Saya berborak dengan Saudara Khalil di PWTC sambil menikmati air teh tarik berharga RM3.00 secawan.
Kami memerhatikan rata-rata yang mengerumuni Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 di PWTC ini adalah orang Melayu. Orang Cina mahupun orang India di pesta buku ini boleh dikatakan golongan yang minoriti walaupun taraf pesta tahunan ini adalah "antarabangsa".
Namun saya menyatakan kepada rakan sekerja, Khalil, "Keadaan berbeza semasa pesta buku Popular, jualan gudang MPH, dan jualan penghabisan stok Pay Less Book. Pada masa itu lebih banyak orang Cina dan India."
Ironinya, orang Melayu juga menjadi majoriti semasa jualan gudang Dawama dan juga Utusan Publications.
Sekilas pandang, orang Melayu menjadi minoriti di tiga pesta buku yang dipenuhi orang Cina dan India kerana banyak buku yang dijual adalah berbahasa Inggeris ataupun bahasa Cina. Mungkin juga orang Melayu menjadi majoriti di jualan gudang Dawama dan Utusan kerana banyak buku yang dijual adalah berbahasa Melayu.
Namun di PBAKL, saya merasakan buku yang dijual adalah seimbang, sama ada buku bahasa Melayu mahupun bahasa asing. Mahu dikatakan PBAKL ini lebih "mencerminkan" orang Melayu pun tidak juga kerana banyak orang Cina yang menduduki jawatankuasa penganjur PBAKL ini.
Perkembangan ini sangat positif. Sekurang-kurangnya ia menjadi bukti bahawa orang Melayu masih mempunyai "nafsu" untuk membeli buku. Pihak penganjur juga pasti maklum bahawa kuasa ekonomi orang Melayu lebih banyak membantu dalam mengembangkan industri jualan buku.
Justeru tidak hairanlah di PBAKL ini, penerbit buku berbahasa Melayu tempatan lebih menyerlah berbanding dengan penerbit antarabangsa.

6 komen:
kalau nak tengok melayu ramai, silakan ke konsert AF.. hampir seratus peratus melayu.. hahaha..
pegi la juga ke konsert sure heboh.. melayu ramai juga.. kuikuikui
Dan saya lihat pelajar sekolah dan kanak-kanak lebih memajoritikan suasana. Itu petanda yang baik. Tidak kisahlah mereka lebih tertumpu di bahagian novel cinta dan juga komik sahaja.
Apa yang penting, pupuk semangat membaca dan membeli buku sedari awal dan paling baik, ibu bapa dan guru yang mengiringi juga punya pengetahuan yang baik dalam emmilih bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja ini.
wah.. sesak juga pesta buku kalo tgk gambar tu..
bagusla kalo ramai org melayu ramai datang situ. saya sangat sibuk dengan tesis, tak sempat nak singgah pun. hmm bila next time?
Puan Mamida,
Positif juga kerana banyak Melayu di pesta buku.
Bayan,
Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut.
Tuan Adlan,
Tahun hadapan. Namun khabarnya akan diadakan banyak pesta buku dalam masa terdekat ini.
Kesimpulan daripada cerita tersebut bahawa bahasa Melayu masih lagi penting dan jangan dibunuh bahasa itu.
Melayu lupa tarikh pesta buku kot...
Catat Ulasan