Disebabkan kedudukan rumah berdekatan dengan Jusco Cheras Selatan, selalulah bersama-sama Isteri "lepak" di situ. Ada satu kedai menjual teh Cina di situ. Sekiranya ada pelanggan, mesti ada pelayan duduk bersama-sama menjamu pelanggan itu minum. Siap dituangkan teh.

Yang menarik perhatian saya, biasanya pelayan itu akan menuang air panas di sekeliling cawan sebelum menuangkan air teh ke dalam cawan. Cara ini adalah tradisi yang biasa diamalkan oleh penggemar teh supaya cawan itu kekal dalam keadaan panas bagi memastikan rendaman teh sebati dengan air.

Saya agak meragui ritual ini. Bagi saya, sekiranya mahu mengekalkan kepanasan cawan untuk merendamkan teh, lebih baik direndamkan di dalam termos yang dapat mengekalkan haba air.

Saya mengesyaki ritual itu dilakukan untuk membuang kotoran-kotoran yang melekat pada cawan. Mungkin ada serbuk teh yang masih belum tanggal lagi pada cawan itu. Entahlah.

12 komen:

Nida Shaari berkata...

Jika rendam teh dalam termos - unsur tradisional dalam penyediaan teh cina itu sudah hilang. Mungkin.

Unknown berkata...

Cik Madulebah,
Saya setuju itu sebagai ritual, tetapi kebanyakan penggemar teh beralasan untuk memanaskan cawan.

As berkata...

huhu, this is interesting :)

Wasunni Al-Kelantani berkata...

interesting topic..

Marliza Radzi berkata...

setuju dengan cik madu lebah

hans berkata...

rasa teh mungkin lain jika ritual tak dijalankan
haha
cuma tekaan

Unknown berkata...

Cik As,
Untuk dikongsikan.

Tuan Salleh,
Setiap kali iklan tentang Air Asia, Isteri aku tersenyum.

Puan Am,
Setuju juga.

Tuan Hans,
Ini yang rasanya mahu mencuba.

Tanpa Nama berkata...

Salam Anuar,
ritual minum teh tu untuk panaskan cawan..sama juga dengan A&W yang sejukkan gelas untuk dituang rootbeer..

haha..sekadar andaian..aku rasa ada kekesanan kedua-dua cara untuk panaskan cawan dan sejukkan gelas ni..

DzuLagiL berkata...

bagus gak idea tu...
haha...

tepuk dada tanyalah minda
tepuk dahi fikirlah sndiri...

Unknown berkata...

Tuan Nadmin,
Baru aku teringat. Pembancuh teh di kafe tempat aku tidak izinkan campurkan ais dalam air panas. Khuatir akan memecahkan gelas. Ada kaitan rasanya.

Tuan Dzulagil,
Nampaknya perlu banyak berfikir lagi.

jane berkata...

salam,

ada benarnya teknik itu. sama seperti nak cepat bekukan agar2, letak loyangnya dalam peti ais dulu sebelum dituang agar2 tadi...kena cari bab2 molekul nih...

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Takziah.
Saya akan mengkaji relevannya aktiviti ini.