Saya belum lagi menunaikan fardu haji. Di entri ini, insya-Allah saya dan isteri akan ke sana selewat-lewatnya pada tahun 2026.

Di dalam Dewan Kosmik terkini ini, saya menulis ruangan fokus dengan judul "Rahsia Sains Haji".

Antara isi kandungannya... "... saintis mengenal pasti sekiranya tidak ada “kuasa” putaran (tawaf) yang berlaku di Kaabah yang menstabilkan tenaga, mereka meramalkan dunia ini akan “berakhir” atau lebih tepat maksudnya, KIAMAT!"

Seronok mendapat tahu saudara-mara, mak saudara, dan pak saudara dapat menunaikan haji pada tahun ini. Kasihan melihat ada pakcik makcik yang terkandas dek kerana ditipu pakej.

Sebab itulah saya menulis... "Melaksanakan ibadah yang merupakan Rukun Islam kelima ini adalah perbuatan yang amat dirindukan oleh semua umat Islam, malah ada yang sanggup mengorbankan segala harta benda semata-mata mahu ke Tanah Suci itu."

4 komen:

DeMonG berkata...

kalau ada rezeki lebih,ingin rasa menunaikan umrah thun hadapan..harap2 la dberikan kesihatan n dmurahkan rezeki..

Unknown berkata...

Cik Marlina (bila Puan?)
Maka perlulah berazam menyimpan mulai kini. Bonus 4 bulan itu jangan digunakan! hehe.

hans berkata...

insyaallah kalau diizinkan Allah

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

sudah beli...dan sedang membacanya