Mula sahaja filem, semua penonton kecuali "orang putih" gelak sedangkan filem lakonan Angelina Jolie itu berbentuk serius.


Changeling

Di bawahnya tertera, "Kanak-kanak yang Terculik."

* * *

Geng: Pengembaraan Bermula memanglah filem kelakar sehinggakan satu pawagam gelak. Namun tidak kira, Encik Khair katanya mahu belanja semua staf ITNM menonton filem itu. Saya dan Isteri boleh ya untuk kali kedua? haha.

Banyak kanak-kanak yang memenuhi pawagam pada malam itu. Namun rasanya macam kurang sesuai sahaja untuk kanak-kanak. Isteri saya pun boleh "menjerit" ketakutan.

15 komen:

Marliza Radzi berkata...

translation filem selalu kelakar.

Unknown berkata...

Puan Am,
Terjemahan untuk filem Ong Bak 2 baik.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Sedang berkira2 mahu memenuhi janji anak perempuan saya menonton Siri Pengembaraan Upin dan Ipin!!

hafizahiszahanid berkata...

Setuju, terjemahan filem selalu lucu.
Pernah tengok filem (tak ingat tajuk) pelakon sebut 'holly cow' terjemahannya lembu suci...
Satu panggung ketawa anehnya adegan itu adegan tembak menembak.

Pok Li berkata...

Kuala Terengganu tiada panggung :(

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Janganlah segan mengajak mereka ke sana. Ops bukan promosi anak-anak ke pawagam ya. Sebab teringat orang kata tidak elok ke pawagam. Wallahu A'lam.

Cik Fizahanid,
Mereka tidak berkursus di ITNM lah itu! haha.

Tuan Pok Li,
Bersabar ya.

Sahalfikri berkata...

bukan tak sesuai utk kanak2.. tp isteri kamu yg tak sesuai menonton kisah penuh aksi debaran dan kejutan..hehe.

kanak-kanak ok je.. suke.. hehe.

p/s: aku pun gelak kuat bila tonton geng

azlishukri berkata...

terima kasih atas bantuan.

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman berkata...

tuan anuar..saya seang mengulit dan menghadam tulisan tuan berkenaan kanak-kanak indigo...tetapi ada persoalannya.. adakah konsep kanak-kanak indigo dan konsep rausyanfikir kelolaan Ali Syariati itu adalah sama atau sebaliknya? jika berbeza dimanakah letaknya perbezaan tersebut..

Unknown berkata...

Tuan Suhail,
Haha. Isteri aku memang menghayati penuh perasaan.

Tuan Azli,
Amat membantukah?

Tuan Sufi Mustika,
Saya kurang pasti dengan konsep Ali Syariati itu. Nanti saya cuba menyelidik kaedah yang beliau lakukan. Terima kasih atas makluman itu.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Anuar,
Orang kata, bini kuat menjerit, tnda boleh ramai anak :)

Unknown berkata...

Ustaz Ahmad,
Wah ustaz auta! haha. Tahniah cerpen tersiar dalam akhbar tempoh hari lepas.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

ustaz, perlukah isteri mengikuti kelas vokal untuk jeritan lebih nyaring!! hehehe. Agenda ramaikan umat.

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Wah fatwa ustaz sudah ada pengamalnya. Ustaz Ahmad perlu jawab hal ini. haha

Ticer Syah berkata...

cerita geng sangat bes.. kami pon tatot bila nengok..ngeee..

bab translation plak.. ada satu kali nengok citer apa ntah. omputih kata honey, i'm home.. terjemahan... madu, aku sudah pulang.. hehe

satu lagi.. come on baby... terjemahan.. marilah bayi... kuikuikui.. tak menahan.. sapa la yg tergamak mentranslate mcm gini.. bg kat den pon takpo.. hehe