Kerajaan menyatakan Malaysia tidak terkesan dengan kemelesetan ekonomi. Wallahu A'lam.

Namun Utusan Malaysia pada hari ini melaporkan orang terkaya di Malaysia pun boleh susut harta daripada RM58.1 bilion kepada RM20.1 bilion pada tahun ini. Kita pun susah mahu memperoleh RM1 juta dalam setahun.

Beberapa hari lepas pula, akhbar yang sama melaporkan banyak pekerja di Malaysia akan kehilangan kerja. Mungkin juga kakitangan kontrak kerajaan ditamatkan perkhidmatan.

Di HotFM beberapa minggu lepas ada membincangkan berkenaan kerja-kerja yang boleh dilakukan sekiranya hilang pekerjaan. Kebetulan pula, Reader's Digest Mac ini menceritakan berkenaan sembilan kerja yang tidak terjejas walaupun ekonomi meleset. Saya adaptasikan beberapa pekerjaan yang tidak terjejas dalam situasi Malaysia.
1. Sektor Pendidikan
Amat mustahil Kementerian Pelajaran Malaysia memecat guru-guru yang mengajar di sekolah. Kecuali memang guru itu pemalas sehingga sanggup ponteng sekolah. Begitu juga dengan pensyarah universiti. Kecuali memang pensyarah itu gagal dalam viva. Pensyarah dipecat kerana viva pernah berlaku kepada seorang penulis Dewan Kosmik.

Cikgu tuisyen, penceramah agama, tenaga pengajar kursus termasuklah penterjemah sebenarnya tetap menjana duit walaupun ekonomi negara meleset. Menurut unit latihan ITNM, kursus terjemahan pada bulan Mei 2009 pun sudah penuh.

2. Sektor Tenaga
Kita tetap memerlukan tenaga sama ada elektrik ataupun telekomunikasi. TNB tetap menjana keuntungan walaupun mereka mendakwa akan mengalami kerugian sekiranya tarif elektrik diturunkan. Kontraktor Telekom setiap hari ada sahaja melakukan pemasangan talian baharu.

3. Sektor Alam Sekitar
Bil Indah Water tetap sampai ke rumah. Kalau mereka tidak membersihkan loji, lagi teruk sistem pembentungan rumah kita. Begitu juga kalau tiada kontraktor DBKL membersihkan Kuala Lumpur, sudah tentu ibu kota itu tercemar teruk. Di pejabat kita sendiri, "makcik cleaner" itu tidak diberhentikan. Siapa yang mahu membersihkan tandas, menyapu, dan mengutip sampah sekiranya mereka tiada?

4. Sektor Kerajaan
Kerajaan akan memecat kakitangan sekiranya ada masalah disiplin dan beberapa sebab tertentu sahaja. Kalau Menteri Besar itu lainlah kisahnya walaupun beliau "kepala" kerajaan negeri.
5. Sektor Undang-undang
Isteri saya peguam persekutuan. Kawannya ada yang bertugas sebagai majisteret, peguam LHDN, dan peguam firma guaman. Kawannya yang bertugas di firma guaman pun sedang merancang untuk membuka firmanya sendiri. Maksudnya, pelanggan yang berkaitan dengan undang-undang tetap ada.

Saya tertarik dengan akhiran artikel Reader's Digest itu, "Manusia perlu makan dan populasi dunia semakin meningkat. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang tidak membeli kereta. Cukup sekadar membaikinya sahaja. Dapur si penggali kubur pula tetap berasap kerana setiap hari ada sahaja orang mati yang memerlukannya menggali kubur. Manakala binatang peliharaan pun mahu makanan yang memerlukan Friskies mengeluarkan produk."

Walau bagaimanapun, Allah jualah yang pemberi rezeki, al-Razzaq.

13 komen:

hafizahiszahanid berkata...

Tambah satu lagi:
Bidang perubatan. Ekonomi meleset banyak orang sakit terutama sakit hati...

Unknown berkata...

Cik Fizahanid,
Ada banyak lagi. Memang betul bidang perubatan tidak terjejas teruk. Bidang farmasi mungkin sedikit terkesan rasanya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles berkata...

Salam Tuan Anuar,

Saya pernah membaca satu pandangan di dalam sebuah buku kerjaya yang menyatakan kerjaya di dalam 'third sector' iaitu sektor 'non-profit' dan 'charity' adalah antara yang selamat daripada kesan kemelesetan ekonomi.

Saya sudah 10 tahun berada di dalam sektor ini.Alhamdulillah masih cukup makan!

Unknown berkata...

Tuan Drbubbles,
Alhamdulillah kuasa Allah yang memberikan rezeki sama adil kepada semua manusia.

Naj AB berkata...

Menarik. Kerjaya terjemahan tak terjejas :). Agak-agaknya berapa yuran kursus terjemahan ITNM tu, saya mahu periksa dompet cukup atau tidak kalau mahu mendaftar dalam keadaan ekonomi sekarang.

Unknown berkata...

Puan Najibah,
Murah sahaja kursusnya, iaitu RM1200 selama 10 sesi (sama ada 10 hari/10 minggu). Makan minum, modul dan segalanya disediakan.

jane berkata...

salam nuar,

saya amat berminat dgn kursus penterjemah itu. malangnya, rm1200 itu tidak mampu saya keluarkan sekarang atas sebab mahu berpindah rumah. x apalah...saya akan bersabar dulu dan saya akan rujuk semula kemudian.

azlishukri berkata...

no 4 tu...agak menakutkan..

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Sertailah kurusus itu nanti. Anggaplah RM1200 itu sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

Tuan Azli,
Bukan menyeramkan ya?

Unknown berkata...

Satu lagi pekerjaan yang tidak akan terjejas langsung, pengurus rumah tangga macam saya :D

Unknown berkata...

Puan Zalisa,
Itulah impian isteri saya yang selalu diidamkan.

Unknown berkata...

wah, anda dan isteri berada di 'zon selamat'.sorang bidang terjemah, sorang sektor undang2. ya, sektor undang2 kurang terkesan kemelesetan ekonomi ini,lihatlah firm tmpat sy bekerja juga, bulan feb ni hampir tiap2 hari ada je kes baru didaftarkan.. bukan litigation/conveyancing ye, tapi kes syariah..kaya kan rakyat M'sia:-)

Unknown berkata...

Tuan Ibriz,
Bukanlah terlalu selamat, tetapi kami bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Alhamdulillah firma saudara semakin maju. Namun sedih juga sekiranya kes yang didaftarkan itu adalah masalah manusia.