Foto NST.

Jenuh saya memikirkan sebab saya tersilap tarikh menghadiri persembahan Gema & Rasa di Dewan Filharmonik Petronas. Persembahan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Mac 2009 (Rabu), tetapi saya datang pada 3 Mac 2009.

Isteri, Mas Aini, Nadia. Minta maaf kerana hal ini.

Sebagai tanda meminta maaf, saya belanja mereka menonton wayang. Kasihan mereka telah dress up. Filem Doubt. Semakinlah saya keliru sebab saya boleh tersilap tarikh. Filem itu menjatuhkan maruah seorang paderi. Pelik juga tiada penganut Kristian yang "melenting". Adakah skandal seks luar tabi'e paderi sudah berleluasa sehingga mereka tidak langsung ambil peduli?

Gema & Rasa.
4 Mac 2009.

Mas Aini dan Nadia tidak dapat hadir. Maknanya ada dua tiket lebih. Mujur Aina dan adiknya dapat meluangkan masa datang ke KLCC.

Deklamasi sajak memulakan persembahan. Antara bait sajak itu, "... Dalam gema ada rasa. Dalam rasa ada gema. Apabila bergema, maka lahirlah rasa..."

Teringat kepada persembahan yang saya anjurkan dahulu, tidak pernah saya lupakan, iaitu Gema Gangsa (2005). Pada masa itu, Kumpulan Gamelan UIA memainkan lagu dengan penuh perasaan sehingga berjaya bergema di dalam jiwa penonton. Ini fakta. Haha. Klik Youtube.

Sebelum itu, banyak kawan memberikan komen. Antaranya, "Lagu-lagu yang kau mainkan ini terlalu membosankanlah."

Gema & Rasa memang memberikan kelainan kepada penonton. Bagi saya, persembahan ini bukan menghiburkan, tetapi mengajak penonton berfikir berkenaan mesej yang disampaikan. Mungkin juga penari dan pemuzik itu bereksperimen dengan persembahan itu.

Contohnya, Tribute for Tan Sri Azizan Zainal Abidin (Bekas Pengerusi Petronas) mengimbas semula jasa dan bakti Allahyarham sepanjang menerajui Petronas. Begitu juga dengan Diamku Ke Sana mengajak penonton merasai keperitan penduduk Gaza yang menjadi mangsa keganasan Israel. Samalah juga dengan maksud mesej Pupus (alam sekitar) dan lain-lain. Terpacul dari mulut Isteri, "Iiieeyek!" melihat visual yang dipaparkan.

Persembahan Kumpulan Seni Persembahan Petronas (PPAG) memang ada kelas tersendiri. Saya tidak pernah gagal menghadiri persembahan PPAG. Bulan Jun nanti ada Pak Pandir The Musical pula. Mesti datang!

15 komen:

en_me berkata...

mat salleh sekang dah open minded ghitewww..

Marliza Radzi berkata...

Pak Pandir The Musical? pasti menarik!

memang teringin betul nak menonton Doubt!

Unknown berkata...

Tuan En_me,
Kebanyakan artis PPAG Melayu. Pada malam itu, lebih banyak orang Melayu daripada Mat Saleh.

Puan Am,
Hah datanglah KL Jun nanti!

Semasa menonton Doubt, cuma ada lapan orang di dalam panggung. Haha.

Dewangga Sakti berkata...

Ini mesti terlalu excited nak menonton sehingga tersilap tarikh.Nasib baik dekat.ha ha

Unknown berkata...

Dewangga Sakti,
Haha. Menanti Dewangga Sakti pula di DFP.

Ticer Syah berkata...

err.. 4 april? sekarang ni bulan april kah? hoho.. adakah aku ni terback to the future.. ngeeee..

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Uwaaa saya rasa sudah sasaulah! huhu.

Saya sudah buat pembetulan, Cikgu!

Ticer Syah berkata...

samalah kita.. dalam previous post hr tu kata nk start bloging 7th may.. padahal 7th march..

kita dah sasau sama2.. ye ye.. wakakkakaka...

Pok Li berkata...

