Hasil daripada tugasan semalam, gambar-gambar yang kami rakamkan di Pekan Kuah memperoleh tempat ketiga.

Ted Adnan suka dengan gambar di bawah:

Hmm penat. Layan air kelapa dululah.

Slurp~~~

Laa rupa-rupanya di tepi longkang!

Saya yang amatur ini merasakan semua gambar ini biasa sahaja. Namun Ted menghuraikan gambar pertama itu mempunyai titik tumpu mata kepada si pemakai baju merah. Latarnya pula hijau sinonim dengan buah kelapa.

Gambar kedua biasa sahaja. Cadangannya, sebaiknya diletakkan dua atau tiga biji kelapa lagi bagi menjadikan gambar tidak klise selain menceritakan "kuatnya minum!"

Ironinya, gambar ketiga yang wide angle membawa mata selari dengan penghadang longkang lurus sehingga ke hulu longkang.

Hadiahnya: coklat dan pen bercap "Langkawi".

4 komen:

Pok Li berkata...

Saya juga tiada ilmu foto. tangkap muat aje

ZulDeanz berkata...

Bole belajar ilmu foto dengan encik Nuar nanti...

Zaid@Zaidel berkata...

Boleh lawan ridhwan Dawama ni hehehehehe....

Unknown berkata...

Tuan Pok Li,
Saya pun baru belajar.

Tuan Zul,
Encik Zul lagilah lama, lagi banyak ilmu foto.

Tuan Zaidel,
Kalau Yaman boleh tak? Haha.