Sebelah Abah: Pak Long, arwah Pak Ngah, Pak Uda, Pak Cik, Pak Itam, dan Busu.
Sebelah Emak: Arwah Mak Long, Mak Ngah, Pak Cik, dan Mak Usu.

Pada raya kali ini, saya akan bertanya gelaran pakcik makcik Isteri semasa di dalam kereta sebelum menziarahi rumah mereka. Isteri akan bercerita sekali latar belakang mereka. Itupun sukar mahu mengingat.

Dalam masyarakat Melayu, gelaran-gelaran seperti di atas sudah menjadi amalan/adat biasa. Semuanya menunjukkan rasa hormat orang Melayu terhadap mereka sama ada pemimpin, tokoh dan sesama saudara.

Namun gelaran seperti "Pak Itam" bukanlah membawa maksud kejian ataupun menghina. Kami (sepupu) memanggil adik Abah dengan gelaran Pak Itam (Azmi) kerana keadaan fizikalnya yang berkulit hitam. Mereka (sepupu) pula memanggil Emak dan Abah dengan gelaran "Mak Andak" "Pak Andak" yang sebenarnya merujuk pada keadaan fizikal bertubuh rendah. Walau bagaimanapun, tidak pula Emak dan Abah bertubuh rendah walaupun saya dan Abang lebih tinggi berbanding dengan mereka.

Gelaran lain yang mengacu pada keadaan fizikal:
  • Pak Utih: kerana berkulit putih
  • Ayah Anjang: kerana tubuhnya tinggi
  • Bah Mok: kerana tubuhnya gemuk
Yang paling penting, semua gelaran ini mencerminkan rasa hormat terhadap orang lain. Malah gelaran-gelaran ini menunjukkan rasa sopan dan kesantunan si penutur.

Orang tua Melayu mengingatkan, "Bercakap dengan orang, sopan santun jangan dibuang. Bercakap dengan saudara, lidah bergoyang dijaga pelihara. Bercakap dengan sahabat, perasaan orang hendaklah ingat. Bercakap pada yang ramai, menjaga lidah hendaklah pandai."

Sekurang-kurang orang Melayu tidak kurang ajar seperti orang Barat yang memanggil saudara mara dengan nama. Malah memanggil ibu bapa sendiri pun dengan nama mereka.

Saya, akan digelar Pak Long sekiranya bersama-sama keluarga isteri. Manakala Pak Ngah di rumah keluarga sendiri. Ini untuk akan datang... Insya-Allah.

Dipetik semasa syarahan Dr. Tenas Effendy di Syarahan Raja Ali Haji anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP pada 10 Oktober 2008 di Dewan Seminar DBP.

22 komen:

Ticer Syah berkata...

Saya digelar Mamida di kalangan keluarga saya dan Mak Andak di kalangan keluarga suami saya.. kekekkkek..
And my babies pon suma dah ada panggilan.. Along, Angah and Baby.. bila ada baby lain.. Baby akan tukar jadi Alang. kekekeke

So, it goes like this.
Along
Angah
Alang
Uda
Ateh
-macam2 lagi..
yang bongsu pastinya Acu.. kekekek

Vann berkata...

Dalam bahasa Inggeris hanya ada Uncle and Aunt sahaja..semua ibu dan bapa saudara sama panggilannya..

Dalam B.Arab, Ammu dan Ammatu untuk bapa dan ibu saudara sebelah bapa..Khalu dan Khalah untuk sebelah ibu...

Tapi dalam bahasa Melayu..
ada paklong pakngah paktam,paksu,paklang,pakteh,pakda,pakcik,pakcak,pakndak dan macam2 lagi

betapa kayanya B.Melayu :)

As berkata...

bahasa paling kaya kat dunia agaknya.. :D indah~

Adlan berkata...

saya pula akan dipanggil pak lang. tapi macam rasa masih terlalu awal. tak puas rasa jadi muda.

panggilan2 camni akan buat kita rasa jadi tua. panggil abang nampak mesra sket.. oops. takleh menggatal dgn anak sedara.

