Artikel terakhir saya sebagai Editor Dewan Kosmik berjudul "Selamatkan Bumi daripada Hentaman Asteroid".

Terkesan daripada filem The Day The Earth Stood Still! Haha. Saya bayangkan kulit ini seperti filem Armageddon. Namun tidak kurang hebatnya Bustamam menterjemahkan idea saya ini menjadi sebegini.

Ini masthead Dewan Kosmik yang baharu. Semua majalah DBP diubah suai dari kulit hadapan ke kulit belakang. Belilah!

Masthead lama seperti berikut. Perubahan sudah tentu semakin cantik. Diharapkan dapat membantu meningkatkan jualan.

13 komen:

mariahsj berkata...

Salam,
Tahniah. Satu pembaharuan yang menarik. Sedih jugalah melihat anda meninggalkan kami d dbp. Nak buat camne, rezeki anda di tempat lain pula. Selamat berjaya dan jangan lupakan kami di sini.

Anuar Manshor berkata...

Kak Zaitun,
Alaa Kak Zaitun... Rasanya macam akan selalu datang DBP sahaja. Nanti bosan pula melihat muka saya.

Faizal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
.: mama cute :. berkata...

tugasan terakhir msti dibuat dengan baik kan.. anyway.. congrats once again. pandai budak yang buat cover tu.. hehe

Marliza Radzi berkata...

takutnya bumi berlanggar!

hans berkata...

lepas ni jadi editor majalah mana plak

ainon mohd berkata...

Adakah saudara akan membuka penerbitan sendiri?

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Dia tidak tahu pun itu tugasan terakhir saya. Hehe

Puan Am,
Namun itulah faktanya.

Tuan Hans,
Bukan editor majalah lagi. Buku pula:)

Puan Ainon,
Tidak. "Makan gaji" dengan ITNM pula. Namun ada berniat menjadi seperti puan:)

nadmin berkata...

tahniah nuar,
atas kerja baru itu..
hebatnya kau..

aku selalu beli Dewan Masyarakat kat Stesen Minyak Petronas kat Danau Kota..Dewan Kosmik pun ada kat situ..

nuar, tahniah lagi sekali..aku tumpang gembira

Tanpa Nama berkata...

Nuar nanti kau cakap berapa kos kalau kita nak buat terjemahan ye..

Anuar Manshor berkata...

Tuan Nadmin,
Terima kasih:)

Tanpa Nama,
Siapa?

denanz berkata...

nuar, mohon maaf. saya cuti masa hari akhir anda. diam2 jer ye. selamat maju jaya di tempat baru. selamat tahun baru.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adnan,
Paling ralat tidak ada kek semasa jamuan!