Pada kesempatan cuti pada Jumaat lalu untuk menghantar emak dan abah pulang ke Kota Tinggi, saya dan isteri mengambil peluang mendaftar untuk menunaikan fardu haji di Tabung Haji Cawangan Kota Tinggi. Tidak terlalu ramai orang berurusan di situ.

Alhamdulillah, duit yang disimpan mencukupi untuk pendaftaran tersebut.

Namun kami hanya mampu tersenyum melihat tarikh yang membolehkan pergi ke sana adalah pada 2026! 17 tahun daripada sekarang.

Kata pegawai Tabung Haji tersebut, tambang terkini ke sana adalah RM9+++.++. Sekiranya sudah mencukupi, boleh sahaja membuat permohonan untuk dipercepatkan.

Semoga Allah permudah doa dan hajat kami menunaikan ibadah Rukun Islam kelima dalam usia muda.

7 komen:

.: mama cute :. berkata...

tahniah..pegi muda2.. senang sket.. kurang sakit pening and badan kuat lagi.. hehe.. kami blom mendaftar lagi.. 17thn lagi.. anak dah form 5 dah tuu...hehehe

Closeup berkata...

insyallah korang dapat pegi earlier than 2026...
kenape 2026. lamenye... is it because the list is long?

Alamanda berkata...

Syabas, muda-muda lagi dah pasang niat untuk ke Tanah Suci. Yang penting ada niat, Tuhan akan menentukan bilakah kita harus menjadi tetamu-Nya.

Anuar Manshor berkata...

Puan Syahidah,
Belum pergi lagi. Baru merancang untuk menunaikannya. Hah daftarlah segera. Duit di bank banyak itu!

Umi,
Rasanya. Tapi boleh diawalkan kalau sudah cukup segala persiapan.

Alamanda,
Insya-Allah.

myadlan berkata...

nmpknya sama la jugak saya pun. baru register bln lepas. 2026 tapi arap dapat kumpul duit cukup. bleh pergi awal dgn parents!

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adlan,
Secara jujurnya, saya terkesan selepas membaca blog saudara. Semoga artikel saudara bermanfaat kepada orang lain selain saya. Terima kasih.

Marliza Radzi berkata...

alhamdulillah!