Cuti sekolah sudah bermula. Pelajar sekolah gembira kerana dapat berehat, datuk nenek gembira kerana cucu pulang ke kampung, ibu bapa gembira kerana dapat turut bercuti bersama anak-anak. Orang yang bekerja pun turut gembira kerana jalan raya tidak sesak!

Setiap hari pergi dan balik bekerja tidak sah sekiranya tidak menempuh kesesakan lalu lintas. Bayangkanlah sekiranya:

  • Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Sedangkan waktu bermula bekerja jam 8.30 pagi. Untuk tiba ke pejabat memakan masa lagi 45 minit.
Dalam hati bawa ke mulut sudah menyumpah seranah. Kalau dahulu bolehlah dimaki Tuan Samy Vellu. Sekarang tidak sampai hati pula mahu mencarut kepada Tuan Shaziman. Apa yang diborakkan Faizal dan Farah di corong radio pun langsung tidak menarik. Maka terbayanglah alasan yang mahu dijawab di surat lewat hadir ataupun jawapan bernas kepada bos.

  • Perut sakit atau rasa mahu membuang air kecil.
Peluh menitik berjurai-jurai walaupun penghawa dingin sudah ditolak ke tahap maksimum. Kaki yang dikepit rapat dan tangan pun sudah sejuk. Kata-kata si isteri mahu menenangkan perasaan pun dibalas dengan, "DIAMLAH!" Terbayanglah di fikiran, alangkah indahnya kalau berada sahaja di rumah. Pada masa itu, tandas yang hanyir di stesen minyak pun diibaratkan sama di hotel lima bintang.

  • Janji temu.
Dirasakan boleh tiba di destinasi yang dijanjikan kurang setengah jam. Tiba-tiba berlaku kesesakan yang menyebabkan satu jam pun tidak sempat tiba. Wah orang yang dijanjikan pula sudah telefon bertalu-talu, siap SMS lagi. Kalau kawan tidak mengapa, bagaimana sekiranya orang itu adalah pelanggan (client)?

  • Sekatan jalan polis.
Yang ini memang membuatkan setiap orang marah lagi bengang. Tidak tahulah apa relevannya Tuan Polis mengadakan sekatan di jalan raya yang terkenal dengan kesesakan. Bayangkanlah sekiranya tiga lorong disekat menjadi satu lorong. Apabila tiba giliran kita, tidak pula diperiksa secara rapi. Maki hamun dan segala omelan mulut dihamburkan kepada mereka. Yang ini hanya dilakukan di dalam kereta yang tertutup rapat cerminnya.

  • Kecelakaan.
Juga disebut kemalangan. Sebelum tiba di tempat kejadian, semua di dalam kereta membuat spekulasi. Ada yang kata ianya berlaku kerana sekatan polis. Telahan lain pula seperti lori/kereta rosak. Yang biasanya dipendapatkan kerana kemalangan. Juga tidak kurang yang mengeluh kerana kesesakan ini. Namun sekiranya benar disebabkan kemalangan, si penumpang perempuan pasti terus terdiam. Manakala si penumpang lelaki tentu terus berspekulasi punca berlakunya kemalangan.

Sebenarnya dalam perjalanan ke Shah Alam malam tadi, berlaku kemalangan meragut dua jiwa di Lebuh raya Persekutuan. Nampak dua mayat si penunggang motosikal maut dilanggar kereta. Jelas ia salah penunggang motosikal, kerana tidak menggunakan lorong khas motosikal. Si isteri terus trauma dan terdiam.

Yang penting, seminggu ini rasa sedikit aman dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja. Namun alangkah indahnya sekiranya keadaan ini berterusan...

