Saya pernah menjadi editor majalah Dewan Kosmik, majalah yang berteraskan sains dan teknologi. Maka setiap artikel yang diterbitkan perlu mengandungi unsur sains. Walaupun semua perkara adalah sains (bahasa Arab: u'lum), tetapi tidaklah semua perkara dianggap sains. Sangatlah rigid!

Adakah bidang terjemahan dianggap sains? Ada orang terutamanya penterjemah menganggap aktiviti ini sebagai seni, malah ada yang suka mengkategorikan tugasan menterjemah sebagai kerja kemahiran.

Namun mengapa Eugene A. Nida "mensainskan" terjemahan
melalui buku Towards A Science of Translating?

Di dalam bukunya, Nida menyatakan, “The polyglot empire of ancient Babylon, with its hard-working core of multilingual scribes sending out official communications on cuneiform tablets to the far corners of the realm, is a far cry from the electronic equipment used today in simultaneous interpretation at the United Nations in New York.”

Walaupun Nida menyatakan dengan terperinci prosedur kerangka dalam proses penterjemahan, banyak penterjemah tetap berpendapat bahawa aktiviti penterjemahan merupakan kerja-kerja seni. Namun tidak dinafikan penterjemahan tetap memerlukan kreativiti yang tinggi dan gaya penulisan yang baik.

Penterjemah yang
lain pula menyatakan penterjemahan merupakan kerja kemahiran dengan alasan kerana hanya orang yang layak dan berkemahiran sahaja yang mampu mengalih sesuatu bahasa dengan baik.

Setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Apa-apapun, judul buku Nida adalah Towards a Science of Translating, bukannya A Science of Translating mahupun A Science of Translation.

10 komen:

fusarium solani berkata...

Salam,
Saudara Anuar,

Bila tersekat dalam kesesakkan lalu lintas saya selalu berzikir sahaja. Nak marah, mengabehkan boreh ajo kata orang negori. Sabar sahajalah.

Mohd Faizal berkata...

Takrifan sains menurut Prof Shaharir Mohamad Zain ialah : analisis fenomena alam tabii secara sistematik,mantik dan objektif dengan kaedah khusus, untuk mewujudkan penumpuan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Budaya saintifik pula bermaksud perlakuan, kepercayaan, nilai, sikap,tanggapan, amalan dan personaliti yang bersandarkan kepada kaedah pemikiran sains.

Mungkin juga kerja-kerja penterjemahan boleh menggabungkan antara sains dan seni bagi melahirkan karya terjemahan yang menarik.

Tuan Anuar,
Saya berminat untuk mengetahui prosedur dan prasyarat penterjemahan sesebuah karya yg dilakukan di ITNM dan kelayakan penterjemah.

faizal

Cik Lin berkata...

Salam.

It's a bit of everything kot?

Bagi saya, untuk menjadi seorang penterjemah, anda memerlukan kesemuanya. Seni, kemahiran dan menguasai sains penterjemahan itu sendiri (bidang ini sbnrnya amat kompleks, setiap genre memerlukan gaya penterjemahan yg berbeza).

Kalau cuma ada kemahiran, anda bijak menterjemah setiap perkataan, namun penggunaan termanya mungkin tidak sesuai dengan sesuatu genre. Penyesuaian terma itu di bawah bidang sains penterjemahan. Dan kalau tiada seni, hasil penterjemahan anda nampak kaku dan membosankan, terutama untuk artikel genre ringan dan santai, seperti pelancongan.

Unknown berkata...

Tuan Fusarium,
Alhamdulillah. Kini saya lebih suka mendengar IKIM.fm semasa kesesakan. Rasa lebih tenang mendengar bacaan Quran.

Tuan Faizal,
Prof Shaharir khabarnya diberhentikan kontrak di UKM. UMT lebih menghargainya. hmm~~~

Saya pun sedang melihat proses kaitan sains dalam aktiviti penterjemahan. Sekiranya tuan berhajat menjadi penterjemah ITNM, sangatlah dialu-alukan. Marilah hadir kursus terlebih dahulu.

Puan Imm,
Saya setuju menyatakan penterjemahan memerlukan sains, seni, dan kemahiran. Cuma kurang pasti kaitan sains dalam aktiviti itu. Mungkin juga sains itu dari segi penggunaan otak (neuron).

Cik Lin berkata...

Encik Anuar,

Ya, sains penggunaan otak. :)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Salam tuan, jemput ke Malam Puisi Utusan 2009 di Istana Budaya pada 12 Jun nanti.

Terima kasih.

Pok Li berkata...

Saya bersetuju penterjemahan adalah aktiviti seni dan kemahiran, namun kerana ia juga melibatkan komunikasi secara bertulis, penterjemahan memerlukan pemahaman dan penelitian yang mendalam kepada adat dan budaya, agama, seni dan kesusasteraan setiap bangsa yang tidak dapat lari dari ruang lingkup sains.

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Insya-Allah. 14 Jun pun sekali lagi saya di IB.

Pok Li,
Disebabkan itulah hasil terjemahan yang baik biasanya ditangani oleh penterjemah yang mempunyai latar belakang bidang bahan yang diterjemahkan itu.

D'Rimba berkata...

Seni menuntut kemahiran dan kemahiran menuntut kesenian yang tinggi nilai berjatidiri. Jemput hadir ya ke Rumah Pena 5 dan 6 Jun majlis Baca Puisi dan persembahan lagu Mleayu asli daripada kumpulan Dewangga Sakti. Jumpa di sana bertukar pandangan.

Unknown berkata...

Tuan D' Rimba,
Insya-Allah, ada kelapangan akan saya ke sana. Terima kasih atas undangan.