Saya tertarik dengan artikel yang diterbitkan dalam Tranungkite Online ini. Ditulis oleh AMKNS, rasanya Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan. Pendirian saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Cuma agak terkilan isu bahasa Melayu pun sudah menjadi bahan politik.

Nampaknya bahasa Inggeris sekarang ni dah tak “standard”. Tengok saja Amerika Syarikat, ekonomi mereka jatuh teruk, perang tak habis-habis. Tengok Britain pun dua kali lima. Malulah Malaysia ajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa yang menuju kehancuran.

Kalau nak ajar sains dan matematik ikut negara yang maju , baik ajar matematik dalam bahasa Turki dan ajar sains dalam Bahasa Parsi. Apa ke tidaknya , Perdana Menteri Turki boleh marah Presiden Israel dalam forum terbuka dalam Bahasa Turki.

Terbaru, Iran pula dah lancarkan satelit mereka sendiri, menggunakan roket mereka sendiri. Yang lebih menakjubkan pada waktu kegawatan ekonomi dunia, pada masa industri automatif sedang merudum, Iran boleh tambah lagi permintaan import kereta Proton.

Ataupun nak ajar sains dan matematik dalam bahasa Tamil? Sebab LTTE boleh buat kapal selam.

Yakinlah dengan bahasa Melayu untuk maju. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa antarabangsa.

Hidup bahasa Melayu! Hapuskan PPSMI!

* * *


Ini antara kesan PPSMI. Bahasa penghantar di sekolah rendah kebangsaan atau sekolah kebangsaan adalah bahasa Melayu. Namun jiwa pelajar-pelajar pun sudah "lali" atau terserap dengan bahasa Inggeris.

Sehingga hari ini, ada sahaja artikel/surat pembaca yang menyokong PPSMI tersiar di Utusan Malaysia. Semalam saya ke Utusan Malaysia bertemu dengan dua rakan wartawan. Mereka pun mengatakan Utusan Malaysia tidak ada pendirian jelas dalam isu PPSMI. The Star dan NST jelas dengan pendirian menyokong PPSMI.

Jadi, jangan ada lagi artikel yang merintih, merungut, dan mengkritik orang Melayu tidak membaca akhbar Melayu sekiranya jualan akhbar merosot!

18 komen:

bayan berkata...

Sukar benarkah membuat keputusan yang tepat untuk PPSMI. Asyik berhujah, berhujah.

Mungkin ada pemahaman yang silap tentang PPSMI. Dan mungkin juga ada kecelaruan dalam jiwa masyarakat Malaysia tentang memahami kepentingan bahasa kebangsaan.

madulebah berkata...

Saya setuju Iran adalah contoh negara maju yang sangat teguh kecintaannya terhadap bahasa kebangsaan mereka.

Dan abang-abang ipar saya yang bekerja di Kementerian berkenaan kata tak ada apa yang boleh kita buat selagi kata putus PPSMI adalah di pihak pucuk pimpinan tertinggi

ZulDeanz berkata...

Kalo di Korea, bukan bahasa sahaja, hampir semua baranganya adalah dari produk tempatan... hingga stesen minyak ada jenama LG....

Anuar Manshor berkata...

Puan Bayan,
Banyak hujah sudah ada. Kajian tepat pun banyak dibentangkan. Rasanya semua orang boleh fikirkan sebab kerajaan tetap dengan pendirian meneruskan PPSMI.

Cik Madu Lebah,
Banyak lagi negara yang mengagungkan bahasa sendiri. Semua orang hakikatnya tidak memahami masalah PPSMI berlarutan.

Tuan Zul,
Kita negara "majmuk!" haha

Fizahanid berkata...

org msia ini terutama yg dah belajar tinggi tak kira la dalam atau luar negara (BUKAN SEMUA YA..) selalu anggap BM itu remeh.
Saya pernah jumpa manusia yang berpangkat yang beriya-iya jawab soalan dalam BI walaupun saya tanya dia dalam BM.
Dia boleh tanya saya begini, u grad dari uni mana dulu?

hans berkata...

entah.....
mengikut pandangan saya...
lebih baik teruskanlah pada bahasa melayu tapi untuk subject English..buat sesuatu agar pelajar dapat menguasai dengan lebih mendalam....

dua2 ada pro n kontra

Sahalfikri berkata...

sewaktu aku tgk Tuan presiden Erdogan berbicara lantang depan Perez, aku terus terasa ingin berbicara Melayu di khalayak walaupun audien adalah orang Cina di China.

tapi... mm..

