Saya diajukan pelbagai pertanyaan oleh pelanggan ITNM semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang baru sahaja berlalu. Malah soalan yang sama diberikan kepada pegawai ITNM yang lain. Soalan yang kerap diajukan adalah, "Bagaimana mahu menjadi penterjemah?"
Rata-rata yang bertanyakan soalan ini adalah pelajar yang akan tamat pengajian di universiti, malah ada seorang wanita baru sahaja bankrap perniagaan yang mahu menjadi penterjemah. Daripada maksud pertanyaan mereka, saya dapat mengandaikan profesion penterjemah ini masih lagi dilabelkan sebagai "kelas kedua".
Mujur ada seorang wanita berbangsa Cina yang memang sepenuh hati mahu menjadi penterjemah sepenuh masa. Saya melihat kesungguhan hatinya mahu menjadi penterjemah kerana beliau membelanjakan hampir RM500 membeli buku terbitan ITNM. Beliau menghabiskan masa lebih kurang sejam untuk mengisi borang peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000". Wanita Cina tersebut akan memasuki kursus penterjemahan intensif ITNM dalam masa terdekat ini.
Saya tidak menafikan banyak orang beranggapan bidang penterjemahan bukan merupakan kerjaya yang profesional. Telahan mereka, sesiapa sahaja boleh menjadi penterjemah asalkan mempunyai kemahiran bahasa yang baik. Berbeza dengan bidang guaman dan perakaunan yang memerlukan sijil tauliah bagi membolehkan individu menjalankan praktik sebagai peguam dan akauntan; Certificate In Legal Practice (CLP) untuk peguam, dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk akauntan.
Hakikatnya, terjemahan sebenarnya bidang yang profesional dan dilakukan oleh mereka yang sangat profesional. Contohnya, buku Hikayat Hang Tuah, judul terjemahan The Epic of Hang Tuah (sedang dalam proses penerbitan) diterjemahkan oleh Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh. Begitu juga dengan karya Faisal Tehrani, Bedar Sukma Bisu diterjemahkan oleh Datuk Dr. Zawiyah Baba (mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia) dengan judul The Prau With The Silent Soul.
ITNM sedang berusaha meningkatkan profesionalisme dalam bidang penterjemahan. Antara langkah awal, penterjemah yang berdaftar dengan ITNM perlu mempunyai sijil terjemahan ITNM.
Boleh sahaja buat duit dengan menterjemah.

18 komen:
Alhamdulillah. Saya sendiri akan menyertai kursus terjemahan di ITNM sesi Jun ini. Minat saya pada bidang ini amat berkobar-kobar. Malah saya berhasrat ingin menjadikan ianya satu kerjaya sepenuh masa, insyaAllah. Pada saya title penterjemah amat mengujakan.
Sudah tiba masanya masyarakat melihat bidang ini sebagai pilihan kerjaya yang amat menarik. Sesungguhnya jika rajin, memang boleh buat duit .. dengan banyak! :)
Saya juga berminat membuat terjemahan. Tetapi bayarannya amat menyedihkan.
Tujuh sen satu perkataan untuk upah terjemahan buku teknikal.
Rasanya ITMN memang boleh buat duit dengan cara ini, bukan penterjemah itu.
waa.. macam tingin nak join aje.. kami pon dok wat translation secara part time. memang lemayaaannn.. hehehe..
err.. bila ye nk wat kursus tu.. baper rm plak? nnti habaq mai nooo..
tq
Puan Izinni,
Selamat datang ke dunia penterjemahan:)
Alamanda,
Tujuh sen adalah bayaran terjemahan bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling asas. Berlainan bayarannya untuk bahasa Melayu-bahasa Inggeris, dan bergantung pada jenis terjemahan.
Lebih baik bertanya kepada ITNM sebelum membuat kenyataan;)
Puan Mamida,
Kursus terjemahan RM1200 sahaja. Murah sahaja, bukan? haha
Tuan Anuar,
Janganlah marah, itu maklumat yang saya dapat daripada sumber yang rapat dengan ITMN.
Terima kasih atas penjelasan tuan:
"Tujuh sen adalah bayaran terjemahan bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling asas. Berlainan bayarannya untuk bahasa Melayu-bahasa Inggeris, dan bergantung pada jenis terjemahan."
Jadi memang benarlah ada bayaran semurah itu untuk terjemahan BI - BM, nampaknya BM memang tiada nilai ekonomi di ITMN.
Kini, fahamlah saya kenapa proses pemindahan ilmu daripada bahasa asing ke bahasa Melayu begitu lembap selama ini...
Alamanda,
Sekali lagi sdr membuat kenyataan tanpa merujuk kepada ITNM (bukan ITMN). Setiap bayaran perkhidmatan di mana-mana tempat pun bergantung pada jenis dan kesukarannya. Tidak ada kaitan dengan kelembapan terjemahan. Sedangkan realitinya bayaran terjemahan di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding dengan negara paling rapat, iaitu Indonesia.
