Orang yang merasakan dirinya hebat, biasanya tidak terasa dirinya memerlukan motivasi. Saya pun beranggapan sedemikian sebelum pergi ke kursus motivasi yang diwajibkan oleh ITNM. Saya beranggapan tidak mengabaikan emak dan abah, masih menjalankan tanggungjawab penuh kepada organisasi, tetap teguh mendirikan solat, dan sebagainya.

"Niat Mesti Ikhlas"

Namun hakikatnya motivasi membuka mata saya menyatakan bahawa masih banyak kesilapan yang telah dilakukan. Saya berbuat baik kepada emak dan abah, tetapi adakah ia akan berterusan pada masa mereka tidak sihat atau dalam keuzuran? Saya menjalankan tanggungjawab dan tugas kepada organisasi, tetapi dalam keadaan tidak sedar, banyak benda yang saya "curi tulang". Saya menunaikan solat, tetapi adakah ibadat itu diterima Allah?

Motivasi untuk menjaga telur sehingga ke akhir program.

Kita dan haiwan boleh dikatakan mempunyai motivasi diri yang hampir sama. Cuma bezanya manusia mempunyai peluang dan kemampuan untuk mengembangkan motivasi diri untuk mendapatkan manfaat di dunia ini.

Taubat.

Contohnya, makan. Apabila perut terasa lapar, hati manusia memberikan isyarat ke minda untuk mencetuskan idea ataupun cara mendapatkan makanan. Sekiranya hati yang memandu akal tidak membawa ke arah keburukan, makanan yang haram pun akan dimakan. Namun sekiranya hati yang bersih, penuh dengan motivasi positif memandu akal kepada perkara kebaikan, makanan halal sahaja yang disuap masuk ke mulut.

Setiap manusia akan menghadapinya.

Inilah perbezaan antara motivasi manusia dan haiwan. Haiwan hanya berpeluang mendapatkan makanan yang berada dalam rantaian makanan mereka sahaja. Maksudnya, haiwan tiada pilihan. Motivasi haiwan cuma mendapatkan makanan rutin harian sahaja.


Motivasi mampu membuatkan seorang tua melompat longkang yang besar, motivasi juga boleh menjadikan seorang pekerja melaksanakan tugas yang logiknya dilakukan oleh enam orang, dengan motivasi jugalah dapat membangunkan seseorang bangun pada pukul 4 pagi menunaikan solat tahajud.



Motivasi merupakan anugerah terbesar daripada Allah. Banyak orang yang sanggup menghabiskan duit menuntut motivasi diri daripada Edward D. Bono, Stephen R. Covey, mahupun dari Ary Ginanjar Agustian. Walau sehebat manapun orang yang menyampaikan motivasi, sekiranya hati tidak digerakkan untuk menerima hidayah, tidak akan bermakna juga pelaburan tersebut.


Motivasi yang baik sebenarnya terletak di dalam diri kita sendiri. Kita perlu mengetahui tujuan kehidupan kita. Perkara yang disampaikan oleh motivator adalah platform untuk menggerakkan hati, akal, dan nafsu kita. Mungkin perkara yang disampaikan tidak cocok dengan diri kita. Hal ini kerana kita sendiri yang mengetahui diri kita sendiri.


Memang diri manusia sentiasa perlu dipenuhi dengan motivasi.

3 komen:

Marliza Radzi berkata...

Manusia memang sentiasa perlu diingatkan. Itulah keperluan motivasi.

Kalau pergi kem motivasi, paling tak suka kalau perlu jaga telur. Rasa agitated dan berdebar takut pecah. Apakah kebaikan dari aktiviti jaga telur? Enlighten me please?

Adliff berkata...

Salam,

Anuar,

Saya suka motivasi, namun dari dulu sampai kini khalayak umum sering mengatakan pergi berkursus ini seringkali semangatnya hangat-hangat tahi ayam!

Macam mana tu?

Unknown berkata...

Puan Am,
Ustaz Zawawi mentamsilkan telur itu dengan tanggungjawab tugas. Maksudnya, walau sesukar atau semudah manapun tugas itu, perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Tuan Aliff,
Sebab itu, motivator menyatakan dia sekadar hanya mampu menyampaikan mdul. Keberkesanan tetap bergantung pada diri peserta motivasi.