Tidak lama lagi akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-28. Seperti lazimnya, PBAKL akan diadakan di PDDP (kata Zoy; singkatan Pusat Dagangan Dunia Putra). Ia bermula pada 17 sehingga 26 April 2009. Gerai ITNM di Dewan Tun Razak 3 (TR3), ada lapan gerai bermula nombor 3095. Masuk sahaja TR3, boleh terus nampak gerai yang turut dipamerkan kereta Myvi.

Oleh kerana PBAKL bermula 17 April (tengah bulan), sememangnya tidak banyak orang yang berani mengambil risiko tinggi menghabiskan duit membeli belah buku. Maka sangatlah digalakkan untuk window shopping bermula 17 April itu. Rasa-rasanya orang kerajaan akan dapat gaji pada 24 April, Jumaat. Maka habiskanlah duit anda pada Sabtu dan Ahad itu. Jangan lupa ke gerai ITNM!Haha.

Sudah dua tahun saya tidak menjadi peserta gerai PBAKL. Tiga tahun sebelumnya, muka saya memang ada di PBAKL. Tahun ini muncul kembali!

***

Tahun lepas saya menghabiskan tidak lebih RM500 untuk beli buku di PBAKL. Belum kaya, jadi buat gaya orang belum kaya! Buku paling banyak yang dibeli adalah dari ITNM. Tahun ini sudah menjadi staf ITNM pula.

***

Tahun lepas pergi ke PBAKL seorang diri. Tahun ini saya pasti pergi dengan orang yang dicintai, Isteri! Saya melihat Puan Isteri semakin kuat membaca buku. Pantang mendengar saya ke stor PTS, pasti dia akan memesan buku ini dan itu. Di meja kopi banyak berterabur buku, malah di katil pun ada bukunya. Kasihan dia kerana saya cuma menyediakan satu partition untuk bukunya di rak.

***

Saya terbaca satu artikel tentang kebaikan bermain permainan video (video game). Klik Nature Neuroscience. Banyak orang kata bermain video game boleh menyebabkan kita terpengaruh sehingga boleh membunuh. Hal ini benar-benar berlaku di UK, Warren Leblanc membunuh kawannya Stefan Pakeerah kerana terpengaruh dengan "Manhunt".

Namun dalam jurnal Nature Neuroscience menyatakan bermain video game boleh meningkatkan penglihatan mata. Memang ada benarnya kerana apabila kita bermain "Counter Strike", mata kita akan melilau mencari musuh untuk ditembak. Malah dalam kegelapan pun, kita dapat mengesan kehadiran musuh. Mungkin selepas ini tidak perlu makan lobak, sebaliknya bermain video game!

***

Kalau dilihat di sekeliling kita, bermain video game sama pentingnya dengan pergi ke pesta, membaca buku untuk peperiksaan, dan bercinta. Malah di UIA dahulu, kalau kawan-kawan sedang bermain video game, susah betul mahu diajak ke kafeteria. Mungkin juga bakal isterinya hendak jumpa pun susah!

14 komen:

madulebah berkata...

owh saya dari kecil (walaupun sekarang masih tak besar) memang main video games. Tak dinafikan sedikit sebanyak ada kebaikannya.

Dan saya tak nafikan kalau dah mula main video games, selagi tak capai target, kerja lain tak diendahkan. Makan pun boleh tinggal. (tapi solat kena lah tunaikan)

Pokok pangkalnya, terpulang kepada diri sendiri bagaimana mahu membezakan keburukan dan kebaikan permainan video games itu.

Anuar Manshor berkata...

Cik Hanida,
Memang semua perkara adalah baik, tetapi bertukar kepada keburukan sekiranya kita tidak dapat mengawalnya.

CAHAYA MATA berkata...

salam..
kita jumpa di PWTC nanti yer.. :)

~ http://sunyihati.blogspot.com ~

Marliza Radzi berkata...

ala jauhnya. jealous :(

Anuar Manshor berkata...

Cahaya Mata,
Bisa sahaja!

Puan Am,
Tidaklah jauh sangat. Bandung lagi jauh, bukan begitu?hehe. Setahun sekali sahaja ini!

Firdaus Ibnu Ariff berkata...

Kegilaan game di sesetengah warga kampus makin menggila! Ada yang dibuang universiti, malah ada yang putus tunang jadinya.

Teruk, teruk~

Amel Hanan berkata...

Jika bercakap tentang games, memang tak dinafikan saya juga seorang peminat games yang ekstrem. Encik Anuar boleh lihat koleksi permainan video Devil May Cry, Final Fantasy, Mafia, Resident Evil, Time Crisis, King of Fighters, Counterstrike, Warcraft, dan pelbagai tajuk lagi di rumah saya. Tak cukup dengan game Playstation, game PC dan Nintendo juga ada di atas meja saya. Baru-baru ini saya amat menggilai siri game bertajuk Phoenix Wright: Ace Attorney. Encik Anuar nak pinjam pun boleh.

Saya ada di kaunter jual buku Encik Anuar di PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO, tetapi Encik Anuar tak nampak saya. Atau mungkin saya tak nampak Encik Anuar?

Saya pasti akan datang ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Firdaus,
Tuan yang lebih tahu mengetahui keadaan di kampus!:)

Tuan Amel Hanan,
Saya tidak pernah diberikan peluang bermain semua permainan video itu. Mungkin saya tidak mampu membeli semua peralatan itu:(

Mengapa saudara tidak menegur saya di PWTC tempoh hari? Tidak mengapa, kita jumpa di PWTC tengah bulan ini ya!

Amel Hanan berkata...

Encik Anuar, tak mengapa... saya boleh pinjamkan encik permainan yang saya ada. Kalau permainan PC dan Nintendo encik boleh download dari saya, nanti saya berikan pautan game dengan emulator sekali.

Bukan saya tak mahu tegur, tetapi saya malu. Takut tersilap orang pula.

Ya, harap kita jumpa nanti di PWTC :)

ainunL muaiyanah berkata...

saya akan ke pesta buku pada 17hb sejurus turun dari bas di putra. tetapi window shopping dulu

nanti bila mahu naik bas di putra semula baru membeli buku.

Untung nasib boleh jumpa en anuar. kenalah bawa gambar kecil macam ini. hehe

Anuar Manshor berkata...

Tuan Amel Hanan,
Namun saya bukanlah gemar bermain video game. Buku yang ada di rumah pun banyak lagi belum dihabiskan baca.

Sekiranya saya ada di PWTC nanti, usah segan menegur ya!

Ainunl Muaiyanah,
Jangan lupa singgah ke gerai ITNM ya:)

hans berkata...

lama tak pegi pesta buku....
sonok owh...
murah

daLyaanoon berkata...

Tuan Anuar buat iklan sekejap yer..

Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 12.00 tgh-1.00ptg
Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC)

日月神教-任我行 berkata...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室