Closeup berkata...

dah berisi ke...:)

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Jenuh saya memikirkan maksud Mamida itu. Saya ikut sapaan Suhail shj. Tapi apa maksud Mamida ya?

Tuan Muqreez,
Bahasa Melayu memang kaya. Cuma orang yang kononnya bijak sahaja mengagungkan bahasa Inggeris. Sudahlah kaya, indah pula

Puan Nurilahi,
Mungkin paling kaya. Yang pasti, antara bahasa yang kaya di dunia.

Tuan Adlan,
Semua sapaan atau gelaran itu menunjukkan rasa hormat dan santun. Rasa tua, mungkin sedikitlah. hehe

Umi,
Bayangkanlah Umi dapat anak saudara sebelum Umi balik... Rasanya nanti dia tak kenal Umi lah agaknya!hehe

Ticer Syah berkata...

Mamida.. ikut belah keluarga my mom

kalau lelaki pakcik dipanggil Mama
kalau perempuan makcik dipanggil Mami

kiranya ada talian ngan geng2 mami la kami ni..ehhhehe

so.. kalau saya orang panggil Mamida
my hubby orang panggil Mamahaq.. hehe

eden pon pelik ngan keturunan eden ni hah. kuikuikui

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Inilah kali pertama gelaran keluarga sebegini. Sokong kata Tuan Muqreez, "Betapa kayanya B.Melayu."
Menarik juga sekiranya isu ini diadaptasikan dalam bentuk artikel.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum


Apa khabar Encik Anwar, semoga sihat.

Saya ingin minta tolong, jika Encik Mengenali Encik Awang (Majalah Masyarakat) Sampaikan Salam saya kepadanya, kata daripada DatoAdil.

Unknown berkata...

Dato' Adil,
Saya sudah menyampaikan salam Dato' Adil kepada Saudara Awang Zaidel. Dia menyampaikan pesan supaya Dato' Adil dapat "menampilkan" diri supaya dapat dijawab segala persoalan.

Saya pun tidak faham isunya.

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar Yang Saya Sangat Kagumi, Inilah Catatan Terakhir Saya Kepada Encik Awang.

(Minggu Lepas Saya memberi pandangan tentang majalah, kerana syarikat saya baru sahaja melanggan semua majalah DBP.)


Kepada Encik Awang Zaidel Yang Baik Budi Dan Budiman.

Perlukan kebenaran di Ketahui Daripada Siapa?
Jika saudara berpandangan sebegitu, agak sukar untuk kita menjadi bangsa yang maju. Susah dan sukar sekali.

Pandangan Saya baik, untuk kebaikan kita semua, bangsa, agama dan masyarakat kita. Tidak penting Siapa Saya, yang penting apa yang saya katakan. Bukan boleh hancur pun hidup saudara dengan komen saya, tapi majalah saudara mungkin akan menjadi baik. Saya tak dapat untung pun.

Kalau saudara Tahu Identiti Saya dan saya agak berpengaruh, saudara pasti kata oh.. bagus, bagus. Pandangan Dato memang baik, sudilah menulis dan beri pandangan, walaupun pandangan saya tak bagus dan tak bernas.

Jadi identiti tak penting, sebab biasanya orang bawahan kerana tiada kuasa akan kata
1. Yes Bos,
2. Bos Betul
3. Datuk Memang hebat
4. Saya setuju dan banyak lagi.

Saya tak mahu kita jadi seperti ini.

Tak apalah, saya akan berhenti memberi pandangan kepada saudara dan Majalah Saudara. Saya bukan untung pun apa-apa. Kekayaan saya dah mencukupi, lebih baik saya beri pandangan kepada Malajah Swasta, bukan sahaja dialu-alukan, tetapi dihargai dan dibayar.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kecewa Dengan Bangsa Kita

Saya terkilan sekali dan amat kecewa, kenapa bangsa kita, Bangsa Melayu, sukar sangat terbuka walaupun untuk kebaikan.


