Warna mengubah mood kita. Ia juga banyak mempengaruhi pemandangan kita, meluaskan ruang, menutup segala cela, membangkitkan rasa nyaman dan keselesaaan.

Warna adalah cara yang paling cepat dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif dan imaginasi baharu. Warna juga adalah salah satu punca inspirasi paling berharga yang mudah didapati.

Sabtu, saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Sekadar berjalan-jalan melihat kelakuan pengunjung sahaja. Terlalu padat dengan manusia sehingga "malas" membeli buku.

Ahad, kesempatan bercuti pada hujung minggu dimanfaatkan dengan mengecat rumah (ruang tamu).
Warna ungu: Warna kegemaran tunang saya disapukan pada dinding tumpu (feature wall).
Warna kuning: Warna kegemaran saya disapukan pada dinding lain.

Walaupun warna ungu sangat jarang ditemui di muka bumi ini, ia melambangkan spiritual, misteri, kebangsawanan, transformasi, kekasaran, keangkuhan yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.


Ada orang menyatakan warna kuning adalah warna keramat agama Hindu, tetapi warna ini diiktiraf sebagai warna diraja Malaysia yang melambangkan kegembiraan, keseronokan dan kesucian. Ia juga menonjolkan kehangatan, inspirasi dan daya hidup. Kuning juga signifikan dengan komunikasi, kesedaran dan cahaya.

Johann Wolfgang von Goethe dalam teori warnanya, Effect of Colour With Reference to Moral Associations menyatakan warna-warna bukan sahaja memberikan kesan kepada minda, malah bertindak menghasilkan “sistem” di dalam organ badan.

Pakar psikologi Switzerland, Max Lusher menyatakan minat pada sesuatu warna dapat menggambarkan peribadi personaliti diri seseorang.

8 komen:

Tanpa Nama berkata...

awak!!!!cantiknyer!!!i like it soo much!effect terasa bila dah buka lampu kecik tu!tepuk penghargaan!pap!pap!pap!Time kasih for decorating the wall dear!wahai dinding-dinding..nantikan kemunculanku 17/8/08 ni yer!ngehehe!

Unknown berkata...

Fadhilah,
Awak bercakap dengan dinding ke?hehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

yer!bercakap dgn dinding supaya warnanya kekal lama dan tak 'luntur'!

ZulDeanz berkata...

sungguh mendalam maksud "Warna Penyeri Syurgaku"

Unknown berkata...

Zuldean,
Cuma belum ada bidadari lagi sahaja;)

Uncleseekers berkata...

cun!
kalau letak sejambak bunga dalam pasu dihujung sudut ruang,lagi ganas bro...

Unknown berkata...

Uncle,
Baru cat sahaja. Belum menghias lagi.