Hasil penulisan pertama dalam hidup ini.

Saya mula menulis artikel ilmiah semasa tahun pertama di UIA. Itupun selepas digesa oleh Jaafar Abdul Rahim, yang saya rasakan beliau antara pencandu buku paling tegar di Malaysia. Memang sejak bergaul dengannya (yang lebih gemar menggelarkan dirinya "Abang Jaafar"), saya terasa seperti seorang "intelektual". Banyak ilmu baharu yang diperoleh, buku-buku baharu memang selalu menjadi sebutan di bibir, cara berfikir pun ada kelainan. Orang lain yang berkata sedemikian.

Artikel pertama saya diterbitkan oleh majalah Minda (sudah berkubur oleh Karangkraf). Sebelum itu pesan Abang Jaafar, "Jangan kau kecewa kalau artikel tidak diterbitkan pada percubaan kali pertama." Namun alhamdulillah artikel pertama yang saya tulis selama tiga hari berjaya diterbitkan. Ingat lagi kata wartawan Minda melalui telefon pada masa itu, Izranuddin Jelani, "Wah! Baru tahun pertama sudah pandai menulis."
Kulit Minda yang menerbitkan artikel pertama saya pada Disember 2002.

Bermula saat itu, Abang Izra menawarkan saya menulis setiap bulan untuk Minda. Mula-mula satu artikel untuk satu keluaran, sebelum dua artikel pada setiap bulan. Dapatlah RM300 bagi dua artikel. Kemudian beliau jugalah yang mencadangkan artikel saya diterbitkan dalam Dewan Masyarakat. Dalam kesibukan dengan belajar, main gamelan dan datang usrah PKPIM, sempatlah juga artikel diterbitkan dalam Utusan Malaysia, Dewan Budaya, Tunas Cipta dan beberapa majalah lain. Ralat sungguh tidak sempat mengirimkan artikel ke Massa.
Artikel yang disiarkan di Dewan Masyarakat, "Mengapakah Perlu Menjejakinya?"

Minat mendalam dalam bidang penulisan/ilmiah/buku menyebabkan saya memohon kerja dalam bidang penerbitan juga. Tawaran KPLI J-Qaf di Johor terpaksa ditolak. Minta maaf emak abah kerana tidak dapat menunaikan impian emak abah untuk menjadi ustaz.

Sempatlah sebulan menganggur selepas tamat pengajian, itupun sebab sebulan musim raya. Kemudian bekerja seminggu di Saba Islamic Media sebagai penjual buku sebelum Abang Nazrul (PTS Publications) menawarkan jawatan editor perolehan buku bisnes dan pengurusan di syarikat penerbitan swasta Melayu paling progresif itu.

Setahun di PTS, saya berhijrah ke DBP atas sebab pengaruh kewangan. Ditawarkan pula sebagai Pegawai Perancang Bahasa dengan skop tugas editor majalah Dewan Kosmik. Bidang sains pula.

Namun saya tidak pernah menulis karya kreatif sama ada cerpen ataupun puisi. Minat membaca genre itu ada, tetapi tidak pernah cuba untuk menulis bidang itu. Entah apa pula sebabnya nama saya "naik" untuk menyertai Bengkel Penulisan Karyawan DBP pada minggu hadapan yang bertujuan untuk membina kemahiran dan keterampilan karyawan DBP dalam penulisan kreatif. Mungkin ada hikmahnya.

Dalam surat yang dikirimkan, ada dinyatakan supaya peserta membawa hasil karya (puisi atau cerpen) masing-masing untuk dibincangkan bersama-sama penceramah semasa sesi bedah karya. Erk! Dalam "kepala" ada rancangan untuk tidak datang kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan perancangan majalah 2009.

9 komen:

Unknown berkata...

Maaf komen "tanpa nama" terpaksa dipadam kerana tidak menggunakan nama sebenar/samaran.

Unknown berkata...

Jika semua orang mahu menjadi ustaz susah jugakan? Siapa mahu melawan dakyah musuh Islam melalui tulisan?

Unknown berkata...

Puan Zalisa,
Saya bersetuju dengan pendapat puan itu.

Marliza Radzi berkata...

kagum kagum.

Unknown berkata...

Puan Am,
Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Saudara Anwar yang berbahagia. Saya baru pulang dari AS dan banyak juga cerita yang boleh dikongsi. InsyaAllah jika ada kesempatan kita bicara, untuk memantapkan dan memberi idea kepada majalah saudara.

Saya ada melawati blog encik Awang, dan memberi sedikit komen tentang apa yang beliau tulis, maka terdetik hati saya untuk memberi komen walaupun saya tahu tidak kan disiarkan. Maka saya copy untuk tatapan saudara, kalau-kalau saudara ada komen berkenaan sains robot ini.

=========

Encik Awang Zaidel Yang Budiman.

Pada pendapat saya hal ini benar kerana memang di luar negara hal ini berlaku. Di Jepun perkara ini sudah dicipta. Malah sudah ada Pelacuran Seks di sana. Pelacur robot wanita sudah dijalankan. Yang menarik, pelanggan boleh datang terus dan mengadakan hubungan seks dengan robot wanita, setiap sentuhan contoh pada payudara robot akan ada suara manja dan begitulah bahagian-bahagian lain.

Ada juga pelanggan boleh menempah pelacur robot mengikut kehendak mereka.

Contoh, katakanlah Encik Awang ingin mengadakan seks dengan Fasha Sanda, maka dalam seminggu robot seperti fasha sanda, rupa, suara dan ciri-ciri lain akan ada pada robot itu. Maksudnya Saudara seperti mengadakan hubungan seks dengan fasha sanda. Begitulah seterusnya.

Jadi dengan sesiapa saudara boleh mengadakan seks.

Namun hal ini banyak kesan negatif dari segi agama, psikologi dan lain-lain.

Demikianlah yang berlaku di Luar Negara.

(Penafian : Saya tidak pernah melanggan pelacur robot kerana faktor agama, ini saya ketahui dalam satu lawatan ke Jepun awal tahun ini)

Adlan berkata...

wah.. mcm best jugak jadi penulis.. ish.. tapi mcm terasa rugi jugak kalau tak teruskan kerja2 rekabentuk dan melukis.. tapi menulis kadang2 rasa lagi best jugak.. aduh.. konfius.. jadi part time boleh kan? bleh tak bagi tips sket utk orang2 muda dan single mcm saya.. ?

Tanpa Nama berkata...

universiti : kilang melatih pekerja.?
wah saya pernah baca artikel itu ketika form 4 /5 dan saya suka isinya..
saya pernah gunakan point dalam artikel ini untuk karangan saya..
sayangnya massa telah terkubur. antara byk majalah yang mendidik penulisan saya menjadi tajam ialah massa. malah lebih baik dari dewan masyarakat, ketika itu.

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Teruskan apa-apa yang diminati.

Puan Ainunl Muaiyanah,
Katanya Massa ada masalah dari segi jualan.
Saya pula terasa amat kesal kerana koleksi Massa sudah dibuang (semasa mengosongkan bilik di UIA).