Bab lupa ni biasa lah. Ada hari kita lupa. Ada hari kita terlebih ingat pulak :)

Felicia F. Ramzi berkata...

komen tiada kaitan dgn post.

kenapa semalam ramai sgt yang protes ppsmi tu? ni mcm kes main ikut saja, sekadar meramaikan suasana..saya tak setuju la bab2 demonstrasi2 ni..bab demo memang org m'sia mmg no satu. cuba soh demo sorang2, mati idup balik semula sure tak nak..padahal dulu, masa kes ni tak naik, takde plak yang hingar bingar pasar malam. duh? kenapa la tak boleh berbincang tanpa perlu ada demo2? dah jadi trend ke skrg ni?
saya memang tidak bersetuju ppsmi dibuat dlm BI, tapi sampai demo kena gas pemedih mata la apa la, kena arrest la..ape ke menda nya? memalukan.
*quote dari Timbalan PM: 'kita mesti memartabatkan bahasa melayu..BM sudah mencapai tahap globalisasi...' - ni saya dgr dlm berita radio...-makanya, why english in sci n maths in the first place? ni betul ckp tak serupa bikin

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Kalau cikgu sasau, anak murid lagilah mengikut sasau. Huh bahaya itu!

Pok Li,
Maksudnya kita bukannya insan yang sempurna. Masih terlalu banyak kekurangan.

Cik Felicia,
Saya mengaku turut serta dalam perhimpunan itu. Tetapi tiada kaitan dengan "ikut mengikut" ataupun terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Saya dengan bapa mentua tetap dengan pendirian memartabatkan bahasa Melayu berdasarkan Perlembagaan.

Enam tahun dahulu, pejuang bahasa sudah "memekik" berkenaan hal ini. Namun tiada siapa yang peduli malah akhbar arus perdana pun tidak menyiarkan suara mereka. Suara yang menyatakan mereka baru bertindak sekarang adalah tidak benar.

Semasa perhimpunan itu sebenarnya tiada sebarang provokasi atau ancama kepada mana-mana pihak. Cuma apabila FRU merasakan perhimpunan itu mengganggu lalu lintas, mereka melepaskan gas pemedih mata. Sewajarnya selepas memorandum diserahkan, kami bersedia untuk bersurai. Namun sebaliknya yang berlaku.

*Huh panjang sungguh penjelasan.

Felicia F. Ramzi berkata...

sebab tu saya kata, trend demo ni, dah jadi trend.. asal tak puas ati, ajak semua org tak kira tok nek pak lang, mak lang, yang takde kaitan ikut serta gi demo..with no basis at all. Saya tak referkan anuar ye, saya refer kepada org2 luar yang takde sangkut paut saja2 nak bagi ramai kecoh pecoh.. haih, tau tak, kerana terlampau byk kisah2 politik yang tak aben2 nak bertekak, saya naik muak tengok berita..baik layan HBO..

Ticer Syah berkata...

kena bukak entri ppsmi.. ekkekeke

saya sokong ppsmi.. kuikuikui..larikkkk

Unknown berkata...

Cik Felicia,
Memang saya kurang setuju apabila PAS menaja perhimpunan PPSMI ini. Namun saya lagi tidak setuju apabila isu PPSMI pun dipolitikkan sama ada oleh UMNO ataupun PAS. Pada pandangan saya, yang mengikut serta perhimpunan itu rata-ratanya mahu melihat pemansuhan PPSMI. Namun ada beberapa kerat yang membuat provokasi. Semua orang tahu siapa angkara yang melakukannya.

Puan Mamida,
Saya khuatir. Orang dahulu pun setuju dengan pertukaran tulisan rumi menggantikan tulisan jawi. Akibatnya, orang sekarang lebih banyak yang tidak tahu membaca jawi/Quran. Ini fakta. Tidak mustahil bahasa Melayu pun begitu juga kalau diteruskan PPSMI.

Ticer Syah berkata...

alaa.. setakat m3 ngan sc je dalam english.. hehe..

kalau agama ngan sivik pon dituko dlm english.. mmg haru lah.. hoho

tp mmg sayang le tulisan jawi dipinggirkan..tp orang dulu tak marah ke tulisan jawi dihentikan..

seb bek dan belajar tulisan jawi dan terer baca.. kalau tak.. naya..
hari ni mmg ramai tak reti tulisan jawi..

rasanya tulisan jawi kena diperkasakan kembali.. lupakan la ppsmi.. jom kita soh depa perkasakan balik tulisan jawi

errr.. dah lari tajuk ni.. kuikui..