Adalah lebih baik sdr mengajukan pertanyaan kepada yang lebih tahu sekiranya "belum" tahu (Quran). Khuatir menjadi bahan "fitnah" pula. Sekadar makluman~~~
kalau begitu saya nak ubah soalan. soalan saya apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penterjemah profesional sejurus menghabiskan pengajian...
lagi soalan. mana lebih puas? membaca buku dalam bahasa asal atau sama sahaja antara bahasa asal atau terjemahan?
mati la 1200..hoho.. leh beli set jati sejibik mehh.. kalau 120 hari ni jugak den daftar..hahah
aha isu harga terjemahan.
pengalaman saya sepanjang bekerja dengan syarikat terjemahan, untuk dokumen teknikal, dari BI > BM, bayaran bos saya terima ialah USD0.15 setiap perkataan. untuk bukan teknikal, USD 0.08 sen setiap perkataan. kalau BM > BI, lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau untuk ekspatriat dari syarikat besar.
memang boleh buat duit. malangnya lepas dapat banyak duit, ramai yang jadi tamak, dan terima kerja sebanyak mungkin dan kemudian upah orang lain untuk terjemahkan. hasilnya terjemahan tidak memuaskan, membuatkan akhirnya harga yang ditawarkan jatuh.
oleh itu, kalau mahu bayaran tinggi, kualiti pun perlu setanding tingginya. dan kerjanya juga penat, sebab klien banyak dari luar negara, dan menuntut kita menghantar kerja mengikut masa di tempat mereka.
sudah hampir 3 bulan berhenti menterjemah. dengar cerita, akibat ekonomi meleset, kerja terjemahan pun tidak serancak mana. beruntung mereka yang berkhidmat dengan ITNM, sekurang-kurangnya tidak terganggu dengan keadaan ekonomi begini.
encik anuar, betul ke penterjemah di ITNM cuma terjemah 1000 perkataan sehari? ini kawan sepejabat lama saya yang bagitau dulu.
Sufi Mustika,
Penterjemah profesional perlu mempunyai sijil terjemahan dan mahir dalam bidang bahan yang diterjemahkan itu.
Kepuasan itu subjektif. Bergantung pada penilaian si pembaca. Orang yang tidak mengerti maksud bahasa Arab, rasanya lebih puas memahami terjemahan ayat al-Quran.
Puan Mamida,
Mahal itupun untuk pelaburan masa hadapan. Manalah tahu selepas pencen boleh jadi penterjemah daripada bangun tidur, makan, jalan-jalan dan tidur semula. haha
Imm,
Saya bersetuju dengan penetapan bayaran terjemahan, iaitu bergantung pada bahan yang diterjemahkan.Kerja terjemahan/industri buku tidak terlalu terjejas dek masalah ekonomi. Saya berkata bukan sahaja dalam aspek ITNM. Berkenaan jumlah perkataan yang diterjemahkan, kami tidak menetapkan polisi sedemikian. Cuma kami menetapkan tarikh untuk menyiapkan terjemahan. Kami berkata tentang penterjemah dalaman ITNM, bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang tidak berhenti bekerja. Kadangkala sehingga ke malam. Bayangkan jumlah perkataan yang diterjemahkan...
bidang terjemah dibawah itnm nih terhad pada bahasa bi, & mandarin saje ke ?
Tuan Naquib,
Untuk makluman, ITNM menterjemahkan semua bahasa di dunia termasuklah bahasa Inggeris dan Mandarin.
oo..sy ni sgt beminat dgn bidang penterjemahan ni..tapi sy tk tahu saluran- nye @ bagaimana nk masuk dlm bidang ni...kalau melalui itnm ni macam mane ye ?..encik boleh tolong explain secara ringkas x ?
Tuan Naquib,
ITNM ada menyediakan kursus penterjemahan bagi mereka yang berminat dalam bidang penterjemahan. Boleh lihat di http://www.itnm.com.my/training untuk senarai kursus ITNM.
sir anuar,
nape kursus bhs itnm lebih kpd english & bhs arab...bhs lain tk disediakan ke ?
macam mane pula kalau sy berminat dgn bhs yg lain contoh seperti bhs korea @ bhs jepun ?
salam encik anuar ,
minta tolong jelaskan halatuju dlam menjadi penterjemah selepas mengahdiri kursus penterjemahan di ITNM.
adakah peserta kursus akan diserap masuk terus di ITNM @ perlu menunggu tawaran kerja penterjemahan di ITNM dahulu kemudian baru mendaftar ?
terima kasih
Assalamualaikum
Nampaknya rate masih tak berubah sehingga kini masih RM1200.. Syabas ITBM kerana menyediakan platform utk rakyat Malaysia maju ke hadapan dalam bidang penterjemahan.. Saya berminat untuk menyertai kursus ini, mungkin pada tahun hadapan, kerana kekangan masa sekarang
Kalau 1200 nampak seperti banyak jumlahnya, anggaplah ini pelaburan jangka panjang, lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu yang tidak dapat diletak nilai kewangannya, bukan seperti barangan nampak (tangible) yang boleh susut nilainya
eh jangan salah faham. saya orang awam yang tiada kaitan dengan ITBM, cuma ingin meninggalkan sedikit coretan buat pembaca lain, paling tidak dapat mencetuskan pemikiran rakyat Malaysia yang sedang membaca :)
Catat Ulasan