"Saya tak boleh pergi lagi kerana terlalu sedih ia dipindahkan ke tingkat bawah, yang lebih kecil," jelas Datin Rashidah Mohd. Dahan, isteri Pak Samad, semasa bersama-sama bos saya, Encik Mohd Khair Ngadiron, menemui mereka di Kinokuniya pada 27 Februari 2012.

"Mengapa ia dipindahkan di tempat yang lebih kecil ini? Saya hidup membesar bersama-sama kedai buku yang besar, di atas itu!" keluh seorang pemuda berbangsa Cina (dalam bahasa Inggeris) kepada pegawai yang sedang bertugas di situ. Kebetulan saya berada tidak jauh dari situ dan memasang telinga perbualan mereka.

Memang wajar Datin Rashidah dan pemuda Cina itu berasa kecewa dan sedih melihat kedai buku yang boleh dikatakan terbesar di Malaysia - yang sudah lama tersergam di gedung Mid Valley "transformasi" kepada yang lebih kecil.

Kenangan... Semasa buku Menakhoda Zaman menjadi windows display di pintu masuk MPH Mid Valley.

Dulunya, saya tidak ambil endah sangat apabila kedai buku MPH di Plaza Angsana dan Times di City Square (kedua-duanya di Johor Bahru) tutup. Saya beranggapan mungkin orang Johor lebih gemar membeli buku di Badan Cemerlang (di Plaza Angsana) atau di Johor Central Store (di Plaza Kotaraya). Mungkin juga orang Johor suka menyeberangi tambak untuk membeli buku di Singapura.

Namun apabila Times dua kali tutup di KLCC, Borders semakin mengecil di Berjaya Times Square, dan kini MPH di Mid Valley pun dikecilkan, rasanya kata Encik Khair yang baru pulang dari Amerika Syarikat, "Tidak ada lagi kedai buku di San Francisco, di Washington pula kedai buku banyak yang ditutup," sudah melanda kesannya di Malaysia.

Di sana, mungkin e-buku menjadi faktor penutupan banyak kedai buku. Di sini, saya berbesar hati jika perkara itu juga menjadi penyebabnya. Cumanya saya belum nampak fenomena membaca e-buku berkembang baik di sini.

2 komen:

Ticer Syah berkata...

mmg tak bes la kalau kedai buku saiznye mengecil, rasa mcm tak bebas nak pilih buku, lepas tu berlaga punggung dengan customer lain.. hehu. km suka kalau pergi ke gurney plaza (kot) punye MPH.. besar, ada ruang boleh baca.. nak duduk atas lantai pon selesa.. hehe. kalau popular alor setar.. mak aih..smpit, berlaga punggung selalu.. tensi

Lavanduleae berkata...

Saya telah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke Mid Valley. Baru2 ini (disember 2016), saya teringat kepada MPH di MId Valley. Kedai bukunya yang luas, tenang, indah, dan selesa, membuatkan saya berkobar2 ingin ke MPH Mid Valley. Terkenang beli buku2, merchandises, dan cd2 kat situ. Tidak dilupakan pernah menang MPH contest, dan menang cd Sting. Bila sajer menjejak kaki semula ke mid valley, alangkah TERPERANJATNYA saya apabila kedai yang ingin sangat dilawati itu telah MENGECIL dan terperosok di hujung mall di tingkat bawah sekali (sama aras dgn nandos dan kenny rogers). Sedihnya tak terkata. Kalaulah ada sesiapa yang menyimpan gambar MPH Mid Valley yang asal, boleh la share2 kat sini utk tatapan memori kita bersama. Terima kasih.