Keluaran Dewan Kosmik pada bulan ini sedikit istimewa berbanding 11 keluaran yang lain kerana mengisahkan semula cara penjenayah-penjenayah membunuh.

Antara kes-kes jenayah yang saya dan Sabri Mohamad Sharif tulis semula ialah Hanif Basree Abdul Rahman (Noritta Shamsuddin), Hanafi Mat Hassan (Noor Suzaily Mukhtar), Mohd Abbas Danus Baksan (Nurul Huda Gani), dan Ahmad Najib Aris (Canny Ong Lay Kian).

Hanif Basree dan Mohd Abbas sudah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Hanafi dijatuhkan hukuman. Manakala Ahmad Najib masih lagi dalam peringkat rayuan.

Untuk menulis artikel ini, saya terpaksa membuka semula jurnal undang-undang dan meminta bantuan Isteri untuk memuat turun maklumat berkenaan semua kes dari laman sesawang Malaysian Law Jurnal.

Itu dari segi undang-undang. Dari segi sains (atau sains forensik), saya mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kimia. Secara terperinci, banyak kes diselesaikan dengan kaedah persamaan DNA. Mudah sahaja sekiranya DNA merujuk kepada tertuduh seperti semua empat kes di atas. Cuma dalam kes Hanif dan Abbas, terdapat DNA orang yang tidak dikenali. Maka payahlah untuk mengesan si pemilik DNA itu kerana tidak dapat dikesan orang itu. Akhirnya terdapat keraguan sehingga menyebabkan Hanif dan Abbas dilepaskan.

Tamat menulis artikel ini, saya secara peribadi menyokong hasrat Parlimen untuk mewujudkan Akta DNA seperti adanya bank cap jari. Mungkin dengan tiadanya bank data forensik DNA, Malaysia agak ke belakang dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Semasa akta ini dibentangkan, memanglah banyak Ahli Parlimen tidak bersetuju kerana "melangkau" giliran pembentangan. Lebih-lebih lagi kebetulan pula sedang hangat dengan isu Anwar Ibrahim.

"Kot ya pun, fikir bijaklah sedikit."

12 komen:

Tanpa Nama berkata...

Menarik promo ini...
Pssst.. jgn lupa hantar utk Anugerah Kewartawan Petronas!

As berkata...

wah menarik isu jejak penjenayah nih.

buat eksperimen kat lab mengenai ni pun sangat menarik, inikan pulak if buat dalam realiti.

Bank DNA tu sangat penting, senang nak jejak rakyat seMalaysia..

Unknown berkata...

Puan Fizahanid,
Anugerah MPI sudah berubah format. Akan mencuba juga.

Puan As,
Saya pun kepingin buat eksperimen di makmal.

jane berkata...

salam,
saya mengikuti ke 4 4 kes tersebut. yg paling saya geram ialah kes adik nurul huda. sebab dia kecil dan belum tahu apa2.

macam kes arwah norita, siapakah yg busuk itu ya ? macam2 andaian dapat saya baca....alfatihah buat mereka!

setuju dengan bank DNA.

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Apabila saya menulis artikel itu, terasa mual, marah, dan sedih. Setelah siap, saya termenung...

SITI berkata...

Wah, seronok nyer tugasan yang En. Anuar dapat buat ini.

Masa undergrad dulu, saya tgk DNA rambutan dan laici. "Mereka" ini sepupu. Huhu.

Unknown berkata...

Cik Siti,
Seronoklah juga, tetapi stres juga. Faham-faham sahajalah...

Rambutan dan laici ber"DNA" sepupu. Fakta atau auta ini?

SITI berkata...

Faktalah. Mereka dari satu Famili; Sapindaceae.

Tapi, kaitan sepupu itu, tidaklah semudah "sepupu" bagi manusia. Bukanlah mak atau ayah mereka adek-beradek. :P

Unknown berkata...

Cik Siti,
Saya berminat mengetahui asal usul "mereka"!

hans berkata...

macam kes arwah norita tu kita sendiri dapat lihat arwah sendiri pun seorang yg boleh dikategori sebagai jahat dan mungkin itu balasan dia...
paling simpati dan menyayat hati kes nurul huda

Ticer Syah berkata...

senang kan kalau ada bank DNA. takleh tipuk punya.. hehe

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Kes Noritta, pakar forensik membuktikan dia mungkin seorang yang kurang baik, tetapi Allah jua yang lebih mengetahui keadaan yang sebenar.

Puan Mamida,
Ada baik, ada buruk. Bagaimana kalau orang lain memanipulasikan DNA kita? Contohnya, ambil rambut kita, kemudian diletakkan di tempat jenayah.