13 komen:

hans berkata...

assalammualaikum

undi saya dkt www.kuatberlakon.com

click dekat galeri penyertaan

undi mohamad hanis bin ismail

terima kasih sangat-sangat
suruh la adik2 ker kawan - kawan korang undi saya juga yer...
terima kasih sekali lagi

plz vote me yeahhh

Ticer Syah berkata...

uiks.. ada plak enterprem soh undi kat sini.. bio betik.. wakakkakaa...

apa pong.. beshnye cuti skola.. lagi besh kalo cuti tu tak diganggu oleh sesiapa..kekeke.. cth: kursus..kena train budak menari ..huhu..

tak penah aman cuti skola kami setakat ini..hahaha... bebudak aje syok... cikgu.. keje stil on.. kertas peksa bertambun nak kena mark, bukak skola kena anta markah, rekod profil lagi, buku latihan untuk disemak oleh admin lagi..huhu..

seb bek cuti, leh la kasi beres..kalo tak, mau tak titon malam..hehehhe

Ticer Syah berkata...

err...jgn jeles ye kami cuti ni..ekkekeke

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Insya-Allah.

Mamida,
Relakslah cikgu. 'Kan boleh menonton MHI pagi-pagi. Kemudian bukan TV9 tonton Wonderpets! haha. Saya sangatlah suka cuti sekolah ini. Jalan tidak jem! :)

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum sahabat,

Salam ziarah & ukhuwah dengan iringan doa semoga ALLAH melindungimu. Amin!

Layla Haq berkata...

Pagi tadi, saya bagai nak menangis sebab bangun lewat dan mulakan perjalanan pukul 7.15 pagi. Selalunya perjalanan ambil masa hampir 45 minit.

Pagi tadi jalan sangat lengang. Siap telefon bos, tanya hari ni cuti ke tidak. hahahha...

Sampai pejabat 7.45 pagi. Selamat.

hafizahiszahanid berkata...

jumaat lepas saya terperangkap dlm kesesakan keluar dr tol jln duta menuju sg buluh.
dkt sejam menunggu sebelum mengalih jln ke shah alam.
tiba di rumah suami bagi tahu, jam teruk sebab ada penunggang motosikal maut dlm kemalangan jalan raya dkt jejambat sg buluh.
plg sadis, allahyarham adalah jiran kami.

Tanpa Nama berkata...

cuti cuti soklah tewww.. salamm dr me dikejauhannns

Unknown berkata...

Tuan Web Sutera,
Salam tuan. Semoga hidup diberkati.

Puan Bayan,
Dari mana ke mana itu? Syukur tidak "merah" kedatangan itu! haha

Puan Fizahanid,
Innalillah... Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Semoga kemalangan terus berkurangan.

Memang Lumayan,
Salam dari tanah air:)

FirJah berkata...

Sob... sob.... rilek bebanyak... saya pun sedang di alam cuti ni.. hehe..tp ada jer kejanya.. nak marking paper & khamis ni ada kursus plak...
cuti sek best tp best lg sape yang sama2 suami isteri cikgu..dapat cuti secuti-cutinya..tp saya terpaksa menunggu hari hubby amik cuti baru leh balik kg..selebihnya di sini saja...huhu..
utk kamu ..selamat bekerja ya..kalau nak cuti amikla cuti..hihi

Nida Shaari berkata...

Cuti sekolah sangat best. Perjalanan sangat lancar. Saya tak perlu gunakan terowong 'pintar' itu untuk ke pejabat. Jimat belanja tol.

Unknown berkata...

Puan Firjah,
1. Memang cemburu dengan golongan guru. Tapi apabila fikir cuti tahunan guru cuma tujuh hari setahun (betulkah?), tak sanggup pula.

2. Cuti yang banyak inipun rasanya susah mahu diperoleh.

3. Sekarang terbayang kalaulah boleh dapat sambung berehat~~~

Cik Hanida,
Ada juga yang tidak gembira, iaitu pakcik penjual aiskrim. haha

Marliza Radzi berkata...

"Orang yang bekerja pun turut gembira kerana jalan raya tidak sesak!" --- tiba-tiba di JB ini macam tak ada perubahan. entah mengapa. huhu.

"Apa Yang Anda Lakukan Sekiranya Terkandas Dalam Lalu Lintas?" --- membaca.