mendengar sama ada Pak Lah akan mengumumkan kenaikan gaji ataupun sebaliknya. Syukur kerana Pak Lah mengumumkannya tidak lama selepas itu. Pada tahun ini, saya secara sukarela pergi walaupun tidak mendapat honorarium RM 2000 kerana mahu mendapat baju korporat percuma! haha!

Majlis walimah hukumnya wajib hadir sekiranya mendapat jemputan. Bulan Mei ini, setiap minggu ada sahaja jemputan. Ikut rasa hati, mahu sahaja pergi semua tempat, tetapi "benda alah" dalam dompet kena ambil kira juga. Bukannya dekat-dekat, selepas ini ke Ipoh, Johor Bahru, Kluang, dan terakhir Kuala Terengganu. Sedih pula kalau tidak pergi, semuanya teman rapat.

6 komen:

Wasunni Al-Kelantani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wasunni Al-Kelantani berkata...

Lama tak jumpa si Dayne Azmin Mamat Australia tu..hehe..dia dah kawin ke belum?dia jadi wartawan ke di Utusan? Pls send my Salam kalau jumpa dia lagi..tq

Unknown berkata...

Saleh,
Ya Dayne di Utusan sekarang ini. Wartawan ala-ala Karam Singh (kolum tempat orang mengadu). Insya-Allah aku sampaikan salam kepada dia.

Wasunni Al-Kelantani berkata...

senang la nanti kita nak mgadu kalau ada apa-apa ketidakpuasan hati..nanti minta dia masuk kerja di mana-mana stesen TV pulak..ganti karam singh walia..hehe...

Unknown berkata...

Saleh,
Entah-entah nanti jadi model pula!haha

azlishukri berkata...

aku sebenarnya tak berapa minat untuk masuk menyertai MPI...kerana itu bukanlah yang aku kejar dalam apa-apa yang aku sertai..sekadar memeriahkan pertandingan itu. ada baik juga kita tidak menang, takut timbul fitnah dan kata mengata di belakang...