Sempatlah saya berborak dengan jurujual "Mat Bangla" sementara menanti Isteri memilih pakaian di Night Market Batu Feringgi, Pulau Pinang. Selepas membuat pembayaran, saya bertanya, "Berapa lama berada di Malaysia?" Jawabnya, "Setahun."

Di stesen minyak SS 19, Subang Jaya, pembantu jualan dari Pakistan tolong mengelapkan cermin hadapan dan belakang kereta saya. Soalan yang sama saya ajukan selepas mengucapkan terima kasih. Jawabnya, "Sudah lebih dua tahun."

Di ITNM, ada seorang warga asing (sudah mendapat kerakyatan Malaysia) bertugas di Bahagian Terjemahan. Saya memanggilnya Brother Ahmad kerana sudah lama mengenalinya semasa sama-sama bertugas di Saba Islamic Media. Yang saya tahu, beliau menguasai tiga bahasa dengan baik, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Arab. Beliau editor serba boleh dalam semua bahasa itu.

Ironinya, ada sahabat kita yang berbangsa Cina hatta orang Melayu pun masih tidak fasih berbahasa Melayu walaupun makan nasi yang ditanam di Kedah, makan belacan buatan Johor, makan budu dari Kelantan, dan makan cencalok Melaka.

11 komen:

Layla Haq berkata...

Bukan tak fasih. Malu mungkin. Ye la, Bahasa melayu apa standardnya?

Sekarang kita dah tahu, siapa yang mengkhianati bahasa kita sendiri bukan?

mie3425 berkata...

Kalau Melayu tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik itu namanya tak sedar diri dan sudah hilang jati diri bangsanya. Kerana bahasa jiwa bangsa, (kalau hilang bahasa kepada bangsa tersebut maka hilanglah juga bangsanya).

Pernah saya melihat pemuda Bangla sedang berdua-dua di Tasik Titiwangsa dengan seorang pemudi Indon, bahasa yang mereka gunakan ialah bahasa Melayu.

Unknown berkata...

Tuan Bayan,
Mungkin juga.

Tuan Suhaimi,
Bahasa Melayu terbukti sebagai bahasa perhubungan di Malaysia.

Pok Li berkata...

Mereka belajar sebahagian daripada kita tidak mahu.

ZulDeanz berkata...

Semasa saya melawat Korea dulu, ada Mat Bangla menegur saya dalam bahasa melau. Katanya dia pernah berkerja di Malaysia. Cuma saya tidak adakah dia sudah fasih berhasa Korea.... lupa pula nak tanya dulu...

Unknown berkata...

Pok Li,
Mereka belajar kerana mahu terus hidup (survive).

Tuan Zul,
Hah? Mereka boleh mengecam tuan sebagai orang Malaysia? Tuanlah wajah Malaysia sebenar!

Ticer Syah berkata...

btol kata anuar, mereka ni tpaksa guna BM utk survival. Hehehe.. sebab itu ada antara anak gadis kita tertarik dengan mudah pada mat2 bangla nih.. kuikuikui.. sbb fasih berBM.. encem plak ala2 pelakon bollywood.. kuikuikui

Closeup berkata...

mase pegi paris ari tu pun, org bangladesh yg keje kat malaysia bbrp bulan pun blh b'bhs melayu dah..amboi shopping!!! x de ole2 ke???

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Eh ada benarnya juga! Itulah kelebihan menggunakan bahasa perhubungan. Dekat di hati.

Umi,
Orang itu pergi Paris, kita pergi Feringgi sahaja. Ada beli oleh-ole untuk mama, baba, dan yan. Eh untuk Umi? Laa lupalah... Marah Kak Long ya!

Closeup berkata...

sebelum pulang ke tanah air nanti umi belikan ole2 dari kota london, kalau murah rezeki akan ku langkahkan kaki ku ke italy.ade la ole2 dari paris utk semua

Unknown berkata...

Umi,
Belilah magnet peti ais banyak-banyak ya! hehe