Saya pengguna setia yang setiap hari melalui Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Cheras untuk ke pejabat. MRR2 adalah salah satu contoh kerja tidak cerdik arkitek/jurutera yang mencipta jalan yang asalnya tiga lorong - berubah menjadi dua lorong. Natijahnya, jalan akan menjadi sesak pada setiap hari walaupun tanpa sebarang kemalangan.

Maka banyaklah pemandu yang bersikap kurang ajar tanpa memberikan isyarat memotong laluan. Saya dengan rasa selamba akan menggelar mereka sebagai "si pemakan babi". Rasanya ada kewajarannya mereka mendapat gelaran itu.

Saya memetik tulisan Faisal Tehrani yang akan mementaskan teater Kopitiam Ghadir di Wisma ITNM bermula 13-16 Ogos ini (tiket RM10). Kopitiam Ghadir tidak ada kena mengena dengan nama Encik Mohd Khair Ngadiron, bos ITNM.

Dalam Ketupat Cinta, Faisal menyatakan, "Binatang seperti kucing, anjing, musang, harimau, burung helang ada lemak yang tidak boleh dihadam manusia. Kalau kita mengambil daging binatang itu, lemak itu berpindah ke badan kita lalu kekal menjadi lemak binatang."

"Sedang kalau haiwan itu seperti kerbau, lembu, kuda, unta, kambing atau arnab mudah dihadam dan diserap tubuh. Dan kalau dimakan dagingnya lemak itu berpindah ke badan kita menjadi ia lemak manusia."

Daging babi termasuk dalam jenis yang pertama. Dalam Ihya Ulumuddin menyatakan bahawa daging anjing dan babi akan membuatkan manusia menurut rohani dan jasmani binatang itu!

Perangai babi suka menyondol tanpa memandang kiri dan kanan. Maka pemandu yang suka menyondol memotong laluan tanpa memberikan isyarat apatah lagi melambai tangan sebagai tanda terima kasih adalah tidak ubah seperti babi.

Sedang memakan nasi lemak adalah 10 makanan "wajib" rakyat Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam NST beberapa hari lalu, antara masakan Melayu yang terbaik. Lengkap dengan masam, manis, pedas dan lemaknya.

Masam merupakan lambang kurang, manis itu lambang lebih - maka seimbanglah antara masam dan manis. Manakala pedas itu adalah lambang ketegasan, maka lemaknya merupakan unsur kepada tolak ansur.

Nasi lemak tetap halal, kecuali ada orang yang menambah kepingan daging babi menggantikan paru. Nasi lemak kini dimakan oleh 1Malaysia, tidak perlu slogan, tidak perlu lagu (seperti yang Hot FM lakukan), tidak perlu kempen, tidak perlu iklan satu halaman di akhbar. Dengan makan nasi lemak sahaja, 1Malaysia boleh duduk semeja.

Indah sungguh falsafah penciptaan nasi lemak.

13 komen:

Tanpa Nama berkata...

saya pun suka nasi lemak!satu garapan fakta yang sangat menarik!

mnr berkata...

makanan dapat menyatukan 1Malaysia..patut ada org buat kajian ni..

ZulDeanz berkata...

Bila nak belanja nasi lemak?

Unknown berkata...

Isteriku,
Jom kita makan nasi lemak Malinja pula!


Tuan Nadmin,
Itulah hikmah makan berjemaah. Maka banyaklah orang menggalakkan pergi kenduri.

Tuan Zul,
Nasi lemak bucu boleh tak? haha

Deraksi berkata...

sangat suka dengan tulisan Tuan kali ini. Benar, nasi lemak boleh menyatukan 1Malaysia...bukan nasi lemak saja - roti canai pun... dan bola sepak serta badminton juga...

Deraksi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Puan Shida,
Nanti belanja makan ya!

jane berkata...

salam nuar,


yap! saya suka nasik lemak....
setuju juga jika 1malaysia memikirkan nasi lemak....

fusarium solani berkata...

Salam,

Anuar,

Ha!ha! Hilang sabar dibuatnya kita dengan insan yang menukar lorong sesuka hati ini. Itulah sebabnya sampai kini saya lebih suka bermotosikal ke tempat kerja.

Benar, nasi lemak boleh menyatukan rakyat Malaysia sehingga kedai mamak pun menjadikan menu ini sebagai tambahan terhadap menu asal.

Anuar, jangan makan selalu. Takut nanti naik lemak.. ha!ha!

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Cikgu perlu membawa nasi lemak untuk dijamu kepada pelajar! :)

Tuan Fusarium,
Saya pun lebih suka bermotosikal ke pejabat, tetapi kasihan pula isteri.

Selalu juga bersarapan nasi lemak. Syukurlah badan masih lagi ok:)

Adlan berkata...

kalau saya makan nasi lemak dengan minuman bersusu (teh atau nescafe) mesti akan sakit perut. kenapa ya?

FARAHNYEMAHMULYA berkata...

hehehehe

mak saya pun panggil org yang menyondol tak beri signal- babi

adik saya umur 6 tahun akan tnya
"kak, ni babi yang betul ke babi yang orang?"

hahaaah
memandu secara berbahaya tak ubah seperti resam babi menyondol setuju

Nida Shaari berkata...

saya suka nasi lemak lauk paru. Tp untuk menggantikannya dengan kepingan b4bi mungkin tidak. ha ha ha

oh satu lagi sangat rindu nasi lemak malinja.