Pada 17 Jun 2009, sasterawan prolifik muda, Faisal Tehrani tampil meresensikan karyanya di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Antara buku yang diresensikan adalah The Prau With The Silent Soul terbitan ITNM terjemahan Bedar Sukma Bisu.



Kaedah pengedaran buku kini sudah mencapai tahap seperti promosi filem. Saya memetik daripada blog Nazmi berkenaan hal ini.

Selama ini, promosi novel banyak bergantung kepada blurb dan muka depannya. Namun, bagaimana pula untuk novel yang bakal terbit? Selalunya, penulis yang akrab dengan syarikat penerbitannya, boleh membuat salinan fail grafik kulit depan novelnya dan menampalkannya di laman web peribadi.

Rupa-rupanya di Barat, mereka sudah mengadaptasi fungsi treler dalam industri sinema: novel pun ada treler dan gazetnya!

Contoh treler buku di YouTube:



3 komen:

~Imm~ berkata...

ini salah seorang lelaki idaman malaya saya. thanks encik anuar.

seronok dpt cuci mata tengok tuan FT di sini. :)

Anuar Manshor berkata...

Puan Imm,
Membaca karyanya menjadikan kita senantiasa "segar".

yginsaf4 berkata...

treler tewww.. salamms