Ada pakar bedah saraf British menjalankan penyelidikan berkenaan bahaya telefon bimbit Beliau menyatakan telefon bimbit lebih banyak membunuh manusia berbanding dengan tabiat menghisap rokok. Kedua-dua keadaan ini mengakibatkan kanser.
Pakar itu telah menjalankan 100 uji kaji berkenaan keadaan ini. Beliau mengesahkan penggunaan telefon bimbit yang lebih 10 tahun berisiko dua kali ganda untuk menghidap barah otak.
Ditambah lagi dengan statistik menyatakan hampir tiga bilion penduduk dunia menggunakan telefon bimbit, yang melebihi tiga kali ganda jumlah perokok di seluruh dunia.
Semua ini disebabkan radiasi.
Saya ada dua telefon bimbit.
Semasa makan tengah hari tadi, terpandang rokok 20 batang berharga RM7.
Itu semua orang tahu.
Pakar itu telah menjalankan 100 uji kaji berkenaan keadaan ini. Beliau mengesahkan penggunaan telefon bimbit yang lebih 10 tahun berisiko dua kali ganda untuk menghidap barah otak.
Ini ada orang tahu.
Ditambah lagi dengan statistik menyatakan hampir tiga bilion penduduk dunia menggunakan telefon bimbit, yang melebihi tiga kali ganda jumlah perokok di seluruh dunia.
Ini tidak banyak orang tahu.
Semua ini disebabkan radiasi.
Adakah kita tidak tahu?
Saya ada dua telefon bimbit.
Semasa makan tengah hari tadi, terpandang rokok 20 batang berharga RM7.
14 komen:
salam,
ya. betul. dia tahu kut....
erm..
sumber dari mana ye..?
Teringat satu kisah, bagaimana seorang suri maut dilanggar kereta api ketika bersembang melalui telefon bimbit dengan suaminya. Gara-gara sukar mendapat 'line'.
Risiko belum dikira yang kemalangan kerana terlalu leka dengan telefon bimbit!
Telefon bimbit, tak mungkin manusia boleh berenggang lagi. Tak mungkin...
salam,encik Anuar....anda di TAG ya!
salam,
En.Anuar...
Kemungkinan kajian ini dapat membantu menjawab persoalan ini...
"Radiasi,Telefon mudah alih,Stesen Pengkalan dan Kesihatan Anda"...
http://www.who.int/peh-emf/project/mapnatreps/malaysia_mobphone_basestations_and_health_malayversion.pdf
Wimax 2.3 GHZ bebas radiasi berbahaya?....
cuba ini...untuk hasil kajian penuh...
http://www.who.int/peh-emf/project/mapnatreps/malaysia_mobphone_basestations_and_health_malayversion.pdf
mmg lah phone ni bahaya.. tp nak wat mcm mana.. dah jadi benda wajib sekarang.. hmmmm... so, kena berhati-hati aje.. lagipon, segala apa yg kita makan pun ada kimia kat dalamnya.. kita tetap makan jugak.. huhu
salam..
i've made up an article regarding this entry, u may please click here
take care fren!
Cikgu Jane,
Dia mungkin tahu, tetapi buat-buat tidak tahu rasanya.
Puan As,
Sumbernya dari WebMD.com. Terima kasih kerana menghuraikan dengan lebih panjang.
Tuan Rozlan,
Ada manfaat, ada mudarat. Ini perlu dirujuk kepada hukum syariah untuk menentukan lebih banyak kebaikan ataupun keburukan (salah satu hukum syariah).
Puan Zamzurina,
Ada banyak rencana menyatakan keburukan radiasi telefon bimbit. Namun kita amat memerlukannya. Jadi bagaimana ya?
Puan Mamida,
Rasanya itu semua menjadi sebab musabab kepada kematian.
Salaam.
Ramli Sarip tidak memakai handphone.
Di UIA,Dr Iqbal (AIKOL) tidak memakai handphone.
wah. adalah menakutkan.
Tuan Zul,
Boleh juga mereka "hidup" kan!
Puan Am,
Lagi menyeramkan.
Tu la Nua.. Aku isap rokok ko marah!
Iwan,
Sebab kalau aku tak mati pun, kau telah membuatkan baju aku berbau BUSUK!haha
Catat Ulasan