Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang akan mula berlangsung pada Jumaat ini, ITNM melantik 20 pelajar Kelab Keusahawanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai petugas jualan.
Konsepnya mudah, sekiranya semua pelajar itu berjaya mencapai sasaran jualan A, mereka akan memperoleh RM##,###. Ada tiga sasaran perlu dicapai untuk memperoleh imbuhan yang semakin tinggi.
Dengan cara ini, ITNM dapat membantu memberikan lebih pendedahan kepada Ahli Kelab Keusahawanan UIA berkenaan dunia realiti bidang bisnes/keusahawanan.
Malam tadi juga, ketiga-tiga sasterawan tersohor di atas hadir bagi memberikan penerangan berkenaan buku masing-masing selain merangsang pelajar-pelajar UIA untuk bertugas ala-ala apprentice di PWTC nanti.
Sekarang...Semua yang terlibat dengan industri buku sedang sibuk dengan produksi/promosi buku sebelum pesta buku.
3 komen:
RM##,###??? banyak tu?!
Manusia selalunya terangsang dengan imbuhan. Yang penting kita memperolehi impaknya.
Puan Am,
Sebagai hadiah untuk adik-adik:)
Pok Li,
Ya benar, tetapi kami lebih suka mengatakannya sebagai hadiah penghargaan.
Catat Ulasan