Bangunan ITNM di Wangsa Maju. Foto daripada streetdirectory.

Malam tadi terserempak dengan kawan lama UIA di Carrefour. Soalan klise yang biasa akan diajukan apabila bertemu dengan kawan lama ialah, "Di mana bekerja sekarang?" Kemudian dia boleh bertanya semula, "Mengajar subjek apa?" selepas saya menyatakan bertugas di ITNM.

Isteri saya pula ada cerita lain. Teman sepejabatnya pula tidak tahu fungsi penubuhan ITNM. Tidak pasal-pasal Isteri saya "memangkahnya", "Hanya orang yang membaca buku sahaja yang tahu fungsi ITNM."

Ada orang kata Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ditubuhkan selepas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) gagal melaksanakan tugas penterjemahan ilmu daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Akibatnya, bahagian penterjemahan DBP ditutup dan ditubuhkan ITNM pada tahun 1993. Itu orang kata, yang sahih tidak dapat dipastikan.

Di Malaysia, industri penterjemahan ilmu masih lagi dalam "lautan biru". Banyak sebab yang menyebabkan penterjemahan ilmu di Malaysia tidak hebat berbanding dengan Indonesia, Thailand, Jepun ataupun Taiwan. Sekiranya dibandingkan dengan negara-negara luar, memang tidak tertanding.

Semasa bersembang dengan kawan-kawan DBP (yang suka buku) berkenaan dunia penterjemahan di Indonesia, kami tidak menyangkal semangat juang orang sana yang terpaksa menterjemah buku demi mencari wang. Isu hak cipta ditolak ke tepi, yang penting buku itu diterjemah dan diterima untuk diterbitkan oleh penerbit. Disebabkan itulah tidak hairan apabila buku Harry Potter yang asal boleh terbit sama tarikhnya dengan Harry Potter versi terjemahan bahasa Indonesia.

Di Malaysia, bayaran untuk penterjemah memang sangat tinggi, tetapi kita masih kurang penterjemah yang baik. Ada yang berkualiti, bayaran pula terlalu tinggi. Bagi penterjemah amatur, bolehlah berbincang untuk menerima bayaran sedikit ala kadar. Dengan sistem royalti pun mereka sanggup.

Di dunia ini, terlalu banyak pusat penterjemahan ilmu. Boleh rujuk di Kwintessential untuk senarai pusat penterjemahan di serata dunia. Di Malaysia, selain ITNM, ada Persatuan Penterjemah Malaysia dan Pusat Bahasa dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.

Saya suka dengan kata-kata bos baharu saya, Puan Siti Rafiah Sulaiman, "Ada penterjemah boleh buat duit dengan menterjemah. Tidak perlu bekerja makan gaji pun."

Saya pernah menterjemah dua buku Harun Yahya ke Harun Yahya Foundation di Turki. Sehingga sekarang tidak dapat apa-apa. Kerja amallah nampaknya. Memang yayasan itu bukan berasaskan keuntungan pun.

9 komen:

jane berkata...

Salam Nuar,

akak dah kenal ITNM ni sejak lima nam tahun lepas kut. memang pernah download borang untuk cuba apply jadi penterjemah....tapi, entah kenapa sampai sekarang masih ada di dalam fail....teringin juga...!

Wasunni Al-Kelantani berkata...

dulu..masa mula2 aku nak buat VISA utk dtg London..aku kena buat terjemahan sijil perkahwinan dari tulisan jawi ke Bahasa Inggeris utk diserah kepada British Council..Terjemahan tu mesti dibuat di Institut Terjemahan Negara..bayaran pun rasanya dalam RM150++ sekeping..tp aku sedikit kesal sbb terlalu banyak kesalahan perkataan dan ejaan yg berlaku lebih2 lagi perkataan nama, tempat perkahwinan dan tempat tinggal..

harap kau dapat mengambil perhatian akan perkara ni..rasanya ada juga kawan2 aku mengalami perkara yg sama..

congrates yaa dgn pekerjaan baru di ITNM..

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Banyak cikgu yang menjadi penterjemah di sini. Apa tunggu lagi? Isilah borang itu.

Tuan Salleh,
Oh ya? Akan aku berikan perhatian dan ambil tindakan dalam masa terdekat. Selepas aku mengetahui caranya lah. Aku orang baharu lagi. hehe

azlishukri berkata...

salam tahun baru...

Marliza Radzi berkata...

menariknya kerja menterjemah!

(selalu teringin jadi penterjemah untuk rancangan TV. sebab selalu rasa geram melihat kesalahan terjemahan!)

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Salam Maal Hijrah.

Puan Am,
Itu penterjemah dialog. Lagi-lagi filem DVD cetak rompak, memang teruk sari kata.

Mohd Hilmi Ramli berkata...

Bila ITNM nak terjemahkan buku Islam and Secularism

Selamat bekerja di tempat baru. Tempat baru, azam baru.

Nida Shaari berkata...

Abang ipar saya pernah terjemah satu buku. Nama penterjemah ada dicetak. Tapi seperti juga saudara - tidak dapat apa-apa. Buat kerja amal juga lah.

Unknown berkata...

Tuan Hilmi,
Abang Jamizal pula mencadangkan buku Tahafut. Aku pun suka dengan cadangan kau.

Aku sudah ajukan kepada Encik Khair.Katanya, ITNM tidak ada masalah untuk menterjemah beberapa karya hebat sekiranya ada pihak yang bersedia menterjemahkannya. Aku rasa kaedahnya lebih kurang sama dengan Syed Akla buat buku Rihlah.

Cik Madu Lebah,
Apa penerbitnya? Dalam kes saya, memang daripada awal saya maklum tiada bayaran.