Buku asal berjudul Selera Perdana. Kini diterjemahkan oleh ITNM berjudul Cuisine of the Premiers.

Melalui buku ini kita dapat mengetahui bahawa Tun Mahathir sangat suka makan daging. Patutlah beliau sangat tegas sejak dahulu sehingga kini kerana daging sebenarnya menyebabkan paras uremia tinggi di dalam darah.

Alasan Tun tidak makan ikan, tetapi makan daging kerana dikatakan menguatkan ingatannya. Ada betulnya kerana daging kaya dengan protein dan vitamin B. Sejak mengetahui hal ini, saya pun kurang makan ikan apatah lagi ikan keli! haha. Tapi ikan masin sangatlah sedap!

Makanan memang banyak mempengaruhi personaliti dan perangai seseorang. Contohnya, seseorang yang dalam keadaan perasaan tidak stabil biasanya akan memakan makanan berasaskan asam akibat kekurangan vitamin B dan C.

Kini setiap pagi saya dan isteri makan madu DCL yang Kak Maz jual untuk kecergasan di pejabat.

19 komen:

Closeup berkata...

bukan ke ikan masin tu masin, penyebab darah tinggi...ikan kan bagus sbb daging putih..hoho..sebenarnye walaupun makanan tu sihat atau bagus , x elok di makan berlebihan...kena lah wasatiah..teringat dulu kaklong cerita kawan die suke makan tomato, mmg bagus tomato sbb kulit akan bersih dan licin, tp menyebabkan darah cair..(kena semak dgn doctor, tak pasti...kaklong yang kate), begitu juge dgn soya, org kate bagus tp mengikut email yg umi dpt baru2 ni, berlebihan soya blh menyebabkan cancer...wallahua'llam..

Pok Li berkata...

Saya juga suka makan daging dan tak makan ikan. Tapi sejak gigi mula hilang sebatang-sebatang ini saya dah jarang makan daging. Apa nak buat nikmat itu sehari demi sehari sudah mula 'ditarik'.

SITI berkata...

Ya, kene berjaga2 juga. Tak elok makan berlebih2an.

Dulu, masa di asrama, saya mula mengenal makan maggi. Itupun jarang2 makan. Sbb asyik teringat pesan emak bahawa maggie itu makanan tak elok, dpt melemahkan fikiran.

Tapi, budak paling bijak dalam batch makan maggi dan hirup kuah sampai habis. Siap tolong hirupkan kuah maggie orang lain. Haha. Konpius btol.

Ticer Syah berkata...

madu tu makan bersama kulit kayu manis.. gerenti bertambah cergas dan matang.. hoho.. dijamin takleh tido siang

Ticer Syah berkata...

eh..apa plak matang... ganteng... kuikuikui.. silap taip.. otak tengah pikio mcm2 nih.. hoho

adios

AinNur Haris berkata...

emmm..
seorang teman pernah berkongsi info..suami kalau "rajin" makan ayam nanti isterinya mengandungkan anak perempuan.. kalau suami "rajin" makan makanan laut, nanti isterinya mengandungkan anak lelaki...

sejauh mana kaitannya dgn sains SAYA tak ingat walaupun pernah dijelaskan.. dan sejauh mana keberkesanannya belum SAYA ketahui...

tapi..SAYA juga yakin, pemakanan akan mempengaruhi sifat seseorang.. (^,^)

Unknown berkata...

Umi,
Wah di Jepun nanti Umi ambillah subjek nutrisi pula. Barulah banyak bidang Umi belajar. Umi kan suka makan!hehe.

Pok Li,
Teringat saya kepada hadis, "Rebut lima perkara sebelum tiba lima perkara." Tentu tuan sudah puas makan sebelum itu, bukan?

Cik Siti,
Saya pun turut musykil. Kawan saya yang tahfiz pun gian memakan maggi. Namun saya teringat apa yang kita makan pada zaman muda ini akan memberikan kesan pada masa akan datang.

Puan Mamida,
Madu yang saya makan itu bercampur kismis, habbatus sawda, dan lain-lain. Mesti sangat bagus, bukan? Cik Puan yang perlu makan supaya tidak berangan pada siang hari!:)

Cahaya Mata,
Faktor pemakanan mempengaruhi jantina bayi pun saya pernah dengar. Cadangnya dahulu mahu menjadikan isu ini sebagai fokus Dewan Kosmik. Tidak sempat, sudah keluar dari DBP pula.

Nida Shaari berkata...

Ada apa dengan ikan keli??

Saya sangat suka makan ikan keli. Kalau dapat hari-hari pun tak mengapa

Unknown berkata...

Cik Hanida,
Tak ada kena mengena pun. Cuma saya tidak makan ikan keli. hoho

Closeup berkata...

oh bagusnye kalau umi dibenarkan ambil course nutrisi....makanan memang mempengaruhi perangai'..ntah ape silapnye tiba2 makan sotong abis kaki tangan itchy..alergic..oh sini x banyak makan sangat abg nuar...makanan x variety..tunggulah bila sampai malaysia nanti....hohoho..nikmat sungguh org malaysia..curry dlm tin ni pun mcm x rase kari je...

Wasunni Al-Kelantani berkata...

baru semalam aku jumpa tun dr mahathir dan tun dr siti hasmah kat London ni..masih bertenaga dan ceria keduanyer..

Wasunni Al-Kelantani berkata...

masa aku jumpa tun tu..dia makan pasembor dan mee goreng mamak..hehe..made in London lah

azlishukri berkata...

makanlah apa2 pun asalkan halal...yang penting belanja aku makan weh..

Unknown berkata...

Umi,
Malam tadi mama baba belanja makan tomyam!Sedapnya...Tapi kita ada ingat Umi juga:)

Tuan Saleh,
Baguslah kau sangat aktif di sana. Aku rasa di tempat kau mesti mudah mencari makanan Malaysia, bukan?

Tuan Azli,
Datang KL!

Unknown berkata...

Saya pernah terbaca satu artikel tentang kaitan keganasan dengan tabiat makan daging. Biasanya orang yang suka makan daging ni agresif dan berani.
Pada zaman dahulu, askar-askar yang ditugaskan berperang di barisan hadapan diberi makan daging banyak-banyak supaya mereka menjadi berani dan ganas (membunuh tanpa berfikir dua kali). Apa pandangan saudara? Mungkin boleh perhatikan kawan-kawan di sekeliling kita yang suka makan daging tu, adakah mereka tu pemarah atau penyabar... sekadar cadangan.
Kata orang putih, "we are what we eat".

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Amal makan madu elok juga untuk kesihatan, kalau niat pasang 'madu' tak berapa elok untuk kesihatan rumah tangga. hahahahaa...

Unknown berkata...

Alamanda,
Saya percaya makanan sangat mempengaruhi perangai manusia. Tapi kurang pasti faktor daging menyebabkan manusia "ganas". Mungkin menyebabkan badan kita "panas". Walau bagaimanapun, lebih baik dimulakan makan dengan cara Islam; baik untuk segalanya:)

Tuan Rozlan,
Oleh kerana itulah "madu" sangat sensitif:)

Ahmad albab berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad albab berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.