INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

dengan penuh takzim
mengundang dan mempersilakan tuan/puan ke

Majlis Penghargaan
“MENJELANG 75 TAHUN A. SAMAD SAID”
dan Pelancaran Buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan majlis penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” bagi mengenang dan menghargai karya serta sumbangan Sasterawan Negara Keempat (1986) ini membangunkan bidang sastera kebangsaan, selain bertujuan meraikan menjelangnya 75 tahun usia beliau pada 9 April 2010.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

8 Ogos 2009 (Sabtu)
8.00 Malam – 11.00 Malam
Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Tuan/puan dipersilakan hadir ke majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“Pilihan Anda Untuk Terjemahan Berkualiti”

2 komen:

madoka miyajima berkata...

Salam,

Anuar, bagaimana cara untuk dapatkan buku ni?

Anuar Manshor berkata...

Madoka miyajima,
Boleh dapatkan di beberapa kedai buku (seperti di MPH Mid Valley). Boleh juga singgah ke pejabat ITNM untuk membeli buku lain sekali.