Instrumen gamelan DBP yang dimainkan oleh adik-adik UIA semasa walimah saya.


Alhamdulillah semasa majlis perpisahan, saya dihadiahkan sehelai baju kemeja (yang sesuai untuk bekerja). Bukan itu sahaja, Bahagian Komunikasi Korporat DBP juga memberikan hadiah cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana banyak memberikan kerjasama kepada mereka. Itu menurut Kak Huznah lah.


Sebenarnya saya tidak teringat langsung penghijrahan (sempena Maal Hijrah) saya ke tempat baharu turut akan meninggalkan kumpulan gamelan DBP. Baru teringat apabila ditanya oleh Tanpa Nama dalam komen blog. Mahu sahaja menjerit apabila baru teringat! Siapalah Tanpa Nama itu?


Tidaklah terlalu ralat mahu meninggalkan bidang muzik gamelan, tetapi memang sangat terkilan kerana tidak dapat terus mengamalkan ilmu permainan muzik itu. Untuk perhatian, memainkan gamelan tidak semudah yang disangka! Saya sendiri yang buta membaca notasi lagu pun memakan masa yang lama untuk membaca notasi lagu gamelan. Kira-kira setahun juga menguasai bacaan notasi itu.


Itupun ada lagu-lagu gamelan asas yang tidak dapat dihafal lagi. Otak ini sukar menghafal lagu gamelan kerana kerap bermain gendang semasa persembahan gamelan di UIA. Mujurlah di DBP, selalu juga diberikan peluang untuk bermain saron baron.


Terfikir juga mahu mengesyorkan supaya organisasi tempat baharu, ITNM, membeli set instrumen gamelan. Namun rasanya tidak rasional cadangan saya itu.


Seorang sahabat mantan pelajar UIA bertanyakan kepada saya tempat belajar piano. Katanya, suaminya perlu belajar bermain piano/keyboard sebagai antara syarat pertukaran dari Risda Johor Bahru ke ibu pejabat, Kuala Lumpur. Tergelak juga dengan syarat yang dikenakan itu, tetapi saya percaya itu sebagai langkah pembangunan korporat Risda.


Sebenarnya terlalu seronok bermain gamelan. Sepanjang penglibatan saya dalam gamelan, saya pernah ke Indonesia menyertai lawatan, pernah melakukan persembahan di hadapan Sultan Pahang, pernah mengiringi nyanyian Ramli Sarip dan Noranizah Idris, pernah sekali bersama-sama kumpulan gamelan Istana Budaya mengadakan persembahan, dan pernah juga bersama-sama di satu pentas dengan Kiai Kanjeng (kumpulan gamelan tersohor Indonesia). Yang paling tidak dilupakan, saya pernah mengadakan julung-julung kali konsert gamelan di UIA, Konsert Gema Gangsa yang turut menjemput kumpulan dari UiTM dan Uniten. Ada klip video di YouTube.


Paling mengasyikkan, lagu gamelan inilah yang saya dengar semasa sedang belajar di UIA. Malah kini saya akan mendengar lagu gamelan semasa menulis artikel. Bak kata Dr. Faridah, “Orang yang bermain muzik gamelan mempunyai kecerdasan intelektual (IQ) yang baik.”


Tidak mengapalah meninggalkan kumpulan gamelan DBP. Dahulupun tidak pernah menyangka akan menyertai kumpulan gamelan DBP selepas tamatnya belajar di UIA. Namun rasanya akan dipanggil sekiranya kumpulan gamelan DBP tidak cukup pemain kot! Haha.


Hijrah kali ini ialah menceburi dunia baharu dalam penerbitan di ITNM dan meninggalkan kumpulan gamelan, tetapi azamnya menjadi rahsia antara saya dan Isteri:)

13 komen:

mariahsj berkata...

Apa-apapun perjalanan harus diteruskan. Kalau ketageh nak main gamelan datang je ke dbp...)

Anuar Manshor berkata...

Puan Zaitun,
Rasanya memang akan datang selalu.

jane berkata...

salam Anuar,

x pernah mencuba bermain gamelan. macam best aje!. saya teringin nak beli keyboard tahun ini. nak bawak ke sekolah. ada yg sekolah punya tapi d aliran perdana. yg di pend khas dah rosak. dari membaikinya, lebih baik saya beli yg baru, sendiri punya.

**sementara tunggu parents ambik time balik, boleh la jamming ngan anak2 di sekolah!!

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Boleh bermain keyboard ya?Eloklah... Otak kiri dan kanan bergerak sekiranya berupaya bermain keyboard.

Marliza Radzi berkata...

saya juga main gamelan ketika di sekolah dulu.

mula2 masuk main gong. kemudiannya main saron.

Pok Li berkata...

Bertemu untuk berpisah. Ada yang buat majlis ada yang berpisah tanpa 'majlis' pun. :(

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Saya pernah melawat dan mengadakan persembahan di STF.

Pok Li,
Ada juga majlis meraikan pemergian!haha

.: mama cute :. berkata...

gamelan ngan cak lem pong tak sama ek?

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Lain. Gamelan dihasilkan daripada kuprum (adunan tembaga). Manakala cak lempong daripada unsur besi yang ringan sedikit. Buni pun berlainan. Mudah kata, banyak perbezaannya.

ainunl.muaiyanah berkata...

wah..
saya sgt suka main gamelan dan bermain untuk universiti..

ketika mewakili universiti ke pesta pantun saya kagum dengan kumpulan gamelan uia yang membuat persembahan bersama caklempong..

bagus sekali

sinaganaga berkata...

1. Aku pernah pergi temuduga di ITNM - dapat - tapi tak pergi. Ha ha.

2. Aku pernah ketuk bonang tu semasa di toooot - aku blah - sebab bonang aku diaorang buat tempat habuk rokok. Brengsek luh!

Hari ni sahaja baru kusedar - kau sudah tiada mundar-mandir di siar kaki di Syarikat D.

Hey! Adios. Hey! Selamat bekerja di tempat baharu.

P/s: Kau sudah 'bertepuk tampar' dengan Enche Abdullah?

Anuar Manshor berkata...

Tuan Naga,
1. Rugi tak masuk ITNM. Kalau masuk, dah tentu dapat bonus 3 bulan!haha

2. Pernah dengar cerita yang sama.

Enche Lah sudah mengumpat pasal Naga!haha

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