Cikgu Aminah bertanya kepada semua kawan-kawan saya di darjah satu, SRK Saint Joseph, "Apakah cita-cita anda?" Cikgu Aminah memang menggunakan bahasa baku dan bahasa Melayu standard semasa mengajar di kelas. Setiap kali isu bahasa baku dibangkitkan, saya mesti teringat Cikgu Aminah.
Cita-cita saya pada masa itu mahu menjadi MISI atau lebih dikenal sebagai jururawat (nurse)! Tiada sesiapapun yang menggelakkan saya pada masa itu. Mungkin kawan-kawan saya pada masa itu mengetahui kerjaya misi juga layak disandang oleh lelaki.
Saya tertarik untuk menjadi misi kerana kerap pergi ke klinik kerajaan di Flat Lumba Kuda. Kini flat itupun sudah tidak wujud lagi semata-mata untuk pembinaan Gerbang Perdana. Itulah flat yang Emak dan Abah duduki pada awal perkahwinan mereka.
Naik ke darjah lima dan enam, saya tertarik mahu menjadi Pegawai Kastam sebagaimana Abah. Terasa mahu menjadi Pegawai Kastam kerana sangatlah suka menaiki bot dan kapal kerajaan berjalan di Pantai Lido (kini Teluk Danga) dan Selat Tebrau (atau lebih tepat Stulang Laut).
Di sekolah menengah, saya dihantar masuk ke sekolah Arab. Saya memang tidak boleh melupakan sindiran pedas jiran, "Masuk sekolah Arab, nanti mahu jadi apa?" Mujur Emak memujuk, "Sabar Angah. Nanti tunjukkan kepada mereka!"
Di UIA pun saya mengambil pengajian Islam (pengkhususan Usul Fiqh, sokongan sains politik). Memang terbayang untuk bekerja sebagai USTAZ sahaja. Itulah jua harapan Emak dan Abah yang menyebabkan saya memohon j-QAF. Alhamdulillah saya berjaya dan ditempatkan untuk mengajar di Ayer Baloi, Pontian, dan berkursus di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI). Walaupun arwah Atuk sebelah Abah bekas guru besar, hakikatnya saya tiada langsung bakat menjadi guru. Daripada tidak ikhlas mengajar, lebih baik jangan menjadi guru.
Yang pasti, sejak keluar dari UIA, saya bertugas di semua industri penerbitan buku/majalah. Sempat sebulan sahaja menganggur. Itupun kerana orang sibuk beraya sebulan lamanya. Kemudian sempat seminggu di Saba Islamic Media sebelum Abang Nazrul menawarkan bertugas di PTS Publications atas cadangan Kak Martinelli.
Setahun di PTS, saya ke DBP sebagai editor majalah Dewan Kosmik selama dua tahun sebelum akhirnya kini saya di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Unit Komunikasi Korporat.
Saya tidak pernah bercita-cita untuk melibatkan diri dalam dunia penerbitan buku/majalah, tetapi alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan melalui kerjaya ini.
Petang ini saya dan Isteri balik ke Johor yang menjadi rutin pada setiap bulan. Setiap bulan jugalah saya timbal balas menghulurkan "duit belanja" kepada Emak dan Abah yang pernah mereka berikan kepada saya sepanjang hidup 23 tahun sebelum bekerja. Saya pernah tidak memberikan duit belanja, dan ternyata duit saya "terputus". Itulah keberkatan memberikan wang belanja kepada ibu bapa. Saya percaya keadaan ini.
1 Mei: Selamat Hari Pekerja:)

5 komen:
dolu2 kami bcita2 nk jadi pramugari..leh naik kapalterbang selalu.. tp sayang tinggi tak cukup.. ditambah plak dengan tak comey.. terus malu nk apply.. wakakakkakaa..
pasai apa jadi cikgu sbb pak kami dulu cikgu.. kuikui.. takde anak2 dia yang ikut jadi cikgu.. kami pilih je la.. ingat senang.. ghupanye.... &^%&^$&(*^*.. hehehe.. sabo je lah..
salam nuar,
saya juga percaya pada wang belanja itu!!!
wang belanja hantar pada parents kah.. betoi tu.. kalau tak bagi, rasanya duit belanja kita lagi tak cukup..
bila kita bg pada parents ni macam duit tu sentiasa cukup.. maybe doa mereka pada kita yang tak putus-putus bila mereka memanjatkan kesyukuran pada yang Esa bahawa anak mereka ni masih ingat pada orang tuanya.. :D
Dulu saya nak jadi lawyer,
sekarang saya jadi loyar buruk!
Puan Mamida,
Sabar~~~Sabar~~~ Tidak lama lagi penuhlah kereta bawa balik bunga nanti (hari guru).
Saya percaya keberkatan rezeki kita antaranya daripada doa ibu bapa:)
Cikgu Jane,
Saya juga percaya pada yang "lima". haha
Fizahanid,
Saya masih keliru. Cik puan ini bertugas di Berita Harian ya? Kerana saya pernah terbaca artikel yang ada byline Hafizah Izahanid.
Catat Ulasan