Kepada Encik Anuar, saya suka dan senang sekali dengan Isu Angkasawan, isu seperti inilah yang saya puji, bahasanya pun baik.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Buat Pengakhiran Untuk Hari Ini..


Jika Bahan Bacaan Yang Bermutu dan Bahasanya Indah, Sudah Tentu Mendapat Sambutan

"Macam Jual Kambing"
(Peribahasa baru yang pelajari)

Saya akan terus mendapatkan majalah saudara, Insyaallah.

Unknown berkata...

Dato' Adil,
Terima kasih kerana Dato' Adil melanggan semua majalah terbitan DBP.

Saya baru faham isunya. Saya mencadangkan supaya Dato' Adil dapat memberikan komen dengan memberikan maklumat peribadi. Kami bersedia menerbitkan dan menerima cadangan/kritikan membina daripada pembaca.

Contohnya, Dato' Adil boleh rujuk Dewan Kosmik keluaran Oktober 2008, ada kritikan daripada pembaca berkenaan kesilapan fakta yang diterbitkan.

Semoga kita bersama-sama memperoleh manfaat.

Unknown berkata...

Dato' Adil,
"Macam Jual Kambing".
Sama ""Macam Beli Kambing" dalam Dewan Masyarakat Oktober 2008. :)

Denanz ... berkata...

saya "Paklong" sebelah keluarga sendiri. "Pakngah" sebelah keluarga isteri. "Uncle" oleh kawan2 anak saya. Baru2 ni, anak saya ajak kawan2 poli & staf tempat praktikal berhari raya di rumah saya. Ada kawan2 dia panggil saya "Abang". Hahaha.

SITI berkata...

Saya rasa panggilan2 ini bukan merujuk kepada keadaan fizikal. Ia lebih kepada kedudukan seseorang dalam keluarga itu. Yang sulung dipangil along, yang kedua dpanggil angah, yang ketiga dipanggil uda atau ada sesetengah tempat yang memanggil alang; dan seterusnya.

Maka, saya rasa ada sedikit kesilapan dalam entri En. Anwar ini.

Maaflah jika saya kurang ilmu bahasa ini.

Saya akan dipanggil maklong kerana saya anak yan sulung. :)

Unknown berkata...

Tuan Adnan,
Mulai saat ini, saya akan memanggil "Abang Nan" dengan gelaran Pak Long!hehe

Puan Siti,
Oh ya!Saya terlupa menjelaskan berkenaan sebab digelar Pak Long, Pak Ngah dan seterusnya.

Memang benar gelaran itu diberikan mengikut hierarki keluarga.

Terima kasih "Mak Long Siti".

Marliza Radzi berkata...

gelaran berbentuk keadaan fizikal! menarik!

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar Yang Budiman.

Betulkah Negara China yang terjejas sekarang (Isu Susu), ada kaitan dengan kesan daripada Fenomena Pencemaran Alam Sekitar di China yang teruk. Adakah Encik Anuar mendapat maklumat tentang China dalam hal ini.
Saya katakan demikian kerana saya bercadang ke China untuk meneroka peluang perniagaan. Tanyakan juga hal ini kepada Encik Azli (Majalah Ekonomi).

Terima kasih atas perhatian saudara.

Dato Adil
Dari Singapura.

Unknown berkata...

Puan Am,
Apa gelaran yang akan dipanggil nanti?

Dato' Adil,
Kalau menurut pembacaan saya yang kurang ini, isu susu yang hangat di China disebabkan bahan kimia, melamine (malamina). Rasanya tiada kaitan dengan pencemaran udara. China memang terkenal dengan barangan cetak rompak (yang murah). Sudah pasti bahan mentahnya murah-murah.

Unknown berkata...

Disebelah saya maklong .Disebelah suami makcik yg no.7 dari 8 orang yg sebetulnya no.9 dari 10 orang disebelah suami.Sebelah keluarga saya panggilan uda untuk anak no.4 tapi sebelah suami pulak untuk anak no.7.