Pada pukul 3 petang, dengan penuh selamba saya mengisi kad kebenaran keluar pejabat untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sengaja menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi, tetapi bukan untuk peribadi sangat pun. Membeli buku untuk pembangunan diri, seterusnya untuk kemajuan organisasi. Betulkah?
Sebenarnya saya sudah menetapkan buku-buku yang akan dibeli di gerai-gerai yang terpilih, yang diyakini tidak akan memberikan diskaun tinggi di kedai-kedai buku antaranya ITNM, UKSB dan Ameen.
Terserempak dengan Faisal Tehrani di gerai Ameen, "Hai, keluar waktu pejabat nampaknya." Dengan penuh selamba pun saya menjawab, "Bos pun ada di sini." Saya membeli tiga bukunya, Karbala, Surat-surat Perempuan Johor dan Detektif Indigo Kembali. Sebenarnya malu hendak membeli Surat-surat Perempuan Johor kerana agak lambat mendapatkan buku itu. "Tolong minta autograf penulisnya ya," permintaan saya kepada jurujual di hadapan Faisal.
Lalu di gerai DBP/DAWAMA. Lesu sahaja tanpa ada promoter yang memujuk pengunjung masuk ke dalam gerai. Cuma maskot sahaja yang berjoget-joget di pintu masuk gerai memujuk orang melihat buku-buku ilmiah. Majalah-majalah DBP pula seperti batu nisan terpacak di atas bukit. Kasihan majalahku.
ITNM pada kali ini banyak menerbitkan buku terjemahan. Terkejut apabila mengetahui Encik Khir Ngadiron, timbalan dekan semasa saya di Matrikulasi UIA dahulu kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif ITNM. Teringat kata-katanya, "Lain kali kalau kau hendak buat "jahat", pandai-pandailah cari jalan," semasa saya aktif PKPIM.
Sebenarnya pesta buku pada kali ini mencatat sejarah dengan bertambahnya bilangan gerai. Namun yang dilihat bukanlah bertambahnya bilangan penerbit. Cuma penerbit seperti Karangkraf, Grolier, Karisma dan lain-lain "memecahkan" gerai-gerai mereka. Gerai Karangkraf ada di ruang legar PWTC, dan ada juga di dalam Dewan 1.
Saya sekadar membeli tujuh buku. Yang seronok dapat jumpa kawan-kawan di PTS dan rakan-rakan di UIA.
Sabtu ini, pukul 4 petang ada aktiviti majalah DBP di Pentas Utama, Tun Razak 2. Saya pula berada di Kompleks Pertama, menghadiri kursus perkahwinan. hehe

3 komen:
kalau tak keberatan, boleh berkongsi buku apa saudara beli di Pesta Buku..
hehe!!saja nak menyibuk!!
Majalah-majalah DBP pula seperti batu nisan terpacak di atas bukit?
Perbezaan diantara kegagalan dan kejayaan hanya dua perkara iaitu membuat keputusan yang hampir tepat dengan keputusan yang tepat..
Faizal,
Saya cuma membeli buku dari ITNM, Utusan dan Ameen sahaja. Yang lain-lain, saya rasa boleh dapat di kedai-kedai buku. Poket nipislah.
Uncle,
Tanah yang ada batu nisan, tidak ada orang berani mengganggunya. Orang tidak mempedulikannya sahaja.
Catat Ulasan