Sepanjang saya mengendalikan majalah Dewan Kosmik, saya belum berpuas hati dengan setiap fiksyen sains yang diterbitkan. Sejujurnya, semua fiksyen sains yang diterbitkan adalah "tangkap muat" kerana tiada stok ataupun mengejar deadline.

Ada juga karya fiksyen sains yang dikirimkan oleh peserta Minggu Penulisan Remaja (MPR), tetapi mereka mengecilkan konsep fiksyen sains itu sendiri. Hampir keseluruhan fiksyen sains yang mereka hasilkan berkisarkan angkasa lepas, cakerawala, senjata, peperangan, imaginasi melampau dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya memuji hasil karya Heo Chong Chin yang akan diterbitkan dalam Dewan Kosmik keluaran Mei 2008. Lee Sai Fa, Editor Jurnal Malay Literature dan Jurnal Bahasa turut memuji dan tergelak sesudah membaca cerpen ini. Armin Azhari Saleh, Editor Pelita Bahasa pula mencadangkan supaya cerpen ini dijadikan contoh untuk sebarang penerangan berkenaan fiksyen sains.

Seorang polis sedang menyiasat kes kematian. Saksi utama dalam kisah ini adalah lalat betina. Soal jawab antara polis dan lalat ini amat melucukan. Lalat menyatakan mayat itu tidak dibunuh di kawasan itu kerana ada larva spesies lalat kampung di tubuh mayat itu. Polis juga memperoleh maklumat bahawa orang itu dibunuh dengan menggunakan racun kerana lalat turut mati selepas hinggap dan bertelur di mayat itu.

Sebahagian daripada cerpen itu, sila klik paparan di bawah ini untuk mendapat imej lebih besar. Silalah beli Dewan Kosmik keluaran Mei 2008 untuk bacaan selanjutnya;)

9 komen:

Dr Azwan berkata...

Saudara Anuar, Salam perkenalan dari saya. Terima kasih di atas lawatan ke blog saya. Ibu saya pernah bekerja di DBP selama 25 tahun sebagai kerani. Sekarang dia sudah pun bersara. Saya sendiri terasa ingin memartabatkan bahasa Malaysia di dalam arus ilmu perubatan yang rata-ratanya di dalam bahasa Inggeris. Salam.

Nazmi Yaakub berkata...

bagus cerpen itu, keluar dari kepompong sains fiksyen.

mesti penulis cerpen tu penggemar drama bersiri csi :)

Anuar Manshor berkata...

Dr. Azwan,
Saya perlu membaca blog Dr. bagi menambahkan pengetahuan saya berkenaan perubatan. Terima kasih.

Nazmi,
Bila pula giliran saudara?

najibah berkata...

Anuar, terima kasih add-kan sy di Facebook. Bila baca entri ini, terfikir saya agaknya untuk ruangan Teknologi Maklumat... artikelnya 'tangkap muat' juga? Just curious... rasa sangsi dgn mutu sendiri sekarang....

Anuar Manshor berkata...

Najibah,
Saya pun baru belajar menggunakan Facebook. Nasib baik artikel puan bukan tergolong dalam kumpulan "tangkap muat". hehe

Blog Rasmi Motivasi Minda berkata...

"tangkap muat"

Tuan nanti para penulis cereka sains fiksyen pernah menghantar ke Dewan Kosmik kecil hati membaca kenyataan tuan ini.

haaa

Anuar Manshor berkata...

Zamri,
Seorang tokoh UMNO Johor kata, "Saya tidak sayangkan Pak Lah, tetapi saya sayangkan UMNO." Pak Lah mesti kecil hati.

azah nahfuzah berkata...

Salam saudara anuar, boleh tak kalau perincikan lagi cerpen genre fiksyen sains..:)

terima kasih..

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