Anuar Manshor berkata...

Puan Fizahanid,
Banyak orang kita yang tidak sedar kepentingan bahasa Melayu. Kata bapa mentua saya, "Ini semua salah pemimpin dahulu. Mula-mula dibuang tulisan jawi, kemudian bahasa pula."

Tuan Hans,
Pendapat tuan itu sama seperti pakar bahasa, iaitu perbaiki mutu pengajaran bahasa Inggeris.

Tuan Suhail,
Aku turut kagum melihat Erdogan berbicara dalam bahasa Turki.

Marliza Radzi berkata...

menarik. sinikal, tapi menarik. heh.

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Dua kali menarik?haha

jane berkata...

salam Nuar,

siapakah pemimpin kita yg membuang tulisan jawi dan bahasa melayu itu ? haha...inilah akibatnya.

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Tulisan jawi dihapuskan semasa Menteri Pelajaran Khir Johari.

♥ NANA ♥ berkata...

hmm~

tak pasti cane nak komen. semester ni nana amek subjek sastera malaysia & singapura. apa yang na dapat tau (dari pensyarah2 na), yang rakyat negara kita dahulu sangat percaya akan bahasa Kebangsaan, yakni bahasa Malaysia. asal = bahasa Melayu.

tapi...sedihnya, bila mereka (bukan Melayu) menulis karya mereka dalam bahasa Malaysia, mereka seperti dianaktirikan, walhal mereka fasih berbahasa Malaysia. sebab tu..ada yang merantau jauh dari negara sendiri....kerana terbuang dinegara sendiri...

jadi, camne ye kes nya kalau begini abg nua?



p/s: adakah nana terlari dari topik yg dbincangkan? huhu~ T_T

Anuar Manshor berkata...

Cik Nana,
Rasanya ada banyak tempat yang boleh diterbitkan karya dalam bahasa Melayu. Kurang pastilah kalau anak tempatan kita dianaktirikan. Mungkin itu kes terpencil.

Sepanjang abang berada dalam industri ini, rasanya kita banyak menerbitkan karya tempatan. Cuma sangat sedikit karya terjemahan penulis negara luar.

Anuar Manshor berkata...

Cik Nana,
Rasanya ada banyak tempat yang boleh diterbitkan karya dalam bahasa Melayu. Kurang pastilah kalau anak tempatan kita dianaktirikan. Mungkin itu kes terpencil.

Sepanjang abang berada dalam industri ini, rasanya kita banyak menerbitkan karya tempatan. Cuma sangat sedikit karya terjemahan penulis negara luar.

♥ NANA ♥ berkata...

mungkin masa zaman selepas merdeka..? sbb org2 yg disebut oleh pensyarah nana, sudah dimamah zaman. mereka ada ktika zaman kte dpt merdeka....? mcm gitu la..


wallahua'laam. kurang pasti. tapi memang berharap sgt, kte semua bsatu hati.. :)

Fatimah Masran berkata...

Sedih benar melihat bahasa melayu dipandang rendah di kalangan masyarakat. Saya sangat menyokong jika mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa melayu sebab lebih mudah difahami,lagi pun kita berbicara dalam bahasa melayu dalam kehidupan seharian bukan? Mengapa mempelajari dalam bahada inggeris jika kita sendiri berbicara bahasa melayu terutamanya pelajaran kritikal sains dan matematik. Saya pun kekadang mempunyai masalah memahami sesuatu subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris, kekadang memakan masa juga. Saya berharap rakyat kita tak kira bangsa apa pun, patut berbangga dengan bahasa kebangsaan dan memajukan bahasa melayu, bahasa melayu bukan lah untuk bangsa melayu sahaja, tetapi untuk semua.

Fatimah Masran berkata...

Sedih benar melihat bahasa melayu dipandang rendah di kalangan masyarakat. Saya sangat menyokong jika mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa melayu sebab lebih mudah difahami,lagi pun kita berbicara dalam bahasa melayu dalam kehidupan seharian bukan? Mengapa mempelajari dalam bahada inggeris jika kita sendiri berbicara bahasa melayu terutamanya pelajaran kritikal sains dan matematik. Saya pun kekadang mempunyai masalah memahami sesuatu subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris, kekadang memakan masa juga. Saya berharap rakyat kita tak kira bangsa apa pun, patut berbangga dengan bahasa kebangsaan dan memajukan bahasa melayu, bahasa melayu bukan lah untuk bangsa melayu sahaja, tetapi untuk